Salam,
Cuti sekolah telah seminggu berlalu. Masih berbaki seminggu.
Mengambil peluang Abi yang berkursus "Pengurusan Stress", saya dan anak-anak dibawa bersama ke Cameron Highlands. Kali terakhir saya ke sana, pada usia 10 tahun rasanya. Anak-anak amat gembira dan teruja. Saya pula hanya mengidamkan hawa yang sejuk dan nyaman untuk berehat sambil mengimbas kenangan musim sejuk dan musim salji ketika berada di Amman, Jordan pada tahun 2007.
Dalam usia kandungan 36 minggu, saya gagahkan juga memimpin tangan mulus anak-anak sambil berpaut pada tangan suami yang penuh kasih sayang dan keberkatan mendaki Hotel Equatorial, Cameron Highlands yang berada di puncak Bukit Brinchang. Alhamdulillah.
Banyak sungguh perkara yang memerlukan keputusan segera dari saya dan kesempatan ini saya gunakan sebaiknya. Dalam emosi gusar bercampur teruja menanti kelahiran zuriat ke 4, semoga kelahiran ini dipermudahkan Allah. Dalam emosi berbelah bahagi membuat keputusan untuk perjalanan masa kerjaya dan kepentingan anak-anak. Dalam emosi mencari jalan menggapai peluang emas yang berada di depan mata. Semuanya saya serahkan pada ketentuan Allah selepas kami berusaha yang terbaik untuk kesemuanya.
Adakalanya terasa penat memikirkan hal dunia, namun saya sedar setiap yang mendatang adalah dari Allah jua. Perjalanan, perjuangan dan pengorbanan di dunia adalah juga untuk kehidupan yang abadi di akhirat. Dunia sebagai kebun bercucuk tanam dan mencurah keringat dan hasilnya di tuai di akhirat kelak yakni hasil di syurga Allah. Insya Allah.
Cameron Highlands dalam kenangan ... jagung Cameron, strawberi Cameron, T-Shirt Cameron, teh Cameron, beg duit Cameron untuk Abang Amir dan beg strawberi Cameron untuk Insyirah :)

Wasalam.

2 comments:
nice trip...
I heart Cameron Highland!
alhamdulillah...
ummumishkah ke mana cuti sekolah ni?
Post a Comment