.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, May 10, 2010

Hadiah Hari Ibu ...


Ibu ....
Ibu ....
Engkaulah ratu hatiku.

Bila ku berduka
Engkau hiburkan selalu.

Ibu ....
Ibu ....
Engkaulah ratu hatiku.

Itulah bait lagu yang Insyirah lagukan sepanjang seminggu di hadapan cermin sebagai persediaan Hari Ibu untuk saya :)

Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu, umi, mama, mak, mummy dan sebagainya serta yang bakal bergelar ibu.

Terutama buat Mama yang melahirkan saya serta buat Mak yang melahirkan suami saya.

Setelah bergelar ibu dan memiliki cahayamata sendiri, barulah saya "lebih menyedari" betapa besarnya pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anaknya. Memiliki anak bukanlah satu kebanggaan tetapi suatu tanggungjawab dan amanah berat yang harus dipikul.

Insyirah dan Abang Amir tidak sabar menanti Hari Ibu. Rupanya mereka sudah ada perancangan yang rahsia bersama Abi mereka. Pada malam Sabtu lalu, Insyirah menyatakan ketidaksabaran beliau ingin menzahirkan penghargaan beliau kepada saya sempena Hari Ibu.

Saya hanya mampu tersenyum dan terkedu melihat keletah mereka berdua dan hanya terus berdoa semoga Allah berkati anak-anak saya sehingga ke akhir hayat mereka.


Hadiah dari Abang Amir pada 8 Mei 2010 di usia beliau 5 tahun.

Lukisan dari Abang Amir. Saya berbadan kecil tetapi mempunyai kepala yang besar serta bentuk hati di dalam bulatan.

Ungkapan "Amir Sayang Umi" yang ditulis oleh Abang Amir sendiri.

Surat dari Insyirah. "Assalamualaikum Umi. Selamat Hari Ibu, Umi. I Love You Mother. Kakak paling saya (sayang) Umi dan terima kasih ajarkan kakak pandai-pandai dan disebabkan Umi ajarkan kakak paling pandai-pandai, terimalah hadiah yang kakak kasi ini, dan tahniah Umi."

Gambar Insyirah dengan dialog "Selamat Hari Ibu". Gambar saya dengan dialog "Terima Kasih". Dan yang paling menyentuh hati saya, lukisan adik ketiga Insyirah yang masih dalam kandungan saya dengan ungkapan dari beliau "Selamat Hari Ibu, Umi".

Bait-bait lagu "Ibu, Engkaulah Ratu Hatiku" oleh Insyirah dengan permulaan, "Umi, dengarkan kakak nyanyi". :)

Hadiah dari Insyirah pada 8 Mei 2010 diusia beliau 7 Tahun.

Sebuah buku latihan Matematik dengan tulisan Nama : Nor Ilyana dan Tingkatan / Darjah : 30 tahun :). Kata Insyirah, "Hadiah ini supaya umi boleh menulis nota ketika Abi sedang bagi ceramah. Tak payah minta kertas kakak lagi". :)

Sebatang Pen yang diperolehi dari Abi untuk tujuan "Menulis nota ceramah Abi" :)

Sekeping surat yang telah saya lampirkan di atas.

Dua keping syiling 20 sen. Kata Insyirah, "Kakak hanya boleh bagi umi 20 sen sebab kakak kecil lagi, bila dah besar nanti kakak akan bagi umi 2000 ringgit setiap bulan, cukup tak?" Terus saya mengaminkan ungkapan beliau ini sambil tersenyum dan berkata kepadanya, "Allah murahkan rezeki kakak dalam keberkatan dan bagi kat Abi sekali yer :)".



Semailah kasih sayang di hati anak-anak sedari mereka kecil. Kasih pada Allah. Kasih pada Rasulullah SAW, kasih pada ibu bapa dan kasih pada setiap mahkluk ciptaan Allah. Ketika kecil, anak-anak menyimpul sejuta kenangan untuk diabadikan dan diambil iktibar. Apabila dewasa, Allah memberi mereka akal fikiran untuk menentukan jalan kehidupan. Namun, kasih sayang dan didikan ketika kecil inilah akan menjadi sedikit panduan bagi anak-anak yang Allah beri kelapangan dada dan kefahaman fikiran. Teruskan berdoa untuk anak-anak dan usaha untuk mendidik mereka ke arah matlamat Allah dan Rasulullah SAW.

Selamat Maju Jaya buat semua para Ibu.

Allah berkati kalian ...

Allah permudahkan perjuangan kita semua yang berusaha medidikkan generasi soleh solehah yang taatkan Allah, cintakan Rasulullah SAW.

Wasalam.

7 comments:

Fez said...

Happy Mother's Day kak Yana!

Ilyana Ar Razi said...

Buat Fez juga yg bakal bergelar ibu tidak lama lagi.

:) Ameennn

Hana' Yusuff said...

happy mother's day ilyana:)
sungguh sweet sambutan anak2 utk umi nya :) alhamdulillah

Ilyana Ar Razi said...

slmt hari ibu buat hana juga!

ishikawa said...

kak yana.. selamat hari ibu.. =)

baca entry ni menitis air mata dibuatnya..
anak-anak yang tahu menghargai umminya, walau usia masih muda...
soo sweeeeet~

hmm.. terfikir ape ye keje kakak Insyirah tu bila besar nanti. banyak tu gaji .. RM 2000 untuk ummi, RM 2000 untuk abi.. huhu~ bijak...bijak...

Ilyana Ar Razi said...

Salam Dr Ishikawa (mcm Dr jepun plak :)

Tima kasih!

Jgn lupa doakan mak awak jg. Dia jg pasti seorang yg hebat krn dikurniakan anak spt awak. Jd hargai beliau.

Terkedu juga bila dengar Insyirah berkata mcm tu. Harapnya, setiap punca rezeki dia kelak dari sumber yang berkat dan halal!

Akak rasa zaman dia nanti gaji mmg dah mahal2 kot :)

cik santun said...

comelnye.........
sampai nangis baca...