.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, November 22, 2009

Insyirah @ Kem Smart Hafiz

Salam,

Alhamdulillah, Insyirah selamat pulang ke pangkuan saya. Dia kelihatan sihat dan ceria, namun agak keletihan. Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru Restu Kids, fasilitator yang bertugas serta pihak penganjur yang sabar menghadapi kerenah anak saya, "peserta paling ceria". Selain Insyirah, Maisarah dan Hannah juga adalah peserta termuda iaitu berusia 6 tahun dari Restu Kids. Selainnya, dari serata Malaysia. Tugas mereka bertiga ini ialah menceriakan suasana kerana "suka sangat bergelak ketawa".

Saya berharap program-program seperti ini dapat dianjurkan lagi di masa hadapan. Cumanya Insyirah agak sedih kerana Abinya tiada bersama. Abi pun sedang berkursus BTN di Penang.

Saya pasti semua ibu bapa bangga dengan anak masing-masing. Setiap anak itu ada kelebihan dan kekurangannya, maka sebagai ibu bapa, kita lah yang perlu menghargai setiap kelebihan dengan memberi mereka semangat dan dorongan selain memperbaiki setiap kekurangan anak itu sebaik mungkin.

Jadi janganlah anak-anak kita dibandingkan dengan kawan-kawannya yang lain kerana ini pasti mengguris hati mereka. Bersyukurlah kita dengan zuriat yang telah Allah kurniakan pada kita. Matlamat kita sepatutnya mendidik mereka menuju ke jalan yang diredhai Allah.

Sebagai ibu bapa kita hendaklah berusaha mendidik anak-anak supaya mempunyai jati diri Al Quran. Natijahnya adalah dari Allah. Dengan usaha dan doa, Insya Allah anak-anak kita akan berjaya, namun bukan berjaya untuk mendabik dada dan menongkah dunia, tetapi berjaya sebagai hamba Allah yang beriman cemerlang, bertaqwa gemilang dan berakhlak terbilang :)

Sebagai ibu bapa, rasa kasih sayang itu bukan pada hanya anak-anak kita tetapi pada anak-anak insan lain supaya natijahnya, anak-anak kita juga di kasihi di sayangi oleh insan-insan yang lain. Begitulah timbal baliknya.

Insyirah sedih untuk berpisah dengan Maisarah termasuk dengan para guru Restu Kids beliau. Namun, setiap yang bertemu pasti akan berpisah. Itu lumrah dunia.

Hasil dari Kem Smart Hafiz selama 3 hari 2 malam ini, Alhamdulillah Insyirah berjaya menghafaz :-

- Surah Al Baqarah ayat 201
- Surah Al Imran ayat 8
- Surah Al Qashash ayat 16
- Surah Al Kahfi ayat 10
- Surah Al An'am ayat 162
- Surah Ar Rahman ayat 1 hingga 5
- Surah Toha ayat 25 - 28
- Surah Al Baqarah ayat 255
- Surah Al Baqarah ayat 284 - 286
- Surah Ibrahim ayat 40 dan 41

Alhamdulillah, walaupun tidak sebanyak anak-anak dewasa yang lain, namun saya bersyukur dan bangga dengan keupayaan beliau walaupun masih kecil, dengan masa yang padat, sesi menghafaz yang ketat dan semangat beliau, beliau mampu untuk melalui motivasi luar yang pertama dalam hidup beliau.

Insya Allah, semoga akan datang, Allah membuka hati dan minda Insyirah untuk terus menghafaz Al Quran dan ayat-ayat Allah itu terpahat di dada dengan setiap degup jantung beliau dan bergerak sealiran dengan darah yang mengalir di badan beliau. Itu harapan seorang saya seorang ibu, namun ketentuan yang terbaik adalah dari Allah.

Yang paling saya terharu ialah Insyirah dijemput untuk menyanyikan Nasyid Ummi bersama Kumpulan Gema Restu. Air mata saya mengalir lagi. Cumanya apabila Pengerusi Majlis memberitahu bahawa ini adalah kali terakhir mereka akan mendengar suara Insyirah mengalunkan Nasyid Ummi bersama Gema Restu kerana Insyirah akan "berhijrah", saya ingin menyatakan Insya Allah kita akan bertemu lagi pada masa akan datang.

Klip persembahan Insyirah akan saya lampirkan selepas ini kerana klip persembahan di Majlis At Takhrij hari tu pun saya belum letakkan lagi kerana masih menanti VCD rakaman oleh Yayasan Restu.

Melalui blog ini, para guru Restu Kids dan petugas-petugas di Yayasan Restu boleh mengikuti perkembangan kami sekeluarga di mana jua kami berada. Jadi, kita masih boleh berhubung dan saya Insya Allah akan memberi sokongan yang semampunya usaha-usaha Restu Kids dan Yayasan Restu dalam memartabatkan Al Quran.

Gambar-gambar di bawah sebagai kenangan buat semua. Di harap jika para fasilitator mempunyai koleksi gambar-gambar menarik sepanjang 3 hari 2 malam di Kem Smart Hafiz ini, dapat emailkan kepada saya.

Semoga usaha-usaha ini diberkati Allah dan kita semua beroleh manfaat untuk dimanfaatkan bersama.


Sijil Penyertaan Kem Smart Hafiz 2009

"Aku burung, burung tiung berbunyi. Sungguh riang di sangkar ku ini. Suaraku seperti manusia. Bersiul dan ketawa sentiasa"

Lagu "Aku Burung Tiung" ketika di Darjah 2. Siapa masih ingat? :)

Dengan Kak Ain dari Kedah, teman sekatil Insyirah

Pelukan perpisahan oleh Insyirah dan Maisarah. Keduanya menangis selepas gambar ini diambil. Tetapi ada guru yang menangis terlebih dahulu melihat aksi perpisahan dan keakraban mereka.

Aunty doakan semoga Maisarah terus berjaya dan cemerlang. Bak kata Ummi Maisarah "Insya Allah, Insyirah dan Maisarah akan jumpa di universiti nanti". Ameen.

Dengan Teacher Shila, mengajar subjek English


Aksi Abang Amir di tangga asrama Insyirah.

Inilah katil kakak

Bersama Teacher Hazzira, Teacher Dilla dan Teacher Yani

Dengan fasilitator, Teacher Romie


Ummi Insyirah, Ummi Maisarah dan Ummi Hannah

Peserta termuda Kem Smart Hafiz, Maisarah, Insyirah dan Hannah. Yang tudung merah tu, Mashitah, adik Maisarah

Sesi penyerahan sijil penyertaan

Sesi penyerahan sijil penyertaan dan saguhati

Persembahan hafazan oleh anak-anak dewasa


Kami si kecil yang ceria !

Tahniah Kem Smart Hafiz 2009 !

Aktiviti masa lapang agaknya

Macam mana Teacher Romie dan suami boleh ada dalam gambar ni :)

Lagi aktiviti masa lapang Insyirah :)

SALAM MAHABBAH PENUH UKHUWAH BUAT SEMUA YANG TERLIBAT DENGAN KEM SMART HAFIZ 2009

4 comments:

atiqahdahalan said...

salam kak yana..

seronoknya tgk anak cerdik & gifted mcm Insyirah... kalau kem smart hafiz ni, anak2 menghafal setelah tahu mengajilah ye? (soalan ni, saja tanya in advanced, hehe =))

kak yana nak berhijrah ke mana, nk balik amman ke? huhu (^_^)

Ilyana Ar Razi said...

salam atiqah,

semua kanak2 adalah dilahirkan cerdik dan berkebolehan. sebagai ibu bapa kita kena tahu setiap kebolehan anak2 supaya boleh dipupuk dari kecil.

yang ke kem ni semuanya dah pandai mengaji, mereka hanya di ajar kaedah menghafaz al quran.

soalan advanced yg amat baik, :) yang penting, sebelum kahwin lagi doa dikurniakan suami yang supportive dan bersifat pembimbing serta dikurniakan zuriat yang soleh solehah.

nak balik amman? tak tahu lagi. ikut ust la :)

Ilyana Ar Razi said...

salam balqis,

saya tak pasti knp komen awak tak appear walaupun saya dah approved. apapun terima kasih, tapi awak pasti lebih hebat kan?

sama2lah kita berusaha dan berdoa utk masa depan dunia dan akhirat anak2 kita.

Unknown said...

Assalamuaalaikum Kak Yana,

Kagum saya membaca entry Insyirah ke kem tahfiz. MasyaAllah, moga2 diberi kekuatan untuk saya juga.

norm ex-smkaks.