Salam,
Kekangan masa menyebabkan tiada ruang untuk menulis. Jadual baru berkeluarga, dengan anak-anak bersekolah, dimana tumpuan kepada anak-anak lebih utama berbanding blog ini. :)
Setelah 3 minggu berjadual baru, anak-anak kelihatan "berubah".
Insyirah
Insyirah di usia 3 tahun 11 bulan. Isyraf ada iras-iras Insyirah. Saya rindukan telatah Insyirah ketika kecil. Ya Allah, kurniakan aku anak perempuan yang solehah! Ketika ni berada di Amman, Jordan. Bila menatap gambar ini setiap hari, membuatkan hati saya sentiasa rindu kepada Insyirah!
- Tiada masalah bangun pagi, seawal 5.50 am dia telah bangun dan mandi. (Supaya dia boleh bersolat jemaah Subuh dengan kami).
- Duit belanja Insyirah ialah RM2 sehari, semua orang kata tak cukup. Memang tak cukup pun sebenarnya, sebab makanan di kantin sekolah semakin mahal. Rata-rata, pelajar sekolah rendah membawa duit belanja RM5 sehari. Tapi, saya bekalkan makanan dan minuman setiap hari dan sekolah Tahfiznya akan menyediakan makan tengahari. Jadi, RM2 itu sekadar belanja tambahan. Kami tidak mahu menggalakkan beliau terlalu berbelanja. Dengan membawa bekal ke sekolah, kita boleh belajar berjimat. Kesannya, setiap hari Insyirah mampu menabung RM1, dengan kaedah berjimat cermat itu.
- Saya berkata kepadanya, berjimat cermat ini menjadikan kita orang yang sabar. Bukan kita tak mampu untuk mendapatkan sesuatu, tetapi mesti dilihat keperluan sesuatu barang itu. Saya berpesan kepadanya, walaupun umi beri kakak duit belanja yang sedikit, tetapi jika kakak teringinkan sesuatu, bagitahu umi. Umi akan belikan mengikut keperluan barang itu kepada kakak. Alhamdulillah, nampaknya Insyirah menerimanya dengan positif!
- Bersekolah Tahfiz diwaktu petang, nampaknya dia gembira.
- Tidur pada pukul 10.00 malam selepas saya memeriksa beg sekolahnya dan makan malam. (Supaya dia mendapat tidur yang cukup, 8 jam sehari, agar harinya bertenaga).
- Setiap hari bertukar baju sekolah, sebab comot selalu. Nampaknya 4 helai tak cukup, kena beli 1 lagi, supaya 1 hari 1 pasang. :)
Abang Amir
Gambar Abang Amir Irsyad di usia 2 tahun 6 bulan yang saya akan tatap setiap hari apabila teringatkannya. Ketika ni, berada di Amman, Jordan. Anak-anak dewasa setiap hari, lalui setiap hari bersama mereka dengan kasih sayang agar menjadi kenangan-kenangan manis pada masa hadapan.
- Tiada masalah nak ke sekolah, cuma perlu dikejut berulang kali.
- Pada minggu pertama dia banyak berdiam diri. Tidak banyak bercakap seperti kebiasaan dan kurang manja. Tidak banyak bercakap dengan Abinya, hanya dengan saya.
- Pada minggu kedua, Abang Amir sakit mata. 3 hari dia tidak ke sekolah, hanya mengikut saya ke pejabat. Hikmahnya, dia rindukan sekolahnya, terutama Teacher Iffah :).
- Hari Isnin minggu ke 3, dia tak sabar nak bersekolah semula selepas sembuh dari sakit mata. Dengan senyuman yang lebar dan penuh semangat dia turun dari kereta menuju ke tadikanya. Disambut oleh Teacher Iffah yang "gembira lebih" nampaknya apabila melihat Abang Amir. (Patutla suka sangat dengan Teacher Iffah, sebab Abang Amir ni suka orang yang manja-manjakan dia).
- Abang Amir berubah kepada sedia asal pada minggu ini, suka bercakap, suka bertanya dan amat manja dengan kami.
- Abang Amir juga telah mula membacakan doa-doa dan zikir-zikir yang menyejukkan hati saya. Nampaknya satu perkembangan yang baik di usia 3 minggu persekolahan.
- Ada diantara soalan atau ungkapan Abang Amir yang mengkedukan kami, antaranya :-
- "Macam mana Abang Amir nak jadi anak soleh Umi dan Abi?"- "Umi, kita ni mesti duduk soleh, tidur soleh, makan soleh, baring soleh, cakap soleh, berdiri soleh, jalan soleh dan senyum soleh". Bila saya bertanya "Macam mana nak buat tu". Abang Amir menjawab, "Buat semua yang soleh-soleh la". Sehingga sekarang saya sedang memikir bagaimana nak membalas semua soalan dan ungkapan Abang Amir. :)
- "Umi, Teacher Liza kata Abang Amir jadi ketua segala ketua sebab Abang Amir ni Amir". Saya menyoalnya, "Siapa Amirah nya?". Abang Amir menjawab, "Mana ada budak perempuan nama Amirah kat sekolah Amir". :)
Abang Isyraf
Abang Amir Isyraf di usia 1 tahun 2 bulan bersama abangnya. Mempunyai iras dengan kakaknya, Insyirah. Anak ke 3 saya yang paling lasak setakat ini. Suka mengajuk percakapan orang lain. Memanggil saya dengan panggilan "Mama". Setiap hari saya ingin segera masa berlalu agar apabila tiba petang, saya boleh pulang ke rumah dan mententeramkan hatinya yang sedang lara. Semoga Isyraf kembali ceria seperti dahulu ...
- Sejak hari pertama hingga pagi ini, apabila di hantar ke Nursery, dia akan menangis. Abang Isyraf kelihatan tertekan dan sedih sehingga menyusutkan badannya. Pipi yang gebu semakin hilang, timbul pula dagu yang panjang. Comel jugak tu :) Rambutnya semakin panjang kerana sukar hendak memotong dalam keadaan dia tertekan dan bersedih, maka timbullah alunan-alunan kerinting di rambut Isyraf yang mengembirakan Abinya. Kerinting macam Abi kan ... :)
- Minggu ini, dia telah tahu dan sedar bahawa dia akan ke Nursery dihantar oleh Abi, maka segera memeluk saya mencari perlindungan dari Abinya. Pelukan yang kuat olehnya menunjukkan dia tidak mahu ke Nursery. Hati saya amat sayu dan berbisik memujuknya, berjanji di waktu petang, saya akan bermanja dengannya. Namun, itu tak meredakan kegelisahannya, dia tetap akan menangis, maka terpaksa juga Abi melepaskan pelukannya dari saya.
- Apabila waktu malam, Isyraf hanya ingin saya berada disampingnya, memeluknya. Saya tidak boleh bergerak ke mana-mana. Saya juga tidak boleh menunjukkan kemanjaan kepada abang dan kakaknya. Dia kelihatan cemburu.
- Sejak di hantar ke Nursery, Isyraf akan mengigau setiap malam. Tidurnya tidak lena. Dia akan duduk dan menangis sambil menyebut "mama, mama, mama". Nak memujuknya agak sukar kerana dia masih dalam tidur, maka saya perlu memanggil-manggil namanya dengan nada yang kuat dan memujuknya.
- Pada minggu kedua, Isyraf cirit birit dan muntah-muntah. Kasihan ... Mungkin disebabkan kebersihan yang tidak sempurna di Nursery. Namun, itulah kebiasaan yang berlaku di Nursery. Sebagai ibu, saya membawanya ke doktor, memberinya makanan-makanan yang ringan dan berkhasiat dan mententeramkan emosinya.
- Isyraf yang kelihatan masih tertekan dan sedih dengan jadual berkeluarga kami yang baru. Belum boleh menyesuaikan diri. Saya berdoa agar segalanya kembali seperti sediakala.
Umi dan Abi
- Pada awalnya saya agak tertekan dengan jadual yang baru, sebabnya kerana kepenatan (lebih-lebih lagi berbadan dua). Bila mengandung, emosi saya juga berubah.
- Adakalanya menangis ketika memasak dan merintih, "Aku terlalu penat Ya Allah, aku tiada kudrat, berilah ku kekuatan Ya Allah, aku ingin yang terbaik untuk suami dan anak-anakku".
- Melihat keadaan saya, Abi mengarahkan saya agar tidak memasak, beli sahaja apa yang ingin dimakan @ makan sahaja di luar.
- Namun perasaan saya, tanggungjawab memberi makan kepada suami dan anak-anak dari air tangan saya adalah tugas saya. Namun, abi berkata, tugas itu juga sebahagian tanggungjawab beliau.
- Memandangkan Isyraf yang masih belum stabil dan memerlukan perhatian yang lebih, maka saya memasak apa yang terdaya, atau dibeli di pasar malam yang banyak di area Kajang dan Bangi. Cumanya saya tidak selera dengan makanan luar, kesannya kalau dibeli makanan dari luar, saya kurang makan, bagus juga tu!.
- Abi semakin sibuk dengan tugas di universiti dan setelah di sah jawatan. Tahniah ! Alhamdulillah ! Paperwork pun banyak nak disiapkan. Sehinggakan "bahagian" Abi dirumah, masih belum siap berkemas. Bila nak siap bang?.
- Walaupun sibuk dengan tugas dan banyak kerja rumah yang belum Abi siapkan ... Umi dan anak-anak tidak pernah terabai. Sentiasa bersabar menghadapi umi yang beremosi tidak stabil dan anak-anak yang meragam. Memainkan peranan sebagai pelindung melindungi amanah-amanah dari Allah untuk beliau. Alhamdulillah dan Terima Kasih!
"Wahai Allah, berkati lah amal ibadah, kehidupan dan rezeki kami sekeluarga. Kami mohon kasih sayang dan perlindunganMu agar hati-hati kami jua sentiasa bertaut dalam kasih sayang dan iman."
Ameen ...
12 comments:
semoga Allah mudahkan semua urusan kak yana =)
seronoknya baca perkembangan anak2 cerdik..huhu
salam ilyana...
anak saya masa drjh 1 thn lepas cuma ada 3 pasang baju sek kebangsaan. thn ni saya 'up' kan jd 5 pasang utk sek kebangsaan & 5 pasang utk sek agama. berkerut2 muka promoter jusco tu bila saya tunjuk 5 jari utk setiap set pakaian. berbaloi utk ibu berkerjaya mcm kita.
Semoga dipermudahkan segala urusan, kak yana!! inshallah..:)
salam to atiqah dahlan!
ameen ... doakan! alhamdulillah bila check up, BP akak bhg bawah rendah, bhg atas ok.
doktor kata penat sgt awak ni! :)
anak2 bermacam ragam, sabar menghadapi amanah Allah!
Salam to Cikgu Murne @ Nur Murne Osman.
Mcm mn awak boleh jumpa blog saya ni. Malu ...
Jd anak awak ada 10 pasang baju?
Anak awak yang bersekolah tu lelaki kan? Tak byk sgt aksesorinya. Kalau anak perempuan mcm Insyirah dengan tudung2 pun comot.
Mungkin masih Darjah 1, jd belum pandai mengurus kebersihan baju. Saya pulak rimas tgk baju putih yang kotor.
Saya baru ada 4 pasang yang nak di pakai sekolah Kebangsaan dan sekoloah Tahfiz. Rasanya kena tambah lagi 1.
Saya ingat lagi awak masa di asrama, pembersih sgt ... baju licin aje walaupun kita dulu mana boleh iron hari2 :)
Baju sekolah pun tak mahal sangat sekarang. Kalau beli 10 pasang untuk 1 tahun, saya rasa berbaloi ... dan mungkin boleh pakai lagi di tahun hadapannya.
Saya add awak yer! Slmt bertemu kembali!
Salam to Fez,
Tima kasih atas doa!
Besday awak dan Hety bulan Januari kan? Tapi tak ingat bape haribulan.
Kalau betul ... Selamat Hari Lahir. Semoga Allah rahmati dan berkati, umur2 yang telah berlalu dan yang akan datang dalam ketaataan.
ya Allah..besarnya dugaan jadi ibu bekerjaya..
iA dipermudahkan Allah..
adik sy,paling bongsu kumpul duit beli makanan kucing..hehe..
tiap2 hari..nasi goreng dgn telur..
tkda?muncung 14..hehe
alahai budak kecik insyirah ini dah besar. pantas masa berlalu. ingat lagi masa 2007 akak dan ustaz tolong masak satu majlis dekat MSD.
suka main dgn insyirah.
salam to aqilah,
mmg besar dugaan ibu yg bekerjaya, kena seimbangkan tugas dan keluarga. tp bg akak, suami dan ank-ank lebih utama!
bijak sgguh adik kilah tu, syg sgguh kat kucing. penuh nilai kemanusian dlm hati dia.
siapa yg nak tiap2 hari nasi goreng dgn telur? adik kilah
ker?
kalau mcm tu senang la! :)
salam to Dr Munir.
Insyirah dah 7 tahun. Besar dah.
Tak leh nak main dah :) Dgn Abang Amir dan Isyraf boleh ajak main :)
Masak di MSD ... Sentiasa dlm ingatan. Tima kasih atas bantuan!
Jom rehlah ke Hot Spring Klah!
Salam,
Ilyana dearie..
Agak lama saya menyepikan diri seketika kerana berjuang dengan dugaan yang Allah berikan.Alhamdulillah,berkat doa' dan semangat dr teman2 tersayang,keluarga tercinta..saya semakin pulih walaupun tak sepenuhnya coz may be next week saya masuk OT untuk operation kali kedua..doakan..
Masa berlalu terlalu cepat kan..kadang2 kita x sedar..tup2 anak2 dah semakin besar dan cerdik. Usia kita pun dah hampir setengah abad. Harap2nya semoga urusan kita dipermudahkan..tahniah pd awak untuk baby yg dalam perut..wahh..kite baru 2, dia dah nak masuk 4.. :)
oh ye,lyana.. insha allah,kalau xde aral cuti raya cina ni saya nk wat sket kenduri kesyukuran mcm rituh,makan2 dgn anak yatim..sekali dengan opening untuk launchinh SPA ala Islamic..nanti saya sms bila n masa kt awak ye..
Jumpa lagi..wassalam
salam to ain,
alhamdulillah, awak smakin sembuh. tp knp mesti buat second operation?
maaf, tak sempat nak ziarah awak kat annur. skrg kat mana?
spa ala islamic? wah menarik tu!
Post a Comment