Salam,
Kami ke Rantau Abang, Terengganu pada hujung minggu lalu.
Sepatutnya kami ke Jaulah Ilmiyah Maulana Syeikh Dr. Yusri Rusydi Al-Syed Jabr Al-Hasani, anjuran Pusat Dakwah dan Tarbiyah, Darul Islah, Perlis di Pondok Bukit Gajah Teriak, Jitra Kedah, tetapi memandangkan kursus anjuran IPTAF lebih penting untuk Abi hadiri, maka saya dan anak-anak di bawa bersama.
Ketika Abi sibuk dengan program IPTAF, saya dan anak-anak menetap di chalet tepi laut Rantau Abang. Peluang ini saya ambil sambil menelaah untuk menghadapi Mahkamah Syariah Putrajaya pada 24 Februari 2010 ini serta bermanja dengan anak-anak.
Anak-anak amat seronok bermain pasir pantai dan mandi manda di persisiran pantai. Ombak yang kuat amat menakutkan. Mengenangkan betapa hebatnya kekuasaan Allah. Sambil memikirkan bagaimana ombak setinggi bangunan 5 tingkat ketika tsunami yang menyerang Acheh, Indonesia pada Disember 2004 yang lalu. Allah menghantar tenteranya sebagai pesanan kepada umat manusia.
Ombak di Rantau Abang kelmarin hanya setinggi 5 kaki, namun itu sudah cukup kuat untuk mengheret saya dan anak-anak ke laut dalam, jika tidak beringat dan tidak berhati-hati. Apalah yang difahami oleh anak-anak saya, hanya kegembiraan menguasai mereka apabila ombak memecah pantai dan membasahi tubuh badan mereka.
Hati saya terus berdebar memandang ombak tinggi yang masih jauh untuk menghampiri kami. Lantas saya mengajak anak-anak menyebut "Allahu Akbar" berulang-ulang kali setiap kali ombak menghempas pantai. Saya mengingatkan mereka bahawa ombak ini kuat, jadi berhati-hati, minta perlindungan dari Allah. Insyirah dan Abang Amir terjerit-jerit menyebut Allahu Akbar setiap kali ombak mencecah kaki mereka sambil tergelak-gelak. Isyraf pula mengajuk-ajuk setiap perkataan dan perbuatan kakak dan abangnya. Itulah kanak-kanak ...
Terkenang ketika Tsunami di Acheh pada Disember 2004
Ketika saat tsunami menyerang Acheh pada Disember 2004, saya mengandungkan Abang Amir 4 bulan, Insyirah 1 tahun 4 bulan, Abi di Mesir menghadapi peperiksaan Semester 1, Ayah Mama dan adik-adik saya berada di Jeddah, Saudi Arabia. Saya dan Insyirah baru pulang dari Umrah Ramadhan dan Berhari Raya di Mesir bersama Abi. Saya dan semua ahli keluarga dari sebelah Mama saya termasuk arwah Uwan saya mengadakan Hari Keluarga di Port Dickson. Kami menginap di Banglo Tumpangan milik Petronas.
Sejak dari malam sebelum tsunami, laut amat bergelora. Di awal pagi ketika kami semua ke pantai untuk bermandi manda, laut amat bergelora sekali berserta ombak yang tinggi. Anak-anak saudara yang kecil tidak mampu berpaut pada pelampung, semuanya memerlukan orang dewasa untuk berpaut sambil bermandi manda. Dalam keadaan saya yang lelah mengandung dan Insyirah masih kecil, arwah Uwan saya mengajak saya balik ke Banglo kerana katanya saya tidak akan larat nak bermain bersama Insyirah di laut yang bergelora itu. Maka, saya, Insyirah dan arwah Uwan pulang ke banglo untuk makan dan berehat.
Dalam pukul 12.30 pagi, kami menonton TV3 dan dimaklumkan bahawa tsunami melanda Acheh. Saya amat terkejut. Kerajaan Malaysia meminta sesiapa yang berada berhampiran dengan pantai Laut China Selatan agar bergerak meninggalkan pantai dengan segera. Saya segera berlari ke pantai menjerit memanggil semua sanak saudara agar pulang ke banglo. Siren kecemasan di pantai Port Dikcson juga bergema menandakan laut dalam keadaan bahaya.
Agak kelam kabut suasana ketika itu, semua pengunjung berkemas bergerak pulang. Mereka tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi di Acheh pada saat itu. Sesampai di banglo, kaum keluarga saya melihat siaran berkenaan tsunami di Acheh, maka bergegas setiap dari mereka berkemas untuk pulang ke rumah.
Di saat kelam kabut itu, arwah Uwan saya bersolat Hajat memohon Allah melindungi kami. Katanya berulang kali, "Aku mohon Ya Allah, janganlah Engkau hantar atau alihkan ombak besar itu kepada kami di sini, namun andai tu takdir kami, aku redha". Dalam keadaan sibuk berkemas itu sempat lagi beliau berkata kepada kami semua, "Sempat lagi kalau nak Solat Taubat ni". Saya terkedu, menggeletar tubuh saya kerana tiba-tiba terkenang maut semakin kepada saya. Saya hanya sempat mengambil wudu'. Nak solat Zohor pun dalam keadaan semuanya sedang kelam kabut, merunsingkan saya. Namun saya tetap sempat bersolat Zohor dan berdoa ringkas kerana ahli keluarga yang lain juga bergegas nak tunai solat Zohor dahulu sebelum pulang. Pada ketika itu, hanya terbayang wajah suami yang dicintai yang sedang berada di Mesir dan wajah Mama Ayah dan adik-adik saya yang berada di Jeddah, Arab Saudi. Tak sempat menghantar sebarang kata rindu pada mereka :(
Jika takdir dan ketentuan Allah menetapkan sedikit ombak besar tsunami itu dihantar @ bergerak ke arah kami di Port Dickson, bagaimanalah keadaan saya dan Insyirah ketika dan saat ini? Mungkin telah tiada. Namun, Allah amat mengasihi kami. Alhamdulillah.
Memori itu sentiasa mengingatkan saya bahawa sebagai manusia, saya @ kita harus sentiasa bersiap sedia menghadapi setiap kemungkinan dari Allah.
Kami sekeluarga pulang ke rumah dengan rasa syukur. Arwah Uwan mengarahkan kami semua melaksanakan solat sunat sebagai tanda syukur pada Allah yang telah menghantar "peringatan" pada kami semua. Segalanya dalam kenangan yang amat menginsafkan.
Kelmarin, saya menceritakan kisah ini pada Insyirah dan Abang Amir, namun mereka masih kurang memahami. Cuma saya berkata, apa yang penting, ingatlah Allah di setiap saat dan ketika umpama setiap degupan jantung kita.
Tiba-tiba, Insyirah berkata, "Ombak kat sini pun kuat jugak, kalau umi, kakak, abang dan baby mati dihempas ombak kejap lagi macam mana?". Saya terkedu. Saya membalas, "Kematian kita Allah tentukan. Kalau umi, kakak, abang dan baby mati dihempas ombak kat sini, itulah ketentuan kita. Umi maaf dan redha anak-anak umi". Abang Amir mencelah, "Tapi kita tak sempat nak minta maaf kat Abi". Saya membalas, "Itulah, setiap masa kena taat dan patuh pada Abi, sebab kalau apa-apa terjadi pada kita, kita semua sentiasa dalam redha Abi. Sebab tu juga umi suruh kakak dan abang ingat Allah setiap masa, supaya moga-moga Allah ampuni dan redhai kita setiap saat dan ketika".
Kenangan manis bersama anak-anak di pantai Rantau Abang kekal dalam ingatan. Namun apabila melihat ombak menjadikan saya amat gerun mengenangkan peristiwa Tsunami Disember 2004. Kuasa Allah tiada tandingannya. Allahu Akbar ...

Wasalam.

1 comment:
along,
isyraf dah bulat smula. aye due 24.5.2010, sama dengan hari lahir isyraf. insya allah boy. semoga soleh dan bijak mcm isyraf.
baca pasal tsunami along ni, teringat kat uwan. rindu....
alhamdulillah kita semua selamat masa tu. lagipun aye blom kawin lagi masa tu :)
kih kih kih
Post a Comment