.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, January 5, 2010

Hari Pertama - 4.01.2010

Salam,

Disember 2009 yang paling sibuk dan memenatkan. Namun, syukur dikurniakan suami yang penyabar dan banyak membantu serta anak2 yang bermacam kerenah :)

Disember 2009 sibuk menyiapkan proposal dan Alhamdulillah sempat di hantar ke tempat yang dituju sebelum tarikh akhir.

Disember 2009 sibuk mengemas untuk berpindah ke Kajang. Mengemas di rumah Mama untuk berpindah ke Kajang. Dan sekarang proses mengemas rumah di Kajang masih belum selesai. Sikit-sikit sehingga selesai.

Disember 2009 penuh dengan program hujung minggu. Jemputan ke Tangkak, Johor sempena Kem Bakti Siswa anjuran Koleh Tun Hussein Onn, UKM. Ke UITM Segamat, Johor bermain Kapal Terbang Kawalan Jauh. Hari Keluarga KISAS di Bukit Cherakah Shah Alam.

Semoga hati-hati yang mendengar memahami apa yang disampaikan. Saya yang panas kerusi mendengar ceramah beliau :)

Di UITM Segamat, rehlah bermain Kapal Terbang Kawalan Jauh. Hobi baru la katakan :) Tapi perlu banyak latihan.

Abang Yang, rasanya kapal kita ni boleh terbang tak? :)

Penonton setia yang ceria

Dengan Kak Nini

Insyirah dan Fatimah. Saya masih mencari gambar mereka berdua ketika berusia 2 tahun ketika rehlah kami sekeluarga di Laut Merah, Mesir pada tahun 2005.

Hari Keluarga KISAS @ Bukit Cherakah, Shah Alam. Tahun depan kita ke mana?


31 Disember 2009, Insyirah menjalani Orientasi di sekolah barunya. Hanya beberapa hari sebelum hari orientsi, barulah kami dapat menyediakan kelengkapan sekolah Insyirah. Seronok sungguh Insyirah ingin bersekolah.

Insyirah ke Darjah 1

Hari Pertama, 4 Januari 2010 menjadikan saya dan suami memahami lebih erti pengorbanan seorang ibu dan ayah. Di usia kami bakal mencecah 30 tahun pada 2010 ini, Allah kurniakan kami lagi perasaan bahawasanya bukan mudah menjadi ibu dan ayah. Penuh dengan pengorbanan untuk kebaikan anak-anak.

Hari Orientasi, 31.12.2009. Beratur untuk ke kelas


Seawal pukul 6.00 pagi Insyirah telah bangun dan bersiap untuk ke sekolah. 6.40 pagi, Insyirah menaiki bas untuk ke sekolah. Saya sengaja untuk tidak menghantar Insyirah pada hari pertama persekolahan ini kerana ingin mengajarnya menghadapi situasi itu tanpa bergantung pada saya.

Hari Pertama persekolahan, cikgu bawa melawat mengenali kawasan sekolah. Ni Cikgu Rezwan, ajar Muzik rasanya.


Alhamdulillah, Insyirah selamat sampai ke sekolah dan dia berjaya mencari kelasnya seperti yang telah ditunjukkan oleh gurunya pada hari orientasi.

Saya dan suami hanya datang menjenguknya pada waktu rehat. Kerana di waktu itu saya ingin menunjukkan kepadanya bagaimana untuk bermuamalat di kantin sekolah yang padat dan sesak. Akhirnya, kami mengambil keputusan untuk membekalkan beliau makanan dan minuman, manakala duit belanja yang saya akan berikan, boleh dibuat tabungan.

Di kantin yang sesak. Lepas ni Umi siapkan bekal makanan aje yer.


Insyirah kelihatan sugul, mungkin kerana risau, tetapi tidak diluahkan kepada kami. Hubby berkata, keadaannya sama seperti saya, seorang perahsia! Agaknya takdir dan ketentuan Allah menjadikan saya begitu, kerana tugas-tugas saya memang bergelumang dengan amanah menjaga rahsia-rahsia pelbagai orang. Jadi nak buat macam mana kan?

Oleh kerana saya tahu bagaimana ingin psikologi seorang perahsia, akhirnya Insyirah meluahkan juga kepada saya apa yang tersimpan di lubuk hatinya.

Jangan susah hati sayang. Umi dan abi ada di sisi Insyirah. Yang pasti Allah juga ada bersama kakak.


Rupanya dia risaukan bagaimana nak ke sekolah Tahfiz pada petang nanti. Kesilapan kami juga kerana terlalu kalut, hingga terlupa menunjukkan sekolah Tahfiz beliau.

Tengaharinya, kami hanya menanti di luar pagar sekolah, mengawasi Insyirah dari jauh untuk memastikan beliau menaiki bas yang betul. Setelah Insyirah menaiki bas, kami menanti beliau di sekolah Tahfiz. Apabila bas Insyirah tiba di persimpangan hadapan, kami mengekori bas tersebut untuk memastikan Insyirah tidak turun di hadapan rumah kami.

Selamat Maju Jaya Sayangku Insyirah. Semoga beroleh ilmu yang bermanfaat.


Insyirah turun di sekolah Tahfiz tetapi terpinga-pinga kerana kurang jelas mengapa di arahkan turun oleh pakcik bas. Hubby segera keluar meluru ke arah beliau dan barulah Insyirah kembali ceria. Kami menunjukkan pula sekolah Tahfiz yang akan beliau lalui setiap petang selepas sekolah kebangsaan di waktu pagi.

Walaupun nampak penat tapi beliau ceria. Saya rasa nak menangis namun saya tahan. Saya kasihankan beliau, namun di dalam hati saya berkata yang beliau perlu melalui semua ini dan saya yakin dengan perlindungan dan perhatian Allah terhadap Insyirah. Bila melihat menu tengahari beliau, saya lega. Makan itu penting ... :)

Abang Amir dan Abang Isyraf

Tadika Haluan Insan. Awal Belajar Mengenal Allah dan Rasul.


Abang Amir ke Tadika Haluan Insan di Seksyen 3, Bandar Baru Bangi. Abang Amir ni seorang yang sentiasa bersemangat untuk belajar sesuatu. Saya merasakan sikap ini dipengaruhi oleh kakaknya juga.

Tadika Abang Amir


Beliau tiada masalah di hari pertama persekolahan. Beliau berada di situ dari 8 pagi hingga 6.30 petang. Walaupun nampak cuak dan malu-malu, namun sekembali dari sekolah, beliau ceria sahaja dan bersemangat untuk ke sekolah semula pada hari ini.

Semoga Allah terus kurniakan Abang Amir semangat dan kekuatan untuk terus menuntut ilmu dunia dan akhirat.

Semoga Abang Amir juga beroleh ilmu yang bermanfaat untuk dimanfaatkan.


Saya paling sebu memikirkan keadaan Abang Isyraf. Dia tidak pernah bersama orang lain kecuali saya, Mama dan bibik. Apabila saya ada, hanya saya yang dia mahukan. Pengasuh memberitahu, Isyraf menangis, kemudian merajuk sehingga petang.


Allah pelihara dan lindungi kalian berdua, Puteraku ... dimana jua.


Apabila kami mengambilnya di waktu petang, Isyraf menangis memanggil-manggil saya. Pada ketika itu, hati saya hiba mengenangkan perasaan Isyraf yang pasti tertekan. Apabila saya mendokong dan mencium pipi gebunya, dia diam dari menangis dan tersenyum. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Isyraf bertubi-tubi mencium pipi saya dan abinya. Kesian Isyraf ... Namun, inilah hakikat yang perlu kami tempuhi.

Pagi ini, ketika berteluku di sejadah, sambil menanti solat Subuh, air mata saya mengalir deras memikirkan seharian anak-anak tanpa saya. Kasihannya mereka ... Saya berdoa teresak-esak memohon perhatian dan perlindungan Allah untuk anak-anak saya. Mereka pasti merasa kesukaran dan kesedihan, namun itulah kehidupan wahai anak-anak ku. Tiada kesenangan tanpa melalui kesusahan, tiada kejayaan tanpa melalui kegagalan.

Semalam saya berkata pada hubby, bagaimana kalau saya berhenti kerja dan menjaga anak-anak, tapi saya nak sambung belajar dan belajar. Hubby berkata "Terpulang". Namun apabila memikirkan tentang kos kehidupan dan pengajian anak-anak zaman kini yang semakin tinggi di dunia yang penuh persaingan, maka tanggungjawab ibu bapa semakin berat.

Mencari rezeki yang halal dan berkat tanpa mengabaikan tanggungjawab mendidik anak-anak menjadi soleh solehah. Persaingan di dunia bukanlah untuk memiliki dunia tetapi semata-mata sebagai bekalan di akhirat. Di akhirat kelak tiada persaingan kerana ia adalah perhitungan sama ada syurga atau neraka. Maka, bersaing dan berusaha lah kita di dunia untuk memilik Syurga Allah di akhirat.

Natijah hari pertama menjadikan saya memikirkan betapa berharganya nilai seorang anak dan betapa tingginya pengorbanan mama dan ayah. Anak yang bernilai di sisi Allah adalah sebagai bekalan kita di akhirat. Namun, sedari juga setakat mana nilai kita (saya) sebagai seorang anak untuk menjadi bekalan mama ayah di akhirat kelak.

Segalanya dengan rahmat dan kudrat Allah. Teruskan usaha untuk menjadi hamba Allah yang soleh solehah, anak yang taat, isteri atau suami yang penuh erti pada zahir dan batin, umi dan abi yang mithali dan ahli masyarakat yang menyumbang untuk Islam. Insya Allah, kita akan menjadi mukmin yang berjaya di dunia dan akhirat. Ameen.

Wasalam.

5 comments:

Anonymous said...

Salam, tazkirah yang mantap hasil dari hati seorg ibu yang tulis ikhlas.

Selamat mengharungi tahun 2010 untuk Yana sekeluarga.

Tak sabar nk tgk Abg Isyraf, cutenya dia dengan pipi montel.

Untuk Insyirah, selamat melangkah Tahun Satu. Tak lupa untuk Abg Amir.

Salam dari kami, Sweileh yang masih menunggu untuk kembali ke tanah air.

Ilyana Ar Razi said...

Salam,

Yana menanti khabar berita kepulangan akak sekeluarga ke Malaysia!

Salam sayang untuk Shahirah, Abg Faheem, Yaya dan Munsief!

'Aqilah Suhaimi said...

eh..Insyirah ni tinggi lah compare dgn pelajar baya2 dia..
tinggi betul..

letih tu memang letih..kesian..
iA akan dibayar Allah dgn ganjaran yg besar pd waktu akan dtg..

Ilyana Ar Razi said...

salam kilah,

ha ah, insyirah paling tinggi. org lain suma ingat dia dah darjah 2 @ 3.

akak harap cikgu tak suruh dia duduk belakang. akak dah pesan kat insyirah duduk di bhg tepi tetapi di hadapan.

hari pertama dan kedua (smlm) nampak sikit kelesuan insyirah.

tapi pagi ni, abi dah belikan water heater baru (tima kasih syg), insyirah mandi bersungguh2 dan dia kelihatan segar nak ke sekolah.

alhamdulillah.

smg keletihan dan kesusahan yang dilalui diberi ganjaran yg baik oleh Allah. ameen...

anafarhana said...

Salam alaik, k.yana..

Sampai nak naik sedih dan terharu baca k.yana punya entry kali ni..luahan hati seorang ibu...

Semoga diberikan kekuatan oleh Allah untuk terus kuat dan sabar...

Besar dah Insyirah..dah masuk sekolah pun..

Wassalam