.: razyana :.

My Photo
Ilyana Ar Razi
Shah Alam, Selangor, Malaysia
HambaNya, Isteri seorang pencinta, Umi 3 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 3 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
View my complete profile

Program November 2009


14 Nov 2009 - Majlis Iftitah Wal Takhrij, Restu Kids

18 - 20 Nov 2009 - 4th International Shariah Scholars Forum 2009 : Islamic Financial Product, Originality @ Replication of Conventional Banking @ Nikko Hotel, Kuala Lumpur.

22 Nov 2009 - Konsert Opick & In Team @ Kompleks Serbaguna TNB, Bangsar (Hampir dgn Stesen LRT Putra, Abdullah Hukum.

Kem Smart Hafiz

Kem Smart Hafiz

Sunday, November 22, 2009

Insyirah @ Kem Smart Hafiz

Salam,

Alhamdulillah, Insyirah selamat pulang ke pangkuan saya. Dia kelihatan sihat dan ceria, namun agak keletihan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru Restu Kids, fasilitator yang bertugas serta pihak penganjur yang sabar menghadapi kerenah anak saya, "peserta paling ceria". Selain Insyirah, Maisarah dan Hannah juga adalah peserta termuda iaitu berusia 6 tahun dari Restu Kids. Selainnya, dari serata Malaysia. Tugas mereka bertiga ini ialah menceriakan suasana kerana "suka sangat bergelak ketawa".

Saya berharap program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan. Cumanya Insyirah agak sedih kerana Abinya tiada bersama. Abi pun sedang berkursus BTN di Penang.

Saya pasti semua ibu bapa bangga dengan anak masing-masing. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya, maka sebagai ibu bapa, kita lah yang perlu menghargai setiap kelebihan dengan memberi mereka semangat dan dorongan selain memperbaiki setiap kekurangan anak itu sebaik mungkin.

Jadi janganlah anak-anak kita dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain kerana ini pasti mengguris hati mereka. Bersyukurlah kita dengan zuriat yang telah Allah kurniakan pada kita. Matlamat kita sepatutnya mendidik mereka menuju ke jalan yang diredhai Allah.

Sebagai ibu bapa kita hendaklah berusaha mendidik anak-anak supaya mempunyai jati diri Al Quran. Natijahnya adalah dari Allah. Dengan usaha dan doa, Insya Allah anak-anak kita akan berjaya, namun bukan berjaya untuk mendabik dada dan menongkah dunia, tetapi berjaya sebagai hamba Allah yang beriman cemerlang, bertaqwa gemilang dan berakhlak terbilang :)

Sebagai ibu bapa, rasa kasih sayang itu bukan pada hanya anak-anak kita tetapi pada anak-anak insan lain supaya natijahnya, anak-anak kita juga di kasihi di sayangi oleh insan-insan yang lain. Begitulah timbal baliknya.

Insyirah sedih untuk berpisah dengan Maisarah termasuk dengan para guru Restu Kids beliau. Namun, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Itu lumrah dunia.

Hasil dari Kem Smart Hafiz selama 3 hari 2 malam ini, Alhamdulillah Insyirah berjaya menghafaz :-

- Surah Al Baqarah ayat 201
- Surah Al Imran ayat 8
- Surah Al Qashash ayat 16
- Surah Al Kahfi ayat 10
- Surah Al An'am ayat 162
- Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 5
- Surah Toha ayat 25 - 28
- Surah Al Baqarah ayat 255
- Surah Al Baqarah ayat 284 - 286
- Surah Ibrahim ayat 40 dan 41

Alhamdulillah, walaupun tidak sebanyak anak-anak dewasa yang lain, namun saya bersyukur dan bangga dengan keupayaan beliau walaupun masih kecil, dengan masa yang padat, sesi menghafaz yang ketat dan semangat beliau, beliau mampu untuk melalui motivasi luar yang pertama dalam hidup beliau.

Insya Allah, semoga akan datang, Allah membuka hati dan minda Insyirah untuk terus menghafaz Al Quran dan ayat-ayat Allah itu terpahat di dada dengan setiap degup jantung beliau dan bergerak sealiran dengan darah yang mengalir di badan beliau. Itu harapan seorang saya seorang ibu, namun ketentuan yang terbaik adalah dari Allah.

Yang paling saya terharu ialah Insyirah dijemput untuk menyanyikan Nasyid Ummi bersama Kumpulan Gema Restu. Air mata saya mengalir lagi. Cumanya apabila Pengerusi Majlis memberitahu bahawa ini adalah kali terakhir mereka akan mendengar suara Insyirah mengalunkan Nasyid Ummi bersama Gema Restu kerana Insyirah akan "berhijrah", saya ingin menyatakan Insya Allah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Klip persembahan Insyirah akan saya lampirkan selepas ini kerana klip persembahan di Majlis At Takhrij hari tu pun saya belum letakkan lagi kerana masih menanti VCD rakaman oleh Yayasan Restu.

Melalui blog ini, para guru Restu Kids dan petugas-petugas di Yayasan Restu boleh mengikuti perkembangan kami sekeluarga di mana jua kami berada. Jadi, kita masih boleh berhubung dan saya Insya Allah akan memberi sokongan yang semampunya usaha-usaha Restu Kids dan Yayasan Restu dalam memartabatkan Al Quran.

Gambar-gambar di bawah sebagai kenangan buat semua. Di harap jika para fasilitator mempunyai koleksi gambar-gambar menarik sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Smart Hafiz ini, dapat emailkan kepada saya.

Semoga usaha-usaha ini diberkati Allah dan kita semua beroleh manfaat untuk dimanfaatkan bersama.


Sijil Penyertaan Kem Smart Hafiz 2009

"Aku burung, burung tiung berbunyi. Sungguh riang di sangkar ku ini. Suaraku seperti manusia. Bersiul dan ketawa sentiasa"

Lagu "Aku Burung Tiung" ketika di Darjah 2. Siapa masih ingat? :)

Dengan Kak Ain dari Kedah, teman sekatil Insyirah

Pelukan perpisahan oleh Insyirah dan Maisarah. Keduanya menangis selepas gambar ini diambil. Tetapi ada guru yang menangis terlebih dahulu melihat aksi perpisahan dan keakraban mereka.

Aunty doakan semoga Maisarah terus berjaya dan cemerlang. Bak kata Ummi Maisarah "Insya Allah, Insyirah dan Maisarah akan jumpa di universiti nanti". Ameen.

Dengan Teacher Shila, mengajar subjek English


Aksi Abang Amir di tangga asrama Insyirah.

Inilah katil kakak

Bersama Teacher Hazzira, Teacher Dilla dan Teacher Yani

Dengan fasilitator, Teacher Romie


Ummi Insyirah, Ummi Maisarah dan Ummi Hannah

Peserta termuda Kem Smart Hafiz, Maisarah, Insyirah dan Hannah. Yang tudung merah tu, Mashitah, adik Maisarah

Sesi penyerahan sijil penyertaan

Sesi penyerahan sijil penyertaan dan saguhati

Persembahan hafazan oleh anak-anak dewasa


Kami si kecil yang ceria !

Tahniah Kem Smart Hafiz 2009 !

Aktiviti masa lapang agaknya

Macam mana Teacher Romie dan suami boleh ada dalam gambar ni :)

Lagi aktiviti masa lapang Insyirah :)

SALAM MAHABBAH PENUH UKHUWAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN KEM SMART HAFIZ 2009

Saturday, November 21, 2009

rindu ...

Abang Amir rindu dah ...

Rindukan kakak

Rindukan abi

Rindukan kakak kerana sunyi dari bebelan kakak

Rindukan abi kerana pelukan abi sepanjang malam sehingga pagi

Umi pun rindu ...

Tapi, Teacher Dilla sms umi bagitahu kakak di kem ok dan dia peserta paling ceria.

Alhamdulillah, tak sabar nak ambil kakak esok petang di Riyadh Restu, Kuang.

Alhamdulilah juga tugasan umi 80% siap hari ini.

Friday, November 20, 2009

Inilah masanya ...

Salam,

Hubby ke BTN di Penang yang bermula semalam dan berakhir Isnin depan, Insyirah pula ke Kem Smart Hafiz. Inilah kesempatan yang Allah berikan kepada saya untuk berteleku di library seharian untuk menyiapkan "penulisan" yang tempoh masanya semakin singkat.

Alhamdulillah. Abang Amir dan Abang Isyraf pula, saya mohon bantuan Mama dan bibik untuk melayan mereka hujung minggu ini. Lagipun Uda Nazmi ada pulang bercuti dari MIAT.

Bukan mudah untuk "menulis dan mencari idea" dalam situasi saya. Di pejabat, amanah lain sedang menanti sebagai tanggungjawab. Bila pulang ke rumah, suami dan anak-anak perlukan perhatian seorang isteri dan umi.

Jika dilihat sememangnya saya tiada masa untuk "menulis dan mencari idea", sedangkan ia sebahagian cita-cita dan hobi saya. Saya selalu mencuri masa di waktu saya tidak diperlukan oleh sesiapa. Esok dan lusa adalah masa yang amat berharga untuk saya penuhi dengan "menulis dan mencari idea" sepanjang hari selama 32 jam.

Jalan itu adakalanya sukar dan berliku di mata manusia, namun tidak mustahil ada jambatan mudah yang Allah sediakan untuk hambaNya yang berusaha dan sentiasa bersyukur. Maka saya yakin dengan Allah, yang pasti akan membantu hambaNya ini walaupun saya tidak mampu untuk membayang dan menjangka bagaimanakah perjalanan saya nanti. Segala yang baik adalah dari Allah.

Wasalam.

Itinerary

Salam,

Melihat itinerary Kem Smart Hafiz yang akan Insyirah lalui, saya memikirkan mampukah Insyirah dan Maisarah (sabahat baik Insyirah di Restu Kids) melaluinya? Macam-macam yang saya pesan pada mereka yang "masih kecil" itu. Mereka berdua hanya tersenyum mengangguk dalam keseronokan.

Apa yang penting? Kerjasama antara mereka berdua.

Dalam pelukan saya sebelum meninggalkan Insyirah bersama peserta lain, saya berbisik kepadanya, "Kalau rindu umi ... selawat banyak-banyak, kemudian panggil umi dalam bisikan. Kakak tidur, selimut dengan kain batik umi tu. Umi serahkan kakak kepada perlindungan Allah. Kalau tak tahan rindukan umi, bagitahu Teacher, minta izin untuk hubungi umi. Umi sayang kakak tau".

Saya cuba menenangkan diri dan serah segalanya kepada Allah. Yakin dengan kasih sayang dan perlindungan Allah terhadap Insyirah. Yakin juga dengan para guru yang cemerlang untuk mendidik dan menjaga anak-anak di Kem Smart Hafiz.

Insyirah dan Maisarah yang sehati sejiwa

Sesi Tahsinul Quran

Itinerari Kem Smart Hafiz

PROGRAM

Jumaat - 20 November 2009

10.00am -11.00am

- *Pendaftaran di KOTASIS

- *Tahsinul Peserta

- *Pembahagian Bilik Penginapan & Taaruf

- *Solat Duha di Bilik Mesyuarat

11.30am - *Lawatan peserta Kem ke Galeri 1

12.30am - Makan Tengahari

1.00pm - Solat Jumaat

2.15pm

- Bacaan Al-Fatihah

- Alunan Zikir Asmaulhusna

- Taklimat oleh Pengarah Program

- Ucapan Aluan oleh Pengerusi YR

3.00 pm - Bertolak ke Riyadh Restu, Kuang

3.30pm

- Tiba di Riyadh Restu, Kuang

- Alunan selawat menyambut ketibaan peserta

4.30pm - Solat Asar berjamaah di Musola Almirasa

5.00pm - Minum Petang

5.30pm – 6.00pm - Riadah

7.00pm - 8.00pm

- Makan Malam

- Solat Maghrib berjamaah

8.00pm - 8.30pm - Tazkirah & Motivasi

8.30pm - 9.00pm - Solat Isyak berjamaah

9.15pm - 10.15pm - HAFAZAN 1

10.15pm - 10.30pm - Minum Malam

10.30pm - Lailatul Sa’adah (Tidur)


Sabtu - 21 November 2009

4.30am - 5.00am - Qiamullail-Solat Hajat-Solat Tahajjud-Solat Witir

5.00am - 6.00am - HAFAZAN 2

6.00am - 6.30am - Solat Subuh

6.30am - 7.30am - Riadah

7.30am - 8.00am - Sarapan Pagi

8.00am - 9.00am - HAFAZAN 3

9.00am - 9.10am - REHAT

9.10am - 10.10am - HAFAZAN 4

10.10am - 10.20am - REHAT

10.20am - 11.20am - HAFAZAN 5

11.20am - 12.30pm - SEMAKAN HAFAZAN 1 – 5 (Multimedia)

12.30pm - 1.30pm - Makan Tengahari

1.30pm - 2.00pm - Solat Zohor berjamaah

2.00pm - 3.00pm - REHAT

3.15pm - 4.15pm - KREATIF ISLAMI BERKUMPULAN

4.15pm - 4.45pm - Solat Asar berjamaah

4.45pm - 5.15pm

- Minum Petang

- Riadah

7.00pm - Makan Malam

7.45pm - Solat Maghrib berjamaah

8.00pm - 9.00pm - Solat Isyak berjamaah

9.00pm - 10.00pm - HAFAZAN 6

10.00pm - Muhasabah Diri di Musola Almirasa

10.30pm - Lailatul Sa’adah (Tidur)


Ahad - 22 November 2009

4.30am - 5.00am - Qiamullail-Solat Hajat-Solat Tahajjud-Solat Witir

5.00am - 6.00am - HAFAZAN 7

6.00am - 6.30am - Solat Subuh

6.30am - 7.30am - Riadah

7.30am - 8.00am - Sarapan Pagi

8.00am - 9.00am - HAFAZAN 8

9.00am - 9.10am - REHAT

9.10am - 10.10am - HAFAZAN 9

10.10am - 10.20am - REHAT

10.20am - 11.20am - HAFAZAN 10

11.20am - 12.15pm - Ulangan Hafazan 6-10 (Multimedia)

12.15pm - 1.30pm - Makan Tengahari

1.30pm - 2.00pm - Solat Zohor berjamaah

2.00pm - 4.00pm

- Tayangan Multimedia

- Ucapan (Rumusan) oleh Pengarah Program

- Ucapan Pengerusi Yayasan Restu

- Ucapan wakil Peserta Kem

- Persembahan Peserta Kem & Gema Restu (Nasyid)

- Penyampaian Sijil Penyertaan Peserta

- Pengumuman Peserta Terbaik(Lelaki&Perempuan)

- Pengumuman Kumpulan Terbaik

- Doa Selamat, Doa Taubat & Selawat

- Sesi Bergambar

4.30pm - 5.00pm - Solat Asar berjamaah

5.00pm - 6.00pm - Minum petang

Melihat itinerari di atas, saya tidak mahu memikirkan yang sukar. Yang penting Insyirah dan Maisarah beroleh satu pengalaman yang indah dan sekurang-kurangnya sedikit ilmu yang bermanfaat.

Selamat Maju Jaya Sayangku Insyirah.

Tak sabar menanti kedatangan Ahad ini, umi akan ambil Insyirah di Riyadh Restu dan hadiri Majlis Penutup Kem Smart Hafiz.

Wasalam.

Thursday, November 19, 2009

Dengan izin Abi

Salam,

Dengan izin Abi, Insyirah dibenarkan menyertai Kem Smart Hafiz anjuran Yayasan Restu. Seronoknya Insyirah bukan kepalang. Sejak semalam, barang-barang keperluan telah dimasukkan ke dalam beg untuk bertolak tengahari esok.

Pada awalnya saya kurang berkeyakinan untuk benarkan Insyirah menyertai kem ini kerana kem ini untuk usia 9 tahun ke atas, selama 3 hari 2 malam, maka bolehkah Insyirah tidur tanpa pelukan saya? (atau bolehkah saya tidur dengan sabar menghadapi kelasakan Insyirah ketika tidur :)

Insyirah memujuk saya ingin pergi dan saya tidak menyangka "permintaan biasa" pada hubby, dijawab serius oleh hubby dengan kebenaran. Alhamdulillah.

Saya juga tidak berasa risau kerana para teacher Insyirah di Restu Kids juga yang menjadi fasilitator untuk Kem Smart Hafiz ini. Para Teacher juga memberi keyakinan kepada saya bahawa Insyirah mampu untuk menyertai Kem ini.

Terima kasih atas keprihatinan para teacher Restu Kids terhadap Insyirah dan juga anak-anak yang lain. Semoga Kem ini memberi manfaat dan pengalaman yang indah untuk Insyirah.

Sebagai ibu, saya memohon perlindungan sepenuhnya dari Allah untuk Insyirah ketika dia tidak berada bersama saya. Ameen.

Kepada sesiapa yang ingin menyertai masih ada peluang rasanya, cuba hubungi mereka. Berikut sedikit info tentang Kem Smart Hafiz yang akan Insyirah hadiri.

"Jadikanlah al-Quran sebagai sahabat anak-anak anda. Moga mereka akan mendapat syafaat daripada kalam Allah yang agung ini. Amin"

KEM SMART HAFIZ

Pakej 3 hari 2 malam
Tarikh : 20,21,22 November 2009
Hari : Jumaat , Sabtu dan Ahad
Tempat : Riyadh Restu, Kuang
Bayaran : RM250.00

Penyertaan melebihi daripada 2 orang akan mendapat potongan 15%

Kategori Ibnu Batutta : Pelajar 9-10 tahun.
Kategori Ibnu Sina : Pelajar 11 - 12 tahun.
Maksimum : 6 orang pelajar setiap kumpulan.

(Penginapan, Pengangkutan, Makan dan Minum, Sijil Penyertaan, Bahan Hafazan, Air Zam-zam dan Kurma)

*Tahsinul Quran : Pelajar-pelajar akan diperiksa tajwid dan kualiti bacaan sebelum mendaftar.
*Penghafazan : Peserta akan diagihkan dalam kumpulan dan dikendalikan oleh fasilitator bagi setiap kumpulan
*Persembahan Multimedia
*Kreatif Islami dan Rekreasi

SURAH PILIHAN HAFAZAN:
Kategori Ibnu Batutta:
1-Surah Al-An'am - ayat 162
2-Surah Al-Baqarah - ayat 21
3-Surah Al-Imran - ayat8
4-Surah Ar-Rahman - ayat 1 hingga 5
5-Surah Al-Qashash - ayat 16
6-Surah At-Talaq - ayat 2 dan 3
7-Surah Al-Taha - ayat 25-28
8-Surah Al-Taha - ayat 1 hingga 5

Kategori Ibnu Sina :
1- Surah Al-Anbiya' - ayat 87
2- Surah Al-Ibrahim - ayat 40 dan 41
3- Surah Al-Baqarah - ayat 284
4- Surah Al-Baqarah - ayat 285
5- Surah Al-Baqarah - ayat 286
6- Surah Al-Baqarah 255 - ayat 255
7- Surah At-Talaq - ayat 2 hingga 3
8- Surah Taha - ayat 1 hingga 5
9- Surah Taha - ayat 25 - 28

BORANG PENYERTAAN BOLEH EMAIL KE :
1- roshalina@restu-art.com
2- romie_1135@yahoo.com

Sila Hubungi :
SEKRETARIAT,
RESTUKIDS SDN BHD,
KOMPLEKS TAMAN SENI ISLAM SELANGOR DARUL EHSAN,
NO 2A PERSIARAN DAMAI,SEKSYEN 10,
40100 SHAH ALAM,SELANGOR DARUL EHSAN.
TEL : 03-55119001 FAKS : 03-55123780/88
www.restu-art.com
http://www.restukids.blogspot.com/

Peta perjalanan ke Riyadh Restu di Kuang, Selangor.

Barang yang perlu dibawa :

PAKAIAN PEREMPUAN (menutup aurat):
-Baju Kurung
-Tudung
-Telekung
-Baju Tidur
-Selimut
-Selipar
-Seluar Panjang
-T-shirt berlengan panjang
-Kasut Sukan
-Peralatan tulis
-Buku Nota

PAKAIAN LELAKI (menutup aurat):
-Baju Melayu
-Songkok
-T-shirt berkolar
-Seluar panjang
-Seluar sukan
-Baju Sukan
-Kasut Sukan
-Baju Tidur
-Selimut
-Selipar
-Peralatan tulis
-Buku Nota

Peralatan Mandi :
-Tuala
-Berus gigi
-Ubat gigi

Ubatan :
- ubat khas (Individu)
- Minyak angin


Semoga Insyirah dan para peserta lain beroleh manfaat dan keberkatan dari Kem Smart Hafiz ini. Dan kepada Yayasan Restu dan Restu Kids, teruskan perjuangan kalian dapat memartabatkan Al Quran.

Wasalam.

Monday, November 16, 2009

14 November 2009

Salam,

Sabtu lalu meninggalkan satu kenangan yang mungkin tak dapat saya lupakan. Sehingga kini ia masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Insyirah, Alhamdulillah berjaya menamatkan sesi tadikanya di Restu Kids, Yayasan Restu pada tahun ini. Dengan Majlis Attaruf Wal Takhrij yang amat meriah di selitkan dengan Pementasan Teatar "Kisah Luqman Al Hakim dan Anaknya", ia meninggalkan satu kenangan yang manis buat ibu bapa, para guru dan anak-anak Restu Kids.

Tahniah diucapkan kepada para guru dan anak-anak Restu Kids yang memberikan satu persembahan yang menakjubkan.

Disebalik teater Luqman Al Hakim dan Anaknya itu, Insyirah berperanan sebagai solo anak kecil @ Sulis yang menyanyikan Nasyid Ummi, nyanyian asal Haddad Alwi dan Sulis. Insyirah diiringi oleh Kumpulan Gema Restu yang diketuai oleh Ust Latif.

Disaat Insyirah mengalunkan rangkap pertama nasyid Ummi tersebut, air mata saya jatuh berguguran. Terasa sebak mendengar suara Insyirah yang mendayu-dayu seolah-olah memanggil-manggil nama saya. Beberapa ibu yang lain juga menangis.

Saya toleh ke belakang dan melihat ibu saya @ Mama juga tersedu-sedu menangis sambil memberitahu di kiri kanannya "Solo tu cucu saya tu, cucu saya tu ..."

Insyirah nampak gementar pada mulanya namun semakin tenang bila penghabisan. Saya bangga dengannya. Saya terkenangkan ketika saya berumur 6 tahun dahulu, saya juga menyanyi solo di hari akhir tadika. Lagu nasyid "Sepohon Kayu". 23 tahun kemudiannya, saya menyaksikan pula anak gadis saya.

Insyirah ambil masa 2 hari untuk menghafal Nasyid Ummi ini dan telah berlatih selama 2 minggu bersama guru-gurunya. Setiap hari saya akan berlatih dengannya sehingga Abang Amir sendiri telah menghafal bait-bait nasyid tersebut walaupun dengan sebutan-sebutan arab yang berulang-ulang.

Sekembali dari majlis itu, Mama memberitahu saya yang beliau menangis kerana terkenangkan saat-saat saya berumur 6 tahun dahulu, sama keadaannya dengan Insyirah dan Mama tidak menyangka akan melihat cucunya pula membuat persembahan. Cuma kata Mama, nyanyian Insyirah lebih lunak dan mendayu-dayu sehingga meruntun jiwa berbanding saya. Insyirah menyanyi dengan penuh perasaan. Saya rasa bait-bait arab dan alunan padang pasir itu yang menjadikan nyanyian Insyirah lebih indah.

Insya Allah, saya akan lampirkan klip video Insyirah yang kurang bermutu berbanding VCD rakaman pihak Restu Kids yang belum diedarkan lagi.

Majlis At Ta'ruf Wal Takhrij Restu Kids, 2009

Insyirah as participant.

Insyirah as student Restu Kids 2009

Dengan Kak Ady dari Haiwan Teladan TV3. Insyirah kena nyanyi pulak lagu Haiwan Teladan.

Tahniah Insyirah!

Insyirah dan sahabat-sahabat dari Kelas Ibnu Khaldun

Insyirah, Maisarah & Gema Restu

Set pementasan Teater Luqman Al Hakim dan Anaknya

Insyirah @ Sulis

Sesi penyerahan Sijil


Sesi penyerahan Sijil

Mama kata, "SHE SAME AS YOU, BUT SHE’S FROM ME TOO" :)

Thursday, November 5, 2009

Akhirnya ...

Salam,

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah di atas setiap nikmat dan dugaan Nya.

Akhirnya ... selesai juga "urusan" hubby di Mesir.

Jutaan terima kasih buat sahabat-sahabat di sana atas pertolongan yang diberikan dan sokongan.

Semoga kejayaan ini diberkati Allah untuk manfaat ummah.

Saje nak letak gambar kat sini sebab Abang Amir kata "Sejak bila Abi ge ge ge". :)


Wasalam.

Sunday, November 1, 2009

Selamat Hari Lahir Galeya

Salam,

Selamat Hari Lahir ke 6 buat Galeya, semoga menjadi anak solehah yang cemerlang.

Salam sayang dari Insyirah sekeluarga.

Majlis Hari Lahir Galeya @ My Toys Shop, Plaza Shah Alam

Berlakon tido aje ni

Selamat menjamu selera

Kita berdoa untuk keberkatan dari Allah yer

Dengan Abang Amir dan Abang Isyraf

Abang Amir tak suka pakai topi ni, macam perempuan katanya ...

Insyirah & Friends @ My Toys Shop, Plaza Shah Alam

My Toys Shop yang membuatkan Abang Isyraf leka.


Friday, October 30, 2009

ESQ 165

Salam,

Artikel ini adalah pandangan peribadi saya terhadap Program ESQ 165 Training yang telah saya hadiri sepenuhnya di Dewan Serbaguna Tun Abdullah Mohd Salleh, UKM selama tiga hari (8-10 Okt 2009). Mudah-mudah bermanfaat kepada para pembaca yang budiman.

KANDUNGAN KURSUS

Kursus ini cuba memberi pendedahan kepada peserta terhadap 3 rangkai asas dalam Dinul Islam, iaitulah Iman (Aqidah); Islam (Ibadah); Ihsan (Akhlak). Angka “165” yang menjadi trade-mark dalam program ini adalah merujuk kepada 1 Ihsan; 6 Rukun Iman; dan 5 Rukun Islam. Sememangnya semua orang Islam perlu memahami dan menghayati serta mengintergrasikan ketiga-tiga rangkai utama Al-Din ini, supaya mereka dapat menjawab persoalan “Apakah ertinya saya sebagai seorang Muslim”.

Pada peringkat awal, Ihsan diulas sebagai “Spritual Quality”, Iman (Rukun Iman) diulas sebagai “Emotion Quality” , dan Islam (Rukun Islam) diulas sebagai “Intelligent Quality”. Rukun-rukun Iman dihurai seperti berikut mengikut turutannya : Star Principle, Angel Principle, Learning Principle, Leadership Principle, Vision Principle, dan Well-organized Principle. Rukun-rukun Islam pula dihurai seperti berikut mengikut turutan : Mission Statement, Character Building, Self-control, Strategic Collaboration, Total-action. Ihsan pula diertikan sebagai subjek utama sebagai pembuktian kehambaan kepada Allah SWT.

Namun pada peringkat akhir, ‘rahsia’ angka 165 ini didedahkan, supaya akhirnya semua para peserta dapat menghayati bahawa semua nilai kualiti dalam semua aspek dan nilai bagi manusia kesemuanya telah lengkap terkandung dalam 3 rangkai utama al-Din itu sendiri. Huraian lanjutan terhadap ketiga-tiga aspek ini adalah menjurus kepada falsafah dan pengamatan supaya dapat terus difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Matlamatnya adalah untuk menjitukan lagi pengabdian kepada Allah SWT, lantas menggerakkan semangat dan motivasi untuk lebih beribadah demi membuktikan hakikat pengabdian kepada Allah SWT.

Kesimpulannya ; pada pengamatan saya, segala kandungannya adalah amat baik dan saya tidak dapati sebarang fakta yang bercanggah dengan prinsip-prinsip utama dalam ajaran Islam.

Pendekatan yang digunakan :

Dalam topik ini, saya terus memberi beberapa komen berkenaan perkara-perkara yang saya rasakan perlu untuk dinilai semula oleh pihak ESQ 165 Training dan para panelnya yang telah dilantik.

1) Berkenaan dengan penggunaan muzik latar, saya berpendapat apabila peserta diminta untuk mengucapkan istighfar, membaca Al-Fatihah dan berdoa, muzik hendaklah dihentikan; supaya emosi yang timbul bukanlah kesan dari muzik latar yang dimainkan, sebaliknya emosi tersebut adalah kesan daripada zikir, istighfar dan doa yang dilafazkan. Lebih sempurna sekiranya diadakan sesi zikir beramai-ramai secara khusus, di samping zikir, istighfar dan doa yang dilakukan sebagai selingan dalam slot-slot yang diadakan.

2) Berkenaan dengan sujud syukur, saya mencadangkan supaya dihuraikan dengan lebih lanjut cara perlaksanaannya. Malah tidak ada salahnya tatkala selesai sesi rehat sebelah pagi, diminta kepada peserta untuk masuk semula ke dewan dalam keadaan berwudhuk; dan diajarkan sujud syukur secara amali dalam dewan. Lelaki di hadapan, dan perempuan di belakang; dengan mengadap kiblat. Ini tidak sukar kerana semua peserta sememangnya dikehendaki membuka kasut semasa berada di dalam dewan, dan karpet yang digunakan juga adalah suci dan bersih.

3) Simulasi ibadat haji; saya berpendapat tiada masalahnya jika pergerakan-pergerakan yang menyerupai ibadat haji itu dilakukan dengan syarat ia tidak dilihat sebagai suatu 'permainan'; dan fokusnya perlu jelas iaitu untuk menghayati falsafah-falsafah yang terkandung dalam perlakuan-perlakuan tersebut.

4) Penggunaan ayat2 Quran; tatkala dibacakan ayat Al-Quran, lebih elok sekiranya dihentikan muzik latar. Para trainer harus dilatih dengan bacaan yang betul. Jika dihafal, pastikan tidak tersalah. Saya mencadangkan slide-slide yang dipaparkan tidak hanya menunjukkan terjemahan ayat; sebaliknya haruslah disertakan dengan nas ayat bersama-sama.

5) Penghayatan terhadap asmaul husna; saya mencadangkan supaya disemak semula pengertian-pengertian bagi asmaul husna. Perlu rujuk kitab-kitab yang mensyarahkan asmaul husna, supaya tidak tersasar jauh daripada pengertian yang tersirat di sebalik asmaul husna tersebut. Asmaul husna juga perlu ditulis dalam Bahasa Arab tulisan Jawi dan tidak memadai sekadar ditulis dengan tulisan rumi. Saya dapati seolah-olah ada sedikit tersasar dalam 'mengaplikasikan' asmaul husna tersebut. Dengan merujuk syarah kepada asmaul husna; kita akan dapati lebih banyak ruang untuk mengkaitkannya dengan kehidupan seharian. Perkara ini adalah antara perkara utama yang banyak menjadi pertikaian. Justeru, lebih baik jika dinyatakan rujukan dalam slide-slide yang dipaparkan.

6) Pemberian mikrofon semasa sesi doa dan tafakkur; saya mencadangkan agar mikrofon tidak diberikan langsung kepada peserta samada lelaki atau perempuan. Ini kerana, biarlah doa yang dinyatakan adalah doa yang lahir dari perasaan terus kepada Allah dan menjadi rahsia antara peserta dengan Allah SWT. Apabila mikrofon diberikan, khusyuk peserta akan terjejas. Yang berdoa itu akan mula memikirkan ayat-ayat doa yang ingin dilafazkan. Ia sudah tidak semula-jadi lagi. Ringkasnya, lebih baik doa itu menjadi rahsia abadi antara para hamba dengan Rabb mereka. Tidak perlu diperdengarkan kepada orang lain. Dianjurkan kepada trainer untuk membaca doa penutup seraya diaminkan oleh para peserta sebelum tamat sesi tersebut.

7) Saya mencadangkan agar trainer senantiasa memperingatkan para peserta supaya tidak mempersendakan zikir, istighfar, doa dan munajat yang dilakukan.

8) Saya lebih suka, sekiranya setiap kali peserta diminta untuk membaca Al-Fatihah, maka ia dibaca secara beramai-ramai dengan suara yang kuat.

DESAS DESUS

Dalam bahagian ini, saya nyatakan beberapa desas-desus yang saya dengar dan baca terhadap program ini:

1) Peserta seolah-olahnya akan taksub kepada pengasas ESQ bersama dengan trainer-trainernya. KOMEN : Tidak benar, kerana semua trainer senantiasa memperingatkan peserta supaya segala pujian hanya dihadapkan kepada Allah SWT dan senantiasa bersolawat kepada Rasulullah SAW.

2) ESQ ini membawa fahaman liberal. KOMEN : Saya tidak nampak fahaman liberal disebarkan dalam program ini. Sebaliknya, ia hanya menumpukan kepada pengabdian agung hanya kepada Allah SWT.

3) Penyalah-gunaan asmaul husna. KOMEN : pendekatan yang digunakan tidak salah. Cuma perlu dikemaskan seperti yang telah saya ulas sebelum ini.

4) God-spot. KOMEN : Kebetulan, dalam program yang saya hadiri, topik ini langsung tidak dibangkitkan.

5) Campur aduk antara Barat dan Islam. KOMEN : Sekiranya kita memahami bahawa sumber ilmu hanyalah dari ALLAH, maka pasti tidak timbul perkara ini. Tiada masalah untuk memanfaatkan ilmu-ilmu yang diketengahkan oleh orang-orang kafir sekalipun. Pada pengamatan saya, kursus ini seolah-olahnya ingin membuat kesimpulan bahawa segala teori motivasi Barat tidak akan setanding dengan kesempurnaan syariat Islam dengan gabung-jalin 3 rangkai agama iaitu IHSAN, IMAN dan ISLAM sepertimana yang disebutkan dalam hadis Nabi SAW yang lebih dikenali sebagai Hadis Jibril. Walaupun banyak teori Barat yang dinyatakan, namun akhirnya, saya dapati kaedah Islam adalah yang terbaik. Lebih dari itu, teori-teori Barat itu sebenarnya adalah fahaman mereka terhadap kandungan ajaran Islam itu sendiri.

6) Kursus yang terlalu mahal, semata-mata untuk perniagaan dan mengaut keuntungan. KOMEN : Perkara ini subjektif. Bukan tugas kita untuk menilai niat-niat manusia. Itu adalah urusan Allah SWT. Tugas kita adalah sentiasa bersangka baik dan mengambil manfaat dari segala yang ingin dikongsikan. Seterusnya, saya rasa yuran yang dikenakan adalah berbaloi dengan keistimewaan-keistimewaan yang diberikan selepas tamat program seperti alumni, penyertaan percuma untuk program-program masa akan datang (dalam siri @ level yang sama), dan lain-lain. Yuran yang banyak itu digunakan untuk manfaat ummah juga, seperti pembinaan Menara 165 di Jakarta yang pastinya menelan kos yang banyak; pembukaan cawangan-cawangan di luar Indonesia, pembiayaan research yang dilakukan dari semasa ke semasa dan sebagainya. Oleh, tidak timbul semata-mata hanya mencari keuntungan. Walau bagaimanapun, sekiranya ESQ ada memberikan sedikit penurunan yuran kepada peserta-peserta yang benar-benar layak, itu adalah yang sebaik-baiknya. Antara mekanisma untuk menangani perkara ini adalah dengan melaksanakan konsep takaful, yakni ’yang senang’ membiayai sebahagian daripada yuran ’yang memerlukan’. Saya amat mengesyorkan supaya ESQ membuat program Amal untuk rumah-rumah anak yatim, program khusus untuk golongan yang tidak berkemampuan. Barulah hasrat murni ESQ dapat ’diterjemahkan’ kepada semua kumpulan sasaran mengikut kadar ekonomi masing-masing.

7) ESQ ingin monopoli. KOMEN : Tidak timbul soal monopoli. Ia adalah bergantung kepada usaha dan kesungguhan masing-masing. Rezeki adalah ketentuan Allah.

KOMEN UMUM

1) Saya amat mengharapkan agar ESQ dapat mengubah-suai 'perkara-perkara kecil' yang menjadi pertikaian segelintir golongan, demi memastikan survivalnya khususnya di Malaysia, kerana saya AMAT POSITIF dengan pendekatan ESQ ini.

2) Kepada orang ramai yang hanya dengar-dengar tentang ESQ ini, tetapi masih belum menyertainya; saya anjurkan supaya KIV daripada mengeluarkan sebarang komen, sebaliknya sertai sendiri program ini dan barulah menilai. Barulah penilaian kita akan lebih adil dan saksama. Saya sendiri dari awal lagi, menghadiri program ini bukan untuk mencari salah, tetapi untuk mendapat manfaat dari segala perkara yang betul. Di celah-celahnya, terdapat beberapa perkara yang saya rasakan perlu dinilai semua, maka terhasilkan artikel ringkas ini.

3) Kepada ahli akademik yang ingin melakukan ‘research’ terhadap program ini, samada dengan mengedarkan borang-borang kajian kepada para peserta atau para trainer; saya anjurkan agar reseacher tersebut menghadiri terlebih dahulu program ini supaya dapatan daripada kajian itu benar-benar rasional, tidak berasaskan kepada sentimen akibat dari desas-desus yang diperkatakan.

4) Sekiranya mana-mana panel atau jawatan kuasa penilai terhadap program ini, saya lebih 'gembira' sekiranya semua panelnya terlebih dahulu menghadiri program ini, kemudian bawa ke mesyuarat untuk diputuskan statusnya. Mudah-mudahan, kita menilai bukan berdasarkan persepsi, tetapi daripada pengamatan dan pengalaman sendiri.

5) Kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam program ini, sekiranya ia bukan bersifat prinsip dan boleh dibetulkan, maka saya amat berharap agar ESQ ini tidak diharamkan di Malaysia. Sebaliknya, perbetulkan kesalahan tersebut kerana kebaikannya adalah cukup banyak.

6) Setakat ini, saya tidak dengar ada yang jatuh murtad dengan sebab menyertai program ini, sebaliknya telah ada yang memeluk Islam hasil dari penyertaan mereka dalam program ini. Yang hampir atau telah murtad pula telah kembali bertaubat.

7) Saya bertanya sendiri dengan urusetia program, adakah modul-modul ini diubah-ubah berdasarkan kepada pecahan peserta. Maksudnya, jika ramai peserta muslim, modulnya adalah berlainan dengan program yang peserta ramai yang non-muslim. Jawapan yang saya terima adalah: Semua program modulnya adalah sama, tanpa mengira pecahan peserta dari sudut agama mereka.

8) Saya mencadangkan agar trainer ESQ senantiasa memberikan anjuran kepada para peserta (yang Muslim terutamanya) supaya sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dalam Aqidah (IMAN) , Ibadah (ISLAM) dan Akhlak (IHSAN). ESQ hanya menyedarkan mereka tentang gambaran menyeluruh terhadap agama, sehingga mereka rasa amat terdorong untuk memulakan ‘kehidupan baru’ dengan menggemilangkan pengabdian kepada Allah SWT. Ini tidak akan sempurna tanpa ilmu dalam ketiga-tiga aspek tersebut. Peserta juga perlu harus diingatkan supaya tidak bercukupan dengan maklumat-maklumat (khususnya maklumat agama) yang dikongsikan dalam ESQ, sebaliknya perlu untuk mencari dan mendalami sendiri ilmu-ilmu Dinul Islam ini secara seimbang di antara ketiga-tiga rangkai utamanya.

PENUTUP

Suka untuk saya nyatakan sekali lagi bahawa ‘follow up’ yang paling utama yang perlu diambil berat oleh Pengurusan ESQ dan para alumninya adalah untuk mendalamkan ilmu agama dengan menghadiri kelas-kelas pengajian di tempat masing-masing.

Rukun Islam yang ‘ditampilkan’ dalam istilah Intelligent Quality perlu kepada huraian Ilmu Feqah, Usul Feqah, supaya ibadah kita tidak sepertimana kita ingin beribadah, sebaliknya ibadah kita adalah sebagaimana yang dikehendaki Allah SWT.

Rukun Iman yang ‘ditampilkan’ sebagai Emotion Quality perlu kepada huraian ilmu Aqidah dan Tauhid; supaya ‘rasa bertuhan’ itu tidak hanya setakat di perasaan semata-mata, sebaliknya berdasarkan kepada kejelasan ilmu dan penjelasan dari pada ulama yang muktabar. ‘Rasa Bertuhan’ secara fitrahnya ada pada semua manusia, tetapi untuk mengenal bahawa Tuhan itu adalah ALLAH, ia perlu kepada Ilmu yang perlu diambil daripada AHLI ILMU pula. Di sini tiba peranan para ulama untuk lebih ‘memurnikan’ pemikiran para peserta.

Ihsan yang ‘ditampilkan’ sebagai Spritiual Quality perlu kepada huraian ilmu Akhlak, Tazkiyah dan Tasauf. Ia perlu kepada latihan zikir dan praktikal adab dalam perguruan, supaya ilmu tentang AKHLAK mampu membuatkan seseorang itu BENAR-BENAR BERAKHLAK. Semua orang mampu memperkatakan dengan akhlak dan nilai-nilai murni, tetapi tidak semua mampu untuk ‘sebati’ dengan akhlak dan nilai-nilai murni tersebut. Jika Ilmu Tasauf disinonimkan dengan Tarikat, maka perlu diinsafi bahawa tidak semua Tarikat itu adalah sesat.

Sepertimana idea utama ESQ adalah untuk menggabung-jalinkan antara IQ, EQ dan SQ; sebenarnya dalam Agama Islam sudah lama mengarahkan umatnya untuk menggabung-jalinkan antara IMAN, ISLAM dan IHSAN yang para ulama nusantara sebutkan sebagai 3 rangkai utama al-Din.

Berat kepada mendalami IMAN (Aqidah) tanpa ISLAM (Ibadah) dan IHSAN (Tasauf) ; akhirnya mendorong kepada Falsafah semata-mata.

Berat kepada ISLAM (Ibadah) tanpa IMAN (Aqidah) dan IHSAN (Tasauf); barang-kali akan lebih mendorong kepada sifat-sifat negatif seperti bangga diri, rasa terlalu sempurna dan lebih hebat dari orang lain. Ia akan ‘mengaburkan’ halatuju dalam Ibadah itu sendiri.

Berat kepada IHSAN (Tasauf) tanpa IMAN (Aqidah) dan ISLAM (Ibadah); akan melahirkan tarikat-tarikat yang sesat dan lebih banyak mengundang fitnah. Islam bukan agama perasaan, sebaliknya ia adalah gabungan antara perasaan, akal, dan tubuh badan.

Keseimbangan antara IMAN, ISLAM dan IHSAN inilah yang dinamakan dengan TAUHID TASAUF. Hubungan antara IMAN, ISLAM dan IHSAN ini pula dapat difahami melalui pendedahan dan pengajaran oleh para sheikh dan alim-ulama; yang kita istilahkan sebagai ‘Kitaran Kehambaan’.

Artikel ini akan menjadi terlalu panjang untuk saya huraikan tentang ‘Kitaran Kehambaan’ ini, namun saya bersedia untuk berkongsi mengenainya kepada ESQ dalam sebarang pertemuan, mudah-mudah pihak ESQ dapat memanfaatkannya dalam program-program akan datang. Ini hanyalah semata-mata untuk memanjangkan segala ilmu yang kita perolehi dari para sheikh dan alim-ulama mudah-mudahan semuanya mendapat ganjaran dari Allah SWT, insya-Allah.

Mudah-mudahan artikel ini dapat memberi sedikit-sebanyak manfaat kepada para pembaca. Saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada ESQ atas perkongsian yang amat bermanfaat; kepada Unit Latihan UKM atas inisiatif yang paling bermakna; dan kepada semua yang bersifat adil dalam menilai program ini. Allah berkati semua kita. Amin. Al-Fatihah!

Salam Ikhlas Penuh Ukhuwwah,

“Dari hamba kepada hamba”

Ahmad Fakhrurrazi Bin Mohammed Zabidi

BA UKM (Tafsir) 2005, MA Univ. of Jordan (Tafsir) 2009, BA Syariah Al-Azhar (Cairo) 2009.

Tutor Jab. Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah,
Fakulti Pengajian Islam, UKM

Monday, October 26, 2009

Bee Zeal


Salam,

Sejak 2 minggu lepas saya tidak bertandang ke blog sendiri, inikan pula nak menjengah ke blog sahabat-sahabat. Kesibukan ...

Abi yang kurang sihat, bertungkus lumus menyiapkan pindaan Tesis, kerana perlu di hantar ke Jordan melalui Dr. Majali yang datang ke UKM sebagai Prof. Malim. Namun, alhamdulillah siap juga. Cuma bantuan seterusnya oleh Ust Najib yang berada di Amman. Syukran Ust! Semoga Allah permudahkan setiap urusan Ust, Ayu dan Abang Uwais.

Menemani hubby mengumpul bahan untuk seminar


Kerja yang banyak di pejabat. Alhamdulillah ... rezeki. Yang penting laksanakan tugas dan tanggungjawab dengan amanah dan ikhlas.

Cuma, kes-kes Syariah banyak juga mendatang. Itu yang paling mencabar. Saya sebenarnya tak berminat sangat nak "berbicara" di Mahkamah Syariah, kerana betul la kata-kata orang yang bernada sinis, tempat bersuka ria para Syaitan Laknatullah adalah Mahkamah Syariah kerana setiap hari berpuluh Lafaz Cerai dilafazkan. Hati saya berdegup kencang dan rasa sebak ingin menangis. Kerana runtuh lagi berpuluh-puluh masjid ...

Apabila berdepan kes Syariah, saya lebih kepada khidmat nasihat mencari jalan penyelesaian. Saya "kurang" suka prosedur-prosedur Mahkamah yang manusia tetapkan, kerana "kurang" bermatlamat untuk maslahah umat Islam. Namun, siapalah saya untuk mempertikaikannya kerana adanya 'Yang Arif Lagi Bijaksana' serta 'Rakan-Rakan Peguam Yang Bijaksana'. Walaupun perit mendengar natijah-natijah Yang Arif Lagi Bijaksana, itu tanggungjawab yang perlu saya pikul. MAAF! saya tidak bertujuan "menghina" sesiapa, sekadar manusia yang di bawah memberi pendapat dan pandangan. Walaupun begitu, saya akui Mahkamah Syariah sebagai simbol keadilan Islam.

Namun, saya tidak bergelumang dengan kes syariah setiap masa. Syukur ada kes-kes corporate, islamic finance dan islamic capital market yang complicated dan bermain dengan nombor yang menyenangkan hati dan tak perlu terbawa-bawa sehingga ke mimpi.

Semangat untuk menyambung PhD datang mendadak, setelah melihat jalan yang Allah tunjukkan. Namun saya akur, walaupun jalan itu ada dan Insya Allah pasti ... perjalanan PhD hubby paling penting dan utama. Andainya, perjalanan beliau dilorongkan ke jalan saya, maka saya berpeluang untuk terus belajar dan menyumbang sedikit untuk Islam. Andai tidak diizinkan juga melalui beliau, saya redha. Dan itu pasti yang terbaik dari Allah untuk saya.

Namun, dokumentasi saya dah siap sedia, cuma proposal kajian masih dalam usaha baik pulih dengan bantuan pensyarah-pensyarah saya. Ya Allah permudahkanlah urusan suami ku agar perjalanan ku seiring dengannya.

Insyirah mulai Final Exam hari ini. Maka, sibuk pula dengan urusan menyediakan Insyirah untuk exam tadika beliau. Bersiap sedia dengan ejaan BM, BI, Jawi & Bahasa Arab yang saya tampal di pintu almari. Membeli buku-buku latihan @ kerja untuk dia berlatih tubi. Saya yang berdebar-debar. Namun, Insya Allah, Insyirah dan bersedia. Allah lapangkan hati dan fikiran kakak untuk menjawab dengan baik.


Insyirah juga telah mula latihan sebagai solo untuk NASYID UMMI oleh HADDAD ALWI untuk Majlis Konvokesyen Restu Kids 2009. Alhamdulillah dia dah hafal. Setiap hari berlatih menyanyi dengan saya sehingga serak suara. Katanya, Nasyid Ummi ni khas untuk saya, UMMI TERSAYANG. Terharu ... Nanti umi akan rakam dan simpan dalam Laman Kasih ini buat kenangan kakak yang tersayang.

Abang Amir dan Isyraf bersilih ganti demam panas sehingga penuh ulser di mulut. Isyraf paling kesian. Menjelir lidah, menunjukkan ke arah saya sambil menyebut "akit ... akit ..." (sakit). Isyraf tidak boleh makan dan minum, hanya bergantung kepada susu saya. Selepas itu Abang Amir pula demam panas dan sakit tekak. Air liur berkumpul kerana sakit jika ditelan.

Tidak tahan melihat kesakitan anak-anak, saya membawa mereka ke Darul Syifa di Bandar Baru Bangi kelmarin, setelah habis ubat demam dan antibiotik dari klinik. Si ustaz mengunakan jari telunjuk beliau dan memasukkannya ke dalam mulut Abang Amir dan Isyraf sambil mengerakkannya di sekeliling mulut atas bawah, kiri kanan sambil berdoa, Alhamdulillah dengan izin Allah juga, keesokannya anak-anak saya dah boleh menjamah makanan. Saya bersyukur melihat anak-anak kembali aktif.

Dalam masa itu juga sibuk menguruskan rumah-rumah kami. Targetnya perlu ada penyewa sebelum November ini agar rumah-rumah itu membiayai diri mereka masing-masing. Harap-harapnya, urusan rumah-rumah ini selesai sebelum akhir tahun dengan penyewa yang bertimbang rasa dan bertanggungjawab.

Saya berdoa segalanya berjalan dengan baik dan berakhir dengan baik, kerana Allah pasti beri yang terbaik untuk hamba-hambaNya yang berusaha. Ameen.

Wasalam.