.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, August 16, 2010

Isyraqi ...


Salam,

Ramadhan bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang disebut oleh Rasulullah saw sebagai "Bulan UmatKu", satu-satunya umat yang dikurniakan bulan mulia dalam sejarah kewujudan manusia.

Sabda Rasulullah saw : "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya Ramadhan, Allah akan mengharamkan jasadnya daripada api neraka". (Hadis Riwayat Ibn Majah)

Pintu Syurga dibuka di bulan Ramadhan dengan limpahan keberkatan, kebaikan, kasih sayang, kemaafan, hidayah dan petunjuk dari Allah untuk hambaNya yang menginginkan.

Manakala, pintu neraka tertutup rapat. Ia memberi peluang kepada kita untuk melihat ke dalam diri terhadap cebisan iman yang masih berbaki untuk dijana semula sebagai satu permulaan atau rentetan dalam meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah.

Indahnya Ramadhan kali ini kerana saya bercuti dari bekerja. Ia menjadi bulan kerehatan dan kelapangan dari segala "kesibukan dunia", buat seketika.

Apabila dilihat kelebihan-kelebihan yang Allah beri di bulan Ramadhan, terasa cepat masa berlalu. Namun dalam setiap doa, saya sisipkan semoga saya sekeluarga beroleh setiap kebaikan yang Allah kurniakan di bulan yang mulia ini. Berusaha menjadi lebih baik dari yang sebelumnya dalam segala aspek dan tanggungjawab. Insya Allah.

Untuk kelahiran ke 4 ini, saya berpantang sendiri tetapi masih dipantau oleh Mama. Pada 2 minggu pertama, Mama yang menyediakan makan minum saya sekeluarga serta menyiapkan Isyraqi. Terima kasih Mama ... Minggu kemudiannya, saya mula menguruskan rumahtangga seperti biasa. Memasak hanya yang mudah-mudah untuk mengisi perut suami dan anak-anak.

Saya berpantang sama seperti yang sebelumnya, berurut, bertungku, berbengkung dan sebagainya. Menu makan, jika di lihat memang tidak menyelerakan, tetapi amat berkhasiat. :) Di samping itu saya mengambil makanan tambahan yang lain daripada produk Healin, DCL, NR dan Habatus Sauda.

Pada awalnya terasa berpantang ini membosankan kerana pergerakan yang terbatas. Namun yang nikmatnya ialah saya dapat menyusukan Isyraqi sepuas-puasnya dalam keadaan kuantiti susu yang banyak. Alhamdulillah ... Makanan tambahan yang saya ambil sesuai dengan saya dan membantu saya menghasilkan susu yang banyak. Isyraqi juga tidak mengalami sebarang masalah seperti perut kembung atau sebagainya. Di waktu malam juga Isyraqi kurang berjaga dan meragam kerana saya menyusukannya sebanyak mungkin sebelum lewat malam, maka dapatlah saya tidur dengan nyenyak. Alhamdulillah ...

Doa saya, dengan rezeki susu yang banyak yang Allah kurniakan, saya dapat menyusukan Isyraqi sehingga dia berusia 2 tahun ataupun lebih.

Bila dikenang akan kembali bekerja, terasa sedih, memikirkan bagaimana Isyraqi akan melalui tempoh masa 8 jam tanpa saya. Melihat anak kecil saya yang mulus ni terasa rugi dan kasihan membiarkan tangan lain yang akan membelainya. Kalau ikutkan Abi, "berhenti je kerja, buat kerja sendiri". :)

Melihat anak-anak yang semakin membesar dan bertambah disertai dengan rezeki-rezeki yang lain, terasa diri amat kerdil di sisi Allah. Telah banyak nikmat dan rezeki Allah kurniakan. Namun adakalanya, sifat manusia itu tidak bercukupan dengan apa yang ada, menjadikan ia seolah tidak bersyukur. Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yang bersyukur!


Isyraqi 1 bulan

Insyirah dan kawan-kawan di pertandingan menyanyikan Lagu-Lagu Patriotik

Irsyad, Isyraf dan Isyraqi

Semoga anak-anak kami sentiasa dalam pemeliharaan Allah

Semoga anak-anak kami dipimpin oleh Allah untuk menjadi hambaNya yang soleh

Syukur pada mu Allah, atas kurniaan ini

Aksi tidor Isyraqi yang membuatkan saya tersenyum

Isyraqi sedang menatap wajah Abi kesayangannya :) Abi tidur dahulu sebelum sempat menidurkan Isyraqi (Itulah kebiasaannya :)



Wasalam.

3 comments:

ika said...

Assalamu'alaykum kak yana

wah, bilakah akak bersalin? lama betul saya tak blog-hopping. last time sy jenguk sini irsyad belum pun setahun.
anyways, tahniah akak!
ramadhan kareem & may you be blessed :)

peluk cium untuk insyirah & hero2 akak lain yg hensem2~~

- zulaikha

Ain Mardhiah said...

salam akak..

comelnya isyraqi!

selamat kejar lailatulqadar akak~

Qawiem Khairi said...

Moga isyraqi menjadi manusia yang hebat satu hari nanti. Amin. :)