Salam,
Semalam Abang Amir bersukaneka.
Seronok dan meriah ... Itu yang dapat saya gambarkan.
Tahniah kepada pihak Tadika Haluan Insan atas penganjuran Sukaneka 2010, Tadika Haluan Insan. Walaupun bermula agak lewat kerana hujan, namun berkat kesabaran semua, sukaneka itu berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah.
Kami sekeluarga sekadar menunjukkan komitmen dan sokongan kepada Abang Amir. Sebelum ini saya telah mendengar komen-komen dari Teacher Iffah yang mengadu sikap Abang Amir yang pemalu. Bila malu, maka sesi latihan sukan selama 2 minggu sebelum ini, Abang Amir tidak bersungguh-sungguh berlatih. Maka, apabila pulang ke rumah, mengadulah Abang Amir kepada kami akan kekalahan Rumah Kuning beliau ketika sesi latihan. Kalau dah pemalu sangat, macam mana nak menang!
Ketika Persembahan Gimrama, Abang Amir telah mempamerkan sifat malunya. Setiap pergerakan tidak diikuti. Walau dipujuk oleh para guru, dia tetap diam membatu walaupun anak-anak yang lain sibuk bergimrama. Akhirnya saya mengangkat tangan, berpura-pura sedih dan berkata, "Takpela, umi balik dulu. Abang Amir tak bersungguh pun. Umi sedih la macam ni. Sebab umi dan abi datang nak tengak Abang Amir bersukan". Abang Amir terkebil memandang saya yang telah bergerak menjauhinya. Dari anak mata saya, saya melihat Abang Amir mula bergerak mengikut rentak. Gerakan sesuka hati dia ... :)
Bermula dari situ, saya dan abinya memberinya semangat untuk terus bersukan. Bekerjasama dengan ahli Rumah Kuning yang lain dan buat sehabis baik. Abang Amir mula menunjukkan kesungguhannya yang penuh semangat.
Ohhh ... sungguh comel Abang Amir saya ini. Saya tersenyum melihat keletahnya dan dia seringkali memandang saya, agaknya ingin mendapatkan maklum balas atas setiap tindakannya. :)
Setiap acara dilakukan dengan baik dan bersemangat serta disertai semangat berpasukan Rumah Kuning yang cemerlang.
Keputusan akhir ... Rumah Kuning JUARA... Alhamdulillah.
Bila Allah beri kita kemenangan dan kejayaan, kita BERSYUKUR. Bila Allah beri kita kekalahan dan dugaan, kita BERSABAR. Itu tanda orang-orang yang beriman. Itu yang sering Abi ingatkan pada anak-anak, namun adakalanya anak-anak lupa. Takpela, anak-anak masih kecil dan perlu sentiasa diingatkan.
Abang Amir gembira. Saya juga gembira kerana Abang Amir berusaha untuk berjaya dan cuba membuang rasa malu. Malu itu pakaian orang mukmin, malu tanda hormat pada insan-insan disekeliling kita, namun jangan dengan malu itu, musuh menguasai diri dan kehidupan kita. Malu biar bertempat.
Tahniah buat Abang Amir umi yang comei, tomei dan tercayang. Teruskan malu itu yer :)
Insyirah pula sedang sibuk bersiap sedia menghadapi peperiksaan pertengahan tahun yang akan bermula esok, 1 Jun 2010. Saya dan Insyirah telah usaha sebaik mungkin. Insyirah kelihatan telah bersedia, namun saya masih kurang berpuas hati. Takpela, Insyirah telah usaha sedaya mampu beliau. Saya sekadar membantu sebaik mungkin dan berdoa agar Allah terangi hati Insyirah, lapangkan dada Insyirah, luaskan pemahaman Insyirah untuk terus menuntut dan mencintai ilmu. Peperiksaan sekolah tahfiz telah selesai minggu lepas. Katanya, semua boleh dijawab dengan baik. Alhamdulillah. Apapun keputusannya, tahniah buat Insyirah cayang atas usaha dan semangat. Dengan izin Allah, umi dan abi akan sentiasa disamping mu sehingga ke akhir nafas kami.
Ameen ...
Apakah nilai sebuah kejayaan di dunia itu? Adakah dengan kejayaan yang cemerlang dan gelaran yang gah, ia bernilai disisi Allah. Bagaimana dengan orang yang sering gagal dan ditimpa bencana, adakah nilai kehambaannya rendah di sisi Allah? Maka, kejayaan di dunia bukanlah kayu pengukur nilai seseorang manusia itu hebat disisi Allah. Allah hanya menilai manusia itu menurut hati-hati manusia itu, samaada manusia itu seorang yang berjaya dengan iman dan takwa atau seorang yang gagal namun dengan iman dan taqwa kepadaNya.
Maka, jangan bersedih kerana gagal atau kecewa. Jangan terlalu gembira kerana kejayaan. Kerana hakikatnya, segalanya dari Allah jua.

2 comments:
Abang Amir sangat cute!
Ape pulak ye cerita amir isyraf kalau dia masuk tadika nanti
mesti lagi cute!
akak, bile due..?
InsyaAllah semoga semuanya lancar dan dipermudahkan Allah
salam Dr Ishikawa,
Amir Isyraf nanti tak tahu plak mcm mn. Cumanya, Amir Isyraf yang byk mempengaruhi abangnya dalam membuat sesuatu. Apabila si adik mengajak, si abang hanya akan patuh mengikut. Si abang seolah mengalah dgn si adik.
Minggu ni akak dah 36 minggu. Berdebar juga. Doakan segalanya berjalan lancar dan dipermudahkan :)
Post a Comment