Salam 3 Rabiul Awal 1431,
Cuaca panas yang melanda memang memeritkan. Allahu Akbar. Namun saya sering membayangkan bahawa kepanansan dunia kini tidak dapat menandingi kepanasan neraka Allah.
Di kuliah Maghrib oleh suami tersayang di Bukit Mahkota Cheras pada Sabtu lalu, dalam menafsirkan Surah Al Mulk, pada ayat yang menceritakan azab api Neraka, suami saya berpesan tentang bayangan manusia tentang keperitan api neraka sebenarnya tidak terjangkau dengan kepanasan api neraka yang sebenar yang membawa maksud "tidak boleh dibayangkan oleh fikiran manusia". Allahu Akbar!
Bulan Safar baru berlalu. Menjelma kini Rabiul Awal yang dikenali sebagai bulan pertama musim bunga. Bulan Safar adalah dari perkataan Safar yang bermaksud tiupan angin. Ketika nama tersebut mula diguna pakai, kemungkinan yang ketika itu adalah waktu yang berangin. Safar juga menunjukkan yang masyarakat Arab (Badwi) meninggalkan rumah mereka.
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Bulan Safar adalah bulan kedua mengikut perkiraan kalendar Islam yang berdasarkan tahun Qamariah (perkiraan bulan mengelilingi bumi). Safar ertinya kosong. Dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab sering meninggalkan rumah mereka menjadi kosong kerana melakukan serangan dan menuntut pembalasan ke atas musuh-musuh mereka. Antara peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam pada bulan ini ialah Peperangan Al-Abwa pada tahun kedua Hijrah, Peperangan Zi-Amin, tahun ketiga Hijrah dan Peperangan Ar-Raji (Bi'ru Ma'unah) pada tahun keempat Hijrah.
Di dalam bulan ini juga ada di kalangan umat Islam mengambil kesempatan melakukan perkara-perkara bidaah dan khurafat yang bertentangan dengan syariat Islam. Ini kerana menurut kepercayaan turun-temurun sesetengah orang Islam yang jahil, bulan Safar ini merupakan bulan turunnya bala bencana dan mala- petaka khususnya pada hari Rabu minggu terakhir. Oleh sebab itu setiap tahun mereka akan melakukan amalan-amalan karut sebagai cara untuk menolak bala yang dipercayai mereka itu.
Antara amalan khurafat yang pernah muncul di alam Melayu ialah upacara Pesta Mandi Safar. Amalan ini menjadi popular suatu waktu dahulu. Apabila tiba bulan Safar, umat Islam terutamanya yang tinggal berhampiran dengan pantai atau sungai akan mengadakan upacara mandi beramai-ramai dengan kepercayaan perbuatan berkenaan boleh menghapuskan dosa dan menolak bala. Pada biasanya amalan mandi Safar ini dilakukan pada hari Rabu minggu terakhir dalam bulan Safar.
Selain daripada amalan tersebut, kebanyakan umat Islam pada masa ini, khususnya orang-orang tua di negara ini tidak mahu mengadakan majlis perkahwinan dalam bulan Safar kerana mereka berpendapat dan mempercayai bahawa kedua-dua pengantin nanti tidak akan mendapat zuriat. Amalan dan kepercayaan seperti itu jelas bercanggah dengan syariat Islam serta boleh menyebabkan rosaknya akidah.
Sebenarnya nahas atau bala bencana itu tidaklah berlaku hanya pada bulan Safar sahaja. Kepercayaan karut itu telah ditolak dan dilarang dengan kerasnya oleh agama Islam sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah At-Taubah ayat 51 yang tafsirannya:
“Katakanlah (wahai Muhammad) :“Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah kepada kami. Dialah Pelindung yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang-orang yang beriman bertawakal.”
Dikalangan orang tua-tua, Bulan Safar dikenali juga Bulan Panas. Anak-anak yang dilahirkan dalam Bulan Safar, dikatakan "panas" sikapnya. Wallahualam ...
Namun bagi saya, "panas" itu lebih baik merujuk kepada cuaca / musim kini yang benar-benar panas. Perubahan cuaca global dunia memberi kesan kepada manusia. Ini kerana, sikap manusia yang "panas" boleh "disejukkan". Tidak semata-mata menilai manusia dari bulan kelahirannya. Adik ke 3 saya lahir pada 1 Safar 1406, nenek saudara saya kata dia ni "panas". Dari pengamatan saya, dia memang cepat "panas", tapi cepat sejuk, ringan tulang, pembersih, penyayang dan mendengar kata. Walaupun dia mungkin benar "panas", namun tidak melampaui dari akhlak yang mulia dan sikap-sikap yang menyenangkan.
Pihak Meteorologi Malaysia juga meramalkan suhu cuaca akan kembali normal pada bulan hadapan. Berkesempatan Bulan Rabiul Awal iaitu bermulanya musim bunga, andaian saya cuaca akan kembali "panas yang lembab" seperti sedia kala :).
Kaum Cina beraya, kami sekeluarga berehat. Menghabiskan waktu bersama suami / abi tersayang yang telah mula sibuk dan akan terus sibuk dengan seminar-seminar beliau. Perbentangan beliau di Brunei selama 4 hari dan lawatan ke Acheh selama seminggu akan mencuri masa beliau dari saya dan anak-anak. Namun, itulah secebis pengorbanan yang perlu kami berikan dalam tugas beliau menjejaki ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Bak kata pepatah "Sayang anak, tangan-tangankan. Sayang isteri tinggal-tinggalkan" :). Ada benarnya ... bila berjauhan, terasa amat rindu dan sayang. Terasa manfaatnya bila masa bersama. :)
Berehat di tepi kolam renang pada lewat petang
Insyirah dan Abang Amir, tak dapat pergi bercuti / berjalan jauh pun takpe, menginap di hotel pun, bercuti bagi mereka :)
Isyraf tak nak main air, berkepit aje dengan Baba nya ...
Menangis mahukan kamera. Suka buat Isyraf nangis ...
Breakfast yang amat best. Macam-macam pilihan.
Tapi, ini sahaja yang saya berselera nak makan untuk bekalan sehingga malam, buah-buahan, mixed salad + yogurt dan roti + french butter (kegemaran saya).
Di Ulu Yam, mandi manda di tengahari terik sementara menanti abi / hubby yang sibuk berceramah.
Tak larat nak tunggu abi selesai berceramah selama 2 jam, kami mandi dulu. Cuaca tengahari yang terik, apabila disimbahi air sungai yang sejuk, amat menyegarkan. Allahu Akbar. Seronok sangat. Lepas-lepas ni kalau buat program kat tepi swimming pool pun best jugak :)
Setelah penat menanti abi selama 2 jam sibuk bercakap, Isyraf terlena di pangkuan saya tanpa menghiraukan jerit pekik insan-insan lain. Dalam hembusan angin yang nyaman, memang best tidur. Umi juga yang lelah memangku Isyraf yang semangat. Terpaksa duduk 1 jam menanti bantuan dari Abi untuk mengangkat Isyraf kerana kaki umi kejang. Bahaya jugak macam ni :)
Abi, hujung minggu ni kita ke mana pula? Semoga percutian yang bermanfaat juga.
JALAN-JALAN CARI ILMU!
Wasalam.






2 comments:
salam kak yana dan family!
best!
sambil jalan-jalan cari ilmu, kita makan-makan jugak :)
bila nak tulis cite pasal akak dan ust pergi belajar bible, baca bible dan tafsir bible dgn PUM?
bila nak tulis ttg program wahbi yg akak dan ust pegi bulan lepas?
seronok dengar akak cite tentang bible, tp dok tunggu jugak akak tulis kat blog ni. tak dak pun!
sebarang program ilmu hujung minggu yg akak dan ust sertai setiap minggu tu, kongsi la dgn saya. tak penat dah akak nak berceloteh dgn kami.
sayang akak yg suka bercerita!
ilmu2 yang bermanfaat kan perlu dikongsi bersama agar ia boleh dimanfaatkan?
salam to karimah,
tak tahu mcm mn nak start tulis ttg program bible dgn PUM tu dan program wahbi. :)
mmg amat bermanfaat dan penting utk "perkaderan" pendakwah.
byk ilmu yang diperolehi.
tp skrg ni akak sibukkkkkkkkkk sgt! takde masa nak mengadap blog. :)
hujung minggu plak, ust bawa akak ke mcm2 program. alhamdulillah. dgn perut semakin membesar dan memimpin 3 anak kecil, digagahkan jgk.
skrg ni mmg byk program2 ilmu di hujung minggu. yg akak boleh bantu, iklankan aje kat sini, kalau rajin, sertailah. murah je pun yuran pendaftaran.
cakap aje nak belajar, memahami dan mendalami tentang apa, (ilmu utk akhirat terutamanya) semuanya ada ... :)
wasalam
Post a Comment