Salam,
The anterosuperior view of the head of an anencephalic newborn
A front view of an anencephalic fetusSaya menerima email dari Abi memberitahu tentang seorang sahabat kami yang bayi ketiganya yang baru berusia 1 minggu (tak pasti) telah kembali ke Rahmatullah pada 1 Muharam 1431 lalu kerana Anencephaly (Bayi tanpa tempurung kepala).Sahabat itu menyatakan kemungkinan anencephaly itu adalah kerana kekurangan Folic Acid.
Abi menasihati saya supaya mengambil iktibar dari peristiwa ini.
Saya terkedu lalu terus berlari menuju ke kereta untuk mengambil Folic Acid yang telah Doktor bekalkan pada saya sambil berdoa kepada Allah, memohon ampun jika terdapat kelalaian saya dalam menjaga amanah yang ditiupkan di dalam rahim saya ini serta memohon kandungan saya ini dilindungiNya.
Sahabat saya itu amat tabah dan redha. Kata mereka, semoga puteri mereka itu akan membantu mereka di akhirat kelak. Ameen.
Al Fatihah. Takziah saya ucapkan pada mereka dan tahniah kerana sungguh tabah menghadapi dugaan ini.
Saya segera meng'google' mencari maklumat tentang anencephaly ini. Gambar di atas di ambil dari wikipedia. Saya sebenarnya tak sanggup melihat gambar tersebut.
Di harap, para Doktor yang ada mengunjungi laman saya ini dapat menjelaskan dengan bahasa yang mudah kepada "layman" seperti kami tentang anencephaly ini agar dapat mendidik para ibu dan bakal ibu yang lain juga.
Berulang kali saya membaca penerangan di wikipedia, barulah faham sedikit sebanyak namun itu terganggu dengan istilah-istilah perubatan.
Antara soalan saya :-
1. Apa kaitan anencephaly dengan folic acids?
2. Di usia kandungan berapa bulan anencephaly boleh di kesan?
3. Si ibu boleh merasai @ mengalami sebarang tanda sekiranya janin mempunyai masalah?
4. Kalau merujuk kepada Kod Etika Perubatan Islam, bukan ke :-
Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ
Jika ia sudah disahkan oleh sepasukan doktor yang pakar dengan bersandarkan asas keputusan ujian makmal dan klinikal bahawa janin (fetus) itu tidak normal, terjejas teruk, tidak dapat dirawat, dan andainya dia lahir diyakini dia akan menderita sepanjang hidup dan juga menyebabkan kesulitan kepada keluarganya, maka bayi itu boleh digugurkan sebelum berumur empat bulan (120 hari).
Ianya terletak kepada tanggungjawab bagi mereka yang berhak seperti doktor dan ibu bapanya untuk menentukan hal tersebut.
Ini adalah kesimpulan dari fatwa yang dikeluarkan oleh Komiti Perundangan Islam, Liga Muslim Sedunia dalam perjumpaan sesi ke-12 pada 15 Rejab 1410 H, oleh pandangan pendapat majoriti.
Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.
Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa, http://islamtoday.com
Jadi pendapat saya, pihak Doktor boleh di peringkat awal lagi menasihati ibu bapa tentang pilihan yang ada.
Sekadar mengharapkan perkongsian ilmu dan manfaat dari yang alim tentang perkara ini.
Allah berkati kepada yang sudi membantu.
Wasalam.






12 comments:
Salaam, kak Yana.
One of my cousin juga menghadapi masalah ini. beliau telah dilahirkan tidak cukup bulan danmeninggal dunis beberapa jam (atau hari, saya takingat) selepas itu.
subhanallha, saya takut melihat gambar itu. Arwah sepupu kecil itu pun saya tak lihat jenazahnya, tp berdasar description my mak yg menguruskan, begitulah...seperti gmbar diatas. cuma setelah melihat gmbar yg akak lampirkan baru sy dapat clear gambaran.
take good care of your health, and the baby, kak yana!
salam kak yana..
td saya search disease ni.. dan jumpa page ni..
http://www.anencephalie-info.org/e/faq.php
rasanya terms yg dia guna mmg terms layman.. saya rasa mudah nk faham..
Tgk perenggan dekat2 akhir, dia ckp anencephaly ni satu jenis kerosakan pd neural tube, dan risiko kerosakan ni blh dikurangkan dgn pengambilan Folic Acid.
yg soalan akak pasal time nk kesan penyakit ni, ditulis di situ seawal 10 minggu, dan klu dikesan pd minggu ke 16, mmg boleh confirmkan la penyakit ni..
Wallahu a3lam..
salam kak yana.
saya pun tak berapa mahir lagi tajuk ni, belajar surface je masa tahun satu dulu, mungkin kakak2 senior boleh terangkan leih lanjut lepas ni.
cumanya, lepas2 rujuk balik kitab lama, huhu.. anencephaly atau meroencephaly merujuk kepada ketiadaan otak (atau sebahagian daripadanya) yang biasanya dikaitkan dengan ketiadaan tempurung kepala.
masalah ini berlaku sewaktu proses pembentukan sistem saraf bayi sekitar minggu yang keempat. Folic acid dan vitamin B12 memang sangat penting untuk proses pertumbuan/pembentukan sistem saraf ni. dan ada jugak ubat-ubatan yang boleh menyebabkan anencephaly ni berlaku jika diambil oleh ibu mengandung contohnya valproic acid atau anticonvulsant (ubat sawan).
anencephaly berlaku almost 1 dalam setiap 1000 kelahiran.
anencephaly tergolong dalam neural tube defect, NTD dan boleh dikesan sekitar 18 minggu usia kandungan. ada juga terbaca yang biasanya kes anencephaly ni dikaitkan dengan air ketuban berlebihan (yang ni saya tak tahu, ibu mengandung boleh rasa ke tak)
dan kecacatan ini adalah not compatible with life.
wallahua'lam. semester depan baru nak belajar pasal sistem saraf. =)
Assalamualaikum, kak yana.
Dah 2 minggu tak jenguk blog akak. Lepas chatting ngan akk la hari tu. tetiba bukak blog hari ni nampak gambar kak pujah kawen... huhu
Faezza ada cerita yang kak yana tengah cari maklumat pasal anencephaly.
Hmm.., sambil2 study pediatric neurology (xm isnin n rabu ni), sarah kongsi sikit mana yang sarah dapat eh..sikit je nih, lepas xm kalau ada masa, sarah atau kawan2 boleh tolong terangkan dgn panjang lebo, insyaAllah
daripada word anencephaly tu sendiri
a- atau an- kat depan perkataan tu membawa maksud: not/without,
cephaly kat belakang perkataan tu merujuk kepada brain
jadi anencephaly bolehlah diertikan sebagai ketidakwujudan brain sama ada semua atau major part of the brain
http://www.cigna.com/healthinfo/nord596.html
sarah cuba jawab soklan kak yana dgn ringkas eh, dan sarah sertakan rujukan, nanti boleh kak yana rujuk semula.
1- kaitan anencephaly dengan folic acid
Sblm kita lihat kaitan die, kite kena faham fungsi 2beradik- folic acid (vitB9) dan vitB12 yang tak boleh dipisahkan
Secara ringkasnya- Folic acid (folacin) merupakan salah satu elemen penting yang membantu penghasilan nucleic acid, sekaligus membantu penghasilan DNA (deoxyribonucleic acid) dan RNA yang natijahnya ialah penghasilan dan pembahagian sel-sel baru dalam badan.
Kepentingannya sangat kritikal ketika waktu pembahagian dan pertumbuhan sel berlaku dengan sangat cepat seperti dalam janin yang sedang membesar dalam kandungan dan dalam bayi.
Maka kekurangan folic acid dalam badan, akan menghalang dan mengganggu penghasilan DNA, dan seterusnya membantutkan proses pembentukan dan pembahagian sel2 dalam badan.
Oleh itu, mana-mana sel yang terlibat dalam proses pembahagian yang cepat dan laju (sel darah merah dan darah putih, serta sel-sel neuron ketika pembentukan janin dalam kandungan) akan sangat terkesan dengan kekurangan folic acid dalam badan dan boleh mengakibatkan anemia (apabila sel darah terlibat), dan kecacatan pada salur saraf (esp pada janin-jika sel2 neuron terlibat).
vitamin B12 pula, mempunyai tugas penting membantu tugas normal otak, sistem saraf dan penghasilan darah.
Vitamin B12 is normally involved in the metabolism of every cell of the body, especially affecting the DNA synthesis and regulation but also fatty acid synthesis and energy production.
http://grandmasremedies.com/health/Resources/ProdInfo/prodinfo-B12-folic.htm
http://www.enotalone.com/article/19394.html
takleyh panjang2, kena sambung comment lain.. hehe
sambungan..
soalan 2- usia kandungan berapa bulan anencephaly boleh dikesan?
mungkin akak boleh rujuk pada artikel di bawah ni, sangat bermanfaat:-
e-edcredits.com/articles/CNE-Riordan-Anceph.doc
antara point yang sarah dpt ringkaskan (macam tak ringkas sgt pun, tapi dalam artikel tu lagi panjang- but it's worth reading)
neural groove (salur saraf) janin akan mula bersambung (membentuk macam tube gitu), ketika janin berumur 20 - 21 hari (about 5 weeks gestation). Selalunya proses ini akan bermula dengan bahagian thoracic region (yang belakang paru2 kita), dan akan extend upward ke atas, dan downward ke bawah. Neural tube di bahagian kepala akan bersambung around 5 1/2 weeks gestation, dan bahagian bawah around 6 weeks gestation.
Maka kebanyakan kecacatan pada salur saraf berlaku di dua kawasan ini- di bahagian kepala - anencephaly (brain tak terbentuk atau major part of brain tak terbentuk), atau di bahagian bawah-lumbosacral spina bifida (kecacatan pada salur saraf di bahagian akhir saraf tunjang).
Jadi bila dapat diagnose ye?
Jika melalui u/sound, This anomaly paling awal dapat tengok as early as 10 - 12 weeks gestation ( yang ni better visualized with a transvaginal u/sound scan-> scan ikut bawah, bukan abdomen). Apa yang boleh dilihat ? abnormal shape of head/ absence of skull.
Tetapi selalunya, this anomaly can be visualized menerusi abdominal scan pada minggu ke 14- 15 kandungan. apa yang boleh dilihat ? a frog-like appearance of the face- due to the presence of the poorly formed tulang2 yang membentuk tempurung kepala.
Dan this anomaly selalunya boleh dikenalpasti ketika doktor yang cuba buat scan nak ukur size kepala bayi (BPD- biparietal diameter), dan accidentally find out, yang baby has an abnormal head.
Satu lagi cara untuk mengesannya is when the patient chooses to have a screening genetic blood test, MSAFP test -(maternal serum alpha-fetoprotein), yang boleh diambil antara minggu ke 15 keminggu 20 kandungan. Dalam kes ini serum alpha-fetoprotein is usually elevated.
hehe.. sambung lagi..
3. Sebarang tanda pada ibu jika janin mengalami masalah ini?
polyhydroamnions (berlebihan air ketuban)- which occurs in 40 - 50% of cases. Puncanya masih belum sepenuhnya diketahui, cuma beberapa hypotesis dikeluarkan. Kemungkinan, janin mengalami kegagalan normal process of swallowing disebabkan masalah di brainstem, atau,kemungkinan berlebihan urination (buang air kecil), atau kegagalan penyerapan semula cerebrospinal fluid (air tulang belakang).
In some cases of anencephaly, there is increased fetal activity seen with an unknown explanation. It has been proposed that irritation/ gangguan pada selaput saraf dan tisu2 neuron oleh cerebrospinal fluid atau external factors may be the cause.
Yang selebihnya, insyaALLAH akak boleh baca lebih lanjut dalam artikel tu. Antara point menarik dalam link artikel di atas :-
- physical findings commonly seen in anencephalic fetuses
-associated malformations and few conditions that sometimes can be confused with anencephaly
- prognosis
-Obtetrical management and psychosocial adaptation (cuma bagi pendapat diorang yang tulis artikel ni (org putih)- termination boleh pada bila2 semasa mengandung)
- last sekali dia ada soalan.. hehe kalau akk rajin bolehla buat...
ni link die lagi sekalli, takut terlepas pandang...
e-edcredits.com/articles/CNE-Riordan-Anceph.doc
4- Untuk fatwa tu sarah tak berani nak cakap- tapi masih ingat, ketika menghadiri kursus fiqh medic awal taun ni, memang nyata dijelaskan, sebarang abortion yang bersebab (bukan sewenang-wenangnya nak abort), mestilah dilakukan sebelum berumur 120 hari.
Wallahua'lam
Setakat ni , ni je yang mampu sarah bg. InsyaAllah faezza pun nak tulis dalam blog dia..mungkin ada point2 tambahan. kalau ada yang akak kurang faham dalam link yang sarah bagi kat atas, bolehlah tanya kitorang..
semoga Allah melindungi akak dan bayi dalam kandungan, juga seisi keluarga... ameeen..
Akak, doakan kitorang exam paediatric 28 n 30 dis ni...
Assalamualaikum..
salam kak..sorry for the late..=)
1)folic acid adalah nutrien penting untuk membantu sistem pertumbuhan saraf tunjang dan otak untuk baby..
simpanan folic acid dlm bdn kita terhad..kita boleh simpan folic acid dlm 3 bulan je..so,ibu2 yg memang plan untuk pregnant,dr selalunya akan bagi supplement folic acid lebih awal untuk langkah berjaga2..=)
TAPI:folic acid bukanlah satu promising factor untuk tidak mendapatkan baby anencephaly..
ada faktor2 lain sepert jika ibu2 mengandung ada penyakit sawan,dia amik ubat2 tertentu seperti valproic acid beberapa lagi drugs yg kita namakan dalam perubatan..Teratogenic effect drugs..
study menunjukkan anencephaly jadi kt baby girl..5 kali ganda lebih bnyk dri baby boy
apapon,walaupn kita dh elak sume..itu semuanya ketentuan Tuhan..Jadi,maka jadilah..
2)anencephaly boleh dikesan seawal first trimester..iaitu smpi 12 minggu kandungan..tapi,selalunya kita dapat kesan kecacatn pd bayi pd 2nd trimester..
dan pd 2nd trimester..ada ujian makmal(alpha fetoprotein) yg sgt tggi untuk menunjukkan ada kecacatan pd bayi.
ada juga yg buat amniocentesis(ambil air ketuban) untuk tgk chromosome yg abnormal..
3)ibu akan rasa pergerakan baby kurang teratur..dia tk tendang perut ibu dgn baik seperti baby2 lain..akan ada air ketuban yg banyak dan menyukarkan pernafasan baby tu sndiri..
air ketuban tu banyak sebab otak bayi tidak berkembang dgn baik..so,dia tk boleh telan air ketuban tu..so,air ketuban tu jadilah banyak..
baby yg mempunyai masalah anencephaly ataupn chromosomal abnormalities..selalunya akan tergugur sndiri ketika janin di awal2 kandungan(first trimester..)
ada juga yg survive
4)haaa..yg ini banyak khilafnya kak..mana2 hosp yg ktrg pergi(dua tmpt je pn sy pernah pergi hosp dia..msia n jordan..haha)
kita tkkn abort baby tu walopn dia ada deformities walaupn tau dia tkkn survive..
mungkin faezza dh beritahu lebih lanjut psl pendapat fatwa tentang anenceph..
1)We have already clarified in Fataawa 82981 and 81263 that it is not permissible to abort the child because of an abnormality in his formation as in this case there is no necessity that renders this prohibition permissible.
The statements of the doctors that the fetus will die during the pregnancy period or that it will die soon after it is born, then all this is not a sound reason for aborting it. In addition to this, the probabilities that the doctors predict sometimes do not happen; the born child may live and may benefit his parents.
2)If the fetus has reached the age of four months, then the soul has already been breathed into it, so deliberately aborting it would be regarded as killing a soul - which is a very grave major sin. The doctors' opinion that it is malformed is no excuse at all.
If it is miscarried or stillborn, or it is born alive and dies shortly thereafter, the parents will be rewarded for bearing the calamity of their loss, and if it lives and has some kind of disability, they will be rewarded for their patience in taking care of it.
Everything that happens to the believer is good for him, but wilfully destroying a soul is nothing but evil and sin. We must also take into consideration the errors that may occur in doctors' reports, and that fact that the condition of the fetus may change and improve.
so..by default..dlm hosp2 yg kita jumpa..org tkkn gugurkan janin tu..
3)selagi baby tu tk bahayakan ibu..so,tk apa je kita keep baby tu..kalau dia membahayakan ibu,kita boleh gugurkan..
fatwa anenceph ada bnyk khilaf ulama'..itu yg mampu saya berikan takat pengalaman ilmu feqh yg sgt la cetek tk smpi dasar cawan..
wallahu a'lam..
ada artikel saya baca..artikel dri US..dorg providekan nursery care untuk baby anencephaly yg mahu dibawa pulang ke rumah jika sudah stabil..
Salam kak yana,
Apa kabar?saya br ternampak soklan akak kat blog qilah. Pagi tadi faeza dah g tanya doc tentang yang fatwa tu..yang tentang fatwa faeza akan bgth detailnya tapi saya tolong jawab serba sdikit soklan2 akak tentang hal ni..
Anencephaly ni maksud dia baby yang lahir tanpa brain(an(tanpa),cephaly(brain)). Baby ni ada problem masa perkembangan janin dalam perut ibu dan akhirnya menyebabkan perkembangan brain dia tak complete menyebabkan akhirnya dia lahir tanpa sebahagian besar daripada bahagian brain dia. Brain ni ada beberapa bahagian, dan baby ni dia lahir tanpa part2 yang sangat penting untuk bagi dia survive hidup, sebab itu kebanyakan baby ni akan gugur dalam perut dan 50% yang lahir hidup akan mati dalam beberapa jam.
Kita boleh detect semasa buat routine check-up guna ultrasound dan beberapa pemeriksaan lain untuk confirmkan(spt kandungan ada satu type protein ni dalam darah-alphafeto protein). Minggu yang boleh detect bergantung pada kepakaran doc tu sendiri dan juga kepada beberapa indication yang kita boleh nampak dalam ultrasound, tapi selalunya doc boleh detect seawal minggu 10 ke atas. Tapi ada jugak sumber yang kata 16minggu ke atas.
Sebab-sebab utama terjadinya anencephaly ni masih dalam perdebatan, tapi ada kajian mengatakan yang ada sedikit perkaitan dengan genetic dan keturunan. Wanita yang pernah dapat baby anencephaly ni ada 3% kemungkinan untuk dapat lagi bagi yang ada problem macam ni. Ibu-ibu yang ada ambil ubat untuk sawan atau diabetes yang bergantung pada insulin juga ada kemungkinan yang besar tuk dapat baby macam ni. So, kaunseling selalunya akan diberi pada ibu-ibu ni dan doc akan bagi beberapa nasihat tuk dapat baby yang normal.
Tentang folic acid. Folic acid sebenarnya bukanlah 100% dapat elakkan perkara ni tapinya kajian menunjukkan pengambilan folic acid boleh mengurangkan possibility untuk dapat baby anencephaly. Jadi ibu-ibu yang bakal mengandung perlu lebih awal mengambil folic acid, bukan bila dah start pregnancy baru ambil. Dan ibu-ibu yang pernah dapat baby anencephaly perlu ambil dose yang lebih tinggi sebagai prevention dapat baby anencephaly lagi.
Dan problem ni tak bawa apa2 kesan pada ibu, jadi kebanyakan ibu takde apa2 tanda masa mengandung. Untuk maklumat lanjut dan dan soalan2 yang selalu ditanya ibu-ibu, kak yana boleh rujuk sini jugak http://www.anencephalie-info.org/e/faq.php#11.
Ok kak yana, setakat ini je yang saya mampu bagi atas ilmu saya yang cetek dan tak khatam medic lagi hehehe..mohon maaf sekiranya ada fakta yang tersilap..k jumpa lagi bebila..doakan kami exam next week assalamualaikum
alhamdulillah,bagusnya adik2 bakal Dr ni.mudah2an Allah permudahkan urusan pembelajaran adik2 kita dan berjaya menjadi Doktor yang dpt memanbantu umat manusia dan Islam insyaAllah.
saje nak bgtahu saya terperasan dlm tv9 tadi 9.30am ada ulangan Haiwan Teladan.td siri 1. kurang pasti ulangan setiap hari atau macam mana. saya masih belum dpt dload dari tv3.tak pasti kat mana salahnya walaupun dah cuba banyak kali.kalau boleh saya nak minta tolong sangat ilyana burnkan rancangan tu dalam cd ke.nnt saya bayar..boleh tak? minta tolong ye..TQ
salam..
Mohon keizinan untuk share info ini kpd kawan2 (terutamya pasal komen sarah).. Boleh kan?
Terima Kasih..
Post a Comment