.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, May 21, 2010

Gelisah Exam!

Salam,

Insyirah yang nak exam.

Tapi saya yang berdebar dan tidak tidur malam.

Rasa seperti saya yang nak exam.

Insyirah relax ajer.

Bila melihat jadual exam Insyirah semalam, rasa seperti nak pitam.

Isnin, 24 Mei 2010 hingga Khamis, 27 Mei 2010, exam untuk Sekolah Tahfiz.

Selasa, 1 Jun 2010 hingga Jumaat, 4 Jun 2010, exam untuk sekolah kebangsaan.

Buku latihan tambahan semua telah habis Insyirah siapkan.

Nampaknya saya perlu beli lagi buku latihan tambahan untuk persediaan exam pertengahan tahun ini.

Melihat silibus setiap subjek Tahun 1, tidak lah banyak sangat dan mudah sahaja. Namun, yang perlu bersedia sebenarnya ialah Insyirah .... bukan saya .... tapi saya yang berdebar lebih. :)

Saya mengingatkan Insyirah tentang keperluan beliau untuk :-

1. Mengulangkaji setiap pelajaran sebagai usaha.
2. Solat lima waktu sebagai doa pengharapan dari Allah agar dilapangkan dada, ditajamkan fikiran dan diberi pemahaman.
3. Makan makanan yang berkhasiat dan halal sebagai vitamin kepada jasad dan fikiran.
4. Tidur yang cukup sebagai senaman untuk kecergasan badan.

Selebihnya saya akan bantu beliau sebagai seorang ibu yang amat mengasihi anaknya dengan menanam semangat dan kekuatan untuk menghadapi hari peperiksaan.

Surah-surah hafazan telah Insyirah hafaz ke semuanya. Alhamdulillah, suami saya yang banyak memantau hafazan dan bacaan Al Quran Insyirah setiap hari.

Cuma doa lepas solat Insyirah masih tersangkut-sangkut. Bila beliau meminta saya membaca doa lepas solat, pastilah doa saya berbeza dengan doa yang diajar dan perlu dihafaz oleh beliau untuk tujuan peperiksaan, maka doa saya dipertikaikan.

Tidak mahu untuk mengganggu perasaan beliau, maka saya perlu mengikut bacaan doa lepas solat yang diajar kepada beliau dan yang perlu dihafaz untuk tujuan peperiksaan. Selepas exam nanti, baru saya akan terangkan kepada Insyirah bahawa terdapat pelbagai bacaan doa yang boleh dibaca selepas solat, tidak hanya seperti yang di ajar di sekolah :)

Apapun, saya mengingatkan Insyirah terus tekun berusaha. Belajar dan menuntut ilmu bukan hanya untuk cemerlang dalam peperiksaan, namun untuk dimanfaatkan sepanjang kehidupan. Jadi, menuntut ilmu bukan untuk exam!

Abang Amir pula sibuk berlatih untuk hari sukan.

Abang Amir rumah kuning.

Apabila pulang ke rumah, dia akan mengadu yang rumah kuning asyik kalah dalam latihan sukan.

Bila saya tanya kenapa, Abang Amir kata sebab dia tak suka dengan Ketua Rumah Kuning. Abang Amir nak jadi Ketua Rumah Kuning!

Patutlah rumah kuning kalah! Sebab ahli rumah kuning "tak taat pada pemimpin", tidak bersatu hati.

Maka saya mengingatkan semula Abang Amir tentang konsep yang suami saya ajar untuk anak-anak menundukkan perasaan hasad dan dengki dalam hati.

Menang! Kita Bersyukur. Kalah! Kita Bersabar.

Maka saya menasihati Abang Amir supaya bersatu hati dengan Ketua Rumah Kuning beliau agar Rumah Kuning beroleh kejayaan. Lagipun Abang Amir baru 5 tahun, Ketua Rumah Kuning tu dah 6 Tahun! Ish ... macam-macam.

Isyraf sekarang sibuk bercakap-cakap dengan adiknya di dalam perut.

Isyraf akan sibuk mencium perut saya sambil menepuk-nepuk perut saya. Adik beliau di dalam perut akan membalas tepukan Isyraf dengan tendangan-tendangan yang kuat dan menyengalkan saya. :)

Insyirah, Abang Amir dan Isyraf kelihatan teruja menanti kelahiran adik baru mereka.

Insyirah sering berpesan kepada adik di dalam kandungan supaya "keluar" pada 5 Jun 2010. Kerana katanya, dia dah mula cuti sekolah selama seminggu, maka bolehlah dia membantu menjaga adik barunya :)

Saya pula yang berdebar menanti kelahiran anak ke-4 ini. Sepanjang 33 minggu kehamilan kali ini, saya amat sibuk berbanding kehamilan-kehamilan yang lalu. Bergerak ke sana sini. Bercuti ke sana sini. Dan macam-macam lagi. Sehinggakan adakalanya saya tidak sedar yang saya sedang hamil. Perut saya juga kali ini agak kecil berbanding dahulu. Setiap orang yang saya temui, tidak menyangka bahawa usia kandungan saya telah 8 bulan.

Namun dalam doa saya setiap hari, saya menyatakan rasa rindu untuk bertemu dengan seorang lagi zuriat yang Allah amanahkan kepada saya. Saya sentiasa memohon dari Allah, keselamatan dan kesejahteraan anak di dalam kandungan ini serta dipermudahkan urusan kelahiran saya kali ini.

Harap sahabat semua doakan saya yer!

Semasa check-up semalam, pihak hospital menerangkan tentang Kaedah Perancang Keluarga dan keperluannya. Ada perkara yang bermain di fikiran saya, namun masih belum dibincangkan bersama suami saya :)

Minggu-minggu yang gelisah dan mendebarkan saya.

Ya Allah, pimpinlah hati ku ...

3 comments:

Cikgu Murne said...

Salam Ilyana...

InsyaAllah anak-anak akan berjaya berjuang dlm peperiksaannya.

InsyaAllah juga dgn perancangan keluarga kita dpt menjaga kesihatan diri kita sbg wanita berkeluarga & berkerjaya.

Saya doakan semuanya selamat...

sarahyusof said...

Aslmkm kak yana,

Semoga selamat semuanya! ;)
Nanti bila dah bersalin letak gambar baby kat sini ye

Ilyana Ar Razi said...

salam murne,

tima kasih atas doa.

salam sarsafilla,

sarsafilla ni sarah ireland ker? :)

akak dok menghitung hari. berdebar sgt ni. doakan segalanya berjalan lancar.