30 Januari 2010, Mama mencapai usia 51 tahun. Alhamdulillah ...
Semoga Allah berkati usia-usia Mama yang telah berlalu dan melindungi Mama untuk mengharungi usia-usia yang bakal mendatang.
Semoga Mama terus taat kepada Allah dan cekap berkhidmat untuk Ayah serta sabar dalam tanggungjawab menjaga Opah.
Allah akan mengganjari setiap yang Mama lakukan dengan ikhlas dan sabar.
Doa kami sekeluarga, Allah lindungi Mama di dunia dan akhirat dan mengasihi Mama seperti mana Mama mengasihi dan mengasihani setiap insan di dalam hidupnya.
Insyirah di rumah Mama di Jeddah bersama Uncle Jiji dan Uda Nazmi
Banyak sungguh jasa Mama pada saya, memandangkan hanya saya sahaja anak perempuan beliau. Disebabkan itu hati-hati kami mudah tersentuh apabila melibatkan kami berdua. Kasih saya pada beliau tidak terungkap. Kebaikan beliau yang persis Uwan saya yang amat saya rindui menjadikan saya terlalu menghargai beliau.
Walaupun beliau mungkin tidak sehebat wanita lain yang mempunyai banyak harta dan berpendidikan tinggi menggunung, tapi kehebatan beliau sebagai Mama kepada saya, isteri kepada ayah saya, anak kepada Uwan saya dan menantu kepada Opah saya yang penuh kasih sayang kepada sesiapa sahaja membuatkan saya sentiasa berusaha menjadi sepertinya.
Di Hari Lahirnya, beliau menyediakan pelbagai juadah untuk saya dan anak-anak, sedangkan saya yang sepatutnya menyediakan untuk beliau. Namun katanya, semua yang dia masak, seolah-oleh dia ingin menjamu ibunya, Uwan saya yang telah tiada. Ingin mengungkapkan terima kasih kerana melahirkan beliau 51 tahun yang lalu.
Mama menangis merindui ibunya, Uwan saya di hari lahir beliau ke 51 ...
Dari kami penuh kasih sayang,
Razi
Ely
Insyirah
Amir
Isyraf






No comments:
Post a Comment