.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Wednesday, December 9, 2009

Aidiladha 1430H

Salam,

Baru terluang nak abadikan kenangan Aidiladha 1430H. Dan ucapan TAHNIAH juga kepada Kak Ina, Ust Mujahid, Ust Sagol, Cheawahkuhai, Kak Yus dan suami selepas menjalani ibadah Haji 1430H melalui Jordan. Semogo Allah berkati amal ibadah kalian dan dikurniakan haji yang mabrur.

Terkenang kenangan menjalani ibadah Haji 1428H yang lalu bersama suami tersayang yang perjalanan ke tanah suci itu melalui Jordan juga. Namun mungkin pengalaman kami berdua pasti tidak seperti sahabat-sahabat yang lain. Apapun, semoga Allah menerima ibadah Haji kita semua sebagai melengkapkan Rukun Islam yang ke 5.

Aidiladha 1430H kali ini masih meriah walaupun tiada Uwan disisi kami. 2 ekor lembu tetap tumbang dijadikan korban. :) Namun, dalam keadaan saya yang "berkongsi jasad", agak kelelahan juga memasak dari pagi hingga ke malam.

Insyirah dan Abang Amir amat gembira dan teruja melihat "pengorbanan" 2 ekor lembu. Macam-macam soalan yang dikemukakan. Maka, cara yang paling mudah untuk memahamkan mereka ialah menceritakan sirah Nabi Ibrahim dan anak baginda, Nabi Ismail kepada Insyirah dan Abang Amir. Barula mereka faham mengapa 2 ekor lembu itu menjadi korban. :)

Kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail ini jika dihayati akan meletakkan kita di atas neraca pertimbangan keimanan dan takat ketaatan kita kepada Allah SWT. Setakat mana pengorbanan kita kepada Allah untuk membuktikan ketaatan dan keimanan kita kepada Allah?

Hakikatnya, REDHA adalah PENGORBANAN. Redha dengan ketentuan Allah sama ada yang baik atau tidak baik menunjukkan sedikit sebanyak pengorbanan seorang hamba kepada Allah SWT.

Ada kisah disebalik redha dan pengorbanan yang saya nak kongsi, namun belum tiba masanya. Perasaan untuk berkongsi masih belum timbul dari hati saya. Hanya DENGAN RAHMAT ALLAH, saya berharap segalanya adalah yang terbaik untuk saya. Ameen ...

Pagi Aidiladha di Teratak Uwan, Jeram, Selangor

Abang Amir dan Uda Ansari

"Jatuh dah lembu tue"

Korban pertama

Korban kedua

Sesi siat menyiat

Bos-bos hanya tengok dari jauh aje :). Zaman tumbang menumbang ketika muda dah berlalu.

Ala cayang-cayang


Wajah kepenatan selepas berjaya menumbangkan 2 ekor lembu


Ekor untuk sup ekor :)

Sesi melapah dan mengumpul "Gear Box"


Sesi pembahagian, Mama sebagai ketua

Gear Box habis dahulu ditangan beliau sebelum sempat di hidang :)



Wasalam.

5 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah, kami selamat pergi dan pulang dari Tanah Suci, syukur sangat sebab Allah memilih kita pada usia muda untuk mengerjakan haji. Bila tengok yang tua-tua, rasa begitu, melihat kekuatan luar biasa yang Allah kurniakan pada mereka.

Isyraf dah nak dapat adik? Nanti Yana dah seri macam K ina...hehehe. Tahniah, bila dah tahu pompuan ke lelaki ngatau yer.

Ilyana Ar Razi said...

Alhamdulillah, betul sgt tu kak ina. Allah beri kita peluang di usia muda.

Adikkkkk? Cepat sgt la. Tapi apapun redha dan tawakal aje pada Allah.

Mama Afifi said...

salam yana....wah,...dah kalah kitorang nampaknya....ni betul2 speed ni...cptnya ishraf nak dpt adik...alhamdulillah...tu rezeki tu namanya....anyway...tahniah dari kami sekeluarga...

Ilyana Ar Razi said...

salam balqis, awak tak kalah la. muda lagi, umur 29 anak dah 3, alhamdulillah.

kami rancang nak "berehat" dulu, nak tumpu study. tapi nampaknya perancangan Allah lebih hebat.

alhamdulillah, saya memula terkejut, tak sangka dan mcm tak boleh terima, razi seronok ajer.

tapi selepas muhasabah semula, yakin dengan rahmat dan ketentuan Allah, saya kembali tenang.

doakan segalanya berjalan lancar yer!

Hana' Yusuff said...

salam yana,
baru berkesempatan baca entry ni.
hana pun teringin sgt dan doa moga Allah jemput untuk tunaikan haji di usia muda insyaAllah.
berkongsi jasad?tahniahhh... mudah2an semuanya berjalan lancar :)