.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, November 16, 2009

14 November 2009

Salam,

Sabtu lalu meninggalkan satu kenangan yang mungkin tak dapat saya lupakan. Sehingga kini ia masih terngiang-ngiang di telinga saya.

Insyirah, Alhamdulillah berjaya menamatkan sesi tadikanya di Restu Kids, Yayasan Restu pada tahun ini. Dengan Majlis Attaruf Wal Takhrij yang amat meriah di selitkan dengan Pementasan Teatar "Kisah Luqman Al Hakim dan Anaknya", ia meninggalkan satu kenangan yang manis buat ibu bapa, para guru dan anak-anak Restu Kids.

Tahniah diucapkan kepada para guru dan anak-anak Restu Kids yang memberikan satu persembahan yang menakjubkan.

Disebalik teater Luqman Al Hakim dan Anaknya itu, Insyirah berperanan sebagai solo anak kecil @ Sulis yang menyanyikan Nasyid Ummi, nyanyian asal Haddad Alwi dan Sulis. Insyirah diiringi oleh Kumpulan Gema Restu yang diketuai oleh Ust Latif.

Disaat Insyirah mengalunkan rangkap pertama nasyid Ummi tersebut, air mata saya jatuh berguguran. Terasa sebak mendengar suara Insyirah yang mendayu-dayu seolah-olah memanggil-manggil nama saya. Beberapa ibu yang lain juga menangis.

Saya toleh ke belakang dan melihat ibu saya @ Mama juga tersedu-sedu menangis sambil memberitahu di kiri kanannya "Solo tu cucu saya tu, cucu saya tu ..."

Insyirah nampak gementar pada mulanya namun semakin tenang bila penghabisan. Saya bangga dengannya. Saya terkenangkan ketika saya berumur 6 tahun dahulu, saya juga menyanyi solo di hari akhir tadika. Lagu nasyid "Sepohon Kayu". 23 tahun kemudiannya, saya menyaksikan pula anak gadis saya.

Insyirah ambil masa 2 hari untuk menghafal Nasyid Ummi ini dan telah berlatih selama 2 minggu bersama guru-gurunya. Setiap hari saya akan berlatih dengannya sehingga Abang Amir sendiri telah menghafal bait-bait nasyid tersebut walaupun dengan sebutan-sebutan arab yang berulang-ulang.

Sekembali dari majlis itu, Mama memberitahu saya yang beliau menangis kerana terkenangkan saat-saat saya berumur 6 tahun dahulu, sama keadaannya dengan Insyirah dan Mama tidak menyangka akan melihat cucunya pula membuat persembahan. Cuma kata Mama, nyanyian Insyirah lebih lunak dan mendayu-dayu sehingga meruntun jiwa berbanding saya. Insyirah menyanyi dengan penuh perasaan. Saya rasa bait-bait arab dan alunan padang pasir itu yang menjadikan nyanyian Insyirah lebih indah.

Insya Allah, saya akan lampirkan klip video Insyirah yang kurang bermutu berbanding VCD rakaman pihak Restu Kids yang belum diedarkan lagi.

Majlis At Ta'ruf Wal Takhrij Restu Kids, 2009

Insyirah as participant.

Insyirah as student Restu Kids 2009

Dengan Kak Ady dari Haiwan Teladan TV3. Insyirah kena nyanyi pulak lagu Haiwan Teladan.

Tahniah Insyirah!

Insyirah dan sahabat-sahabat dari Kelas Ibnu Khaldun

Insyirah, Maisarah & Gema Restu

Set pementasan Teater Luqman Al Hakim dan Anaknya

Insyirah @ Sulis

Sesi penyerahan Sijil


Sesi penyerahan Sijil

Mama kata, "SHE SAME AS YOU, BUT SHE’S FROM ME TOO" :)

6 comments:

kher said...

Tahniah diucapkan kepada Insyirah.
Semoga membesar menjadi seorang anak yang solehah.

usrati habibati said...

salam yana...tahniah juga buat insyirah yang licik....alhamdulillah...untung yana dapat sekolahkan anak kat sekolah yang baik cam tu....act pendidikan awal memang penting kan?

Hana' Yusuff said...

salam,
hana pun rasa sebak bergenang air mata pulak baca entry ni.mungkin perasaan sbgai ibu kut kan. rasa bangga tgk anak kita dan hana mcm boleh bayangkan insyirah sedang alunkan bait2 nasyid ummi tu..tahniah untuk Insyirah dah bergelar graduan Restu Kids.

insyaALlah Hasya tahun depan ke Genius Aulad di Sek 23. baru buka thn depan.

nnt nak tengok video insyirah.jgn lupa upload :)

Ilyana Ar Razi said...

salam kher,

syukran, semoga zuriat kita semua adalah dikalangan yang soleh dan solehah.

ameen

Ilyana Ar Razi said...

salam hana,

baguslah hasya masuk ke genius aulad. sebelum ke restu kids pun saya dok cari genius aulad dalam area shah alam, tapi takde.

alhamdulillah, rezeki hasya untuk ke genius aulad :)

Ilyana Ar Razi said...

salam balqis,

pendidikan awal mmg yang paling penting.

tempoh masa usia anak2 shg 6 tahun, itu yang paling penting untuk pendidikan rohani dan kasih sayang.

saya selalu ingatkan diri saya, 6 tahun pertama anak-anak tidak akan berulang. dan apabila mereka dewasa, kita akan merindui saat mereka ketika kecil.

sedeynyerrrr.

sob sob sob :(