Salam,
Bercuti sempena Nuzul Quran. Selangor cuti. Kenapa KL tak cuti? Tidak kah Nuzul Quran itu "kesempenaan" yang hebat untuk di iktibari dan di hayati berbanding "kemerdekaan". Masih belum "satu" lagi Malaysia ni. :)
Seawal pagi ke pasar basah membeli lauk mentah dan sayuran untuk bekalan seminggu. Harga barang naik di bulan Ramadhan, berbanding sebelum Ramadhan. Tapi kena beli juga, kerana tak berminat lagi ke Pasar Ramadhan di waktu petang. Insiden murtabak berinti basi masih tersemat. Rasa tidak berbaloi membeli juadah berbuka puasa sekarang kini. Maka, memasak sendiri apa yang diteringinkan lebih terjamin kesedapannya (chewah), kebersihannya dan lebih jimat. Cuma, Inn Tepung Pelita yang terkenal di serata Shah Alam ini menjadi idaman pemanis mulut. Allah berkati rezeki En Bujang, si pembuat Inn Tepung Pelita yang ikhlas menyediakan pemanis mulut yang amat manis kualitinya :)
Ke Kota Lumpur penuh sesak. Jalan masuk ke dalam kota di tutup Abang-Abang Trafik. Matlamat perjalanan ingin ke Jalan Ampang untuk melepasi Setiawangsa, menuju ke arah Wangsa Maju. Dari Jalan Raja Laut, simpang ke kanan, disebelah Medan Mara, bertentangan Pertama Complex ditutup Abang-Abang Trafik. Saya, si pemandu di hadapan melaung, "Encikkkkkkkkkkk, tak boleh masuk ker?" Dengan hanya isyarat tangan Abang Trafik itu saya beranggapan tak boleh. Hubby, si bos yang duduk di belakang hari ini melaung pula, "Encikkkkkkkkk, ada kecurian ker?". Dalam hati saya berkata, "Kenapa tanya soalan tu? Peliknya soalan". Tapi, dengan soalan itulah si Abang Trafik berpaling dan berkata, "Jalan depan padat penuh sesak".
Seluruh jalan masuk ke Kota Lumpur di tutup. Hanya jalan luar yang di buka. Patutla, Negeri Selanjur cuti hari ni, maka berasak-asaklah mobil-mobil luar masuk ke Kota Lumpur.
Selesai urusan di Kota Lumpur, perjalanan terus ke Kajang Impian, menguruskan rumah-rumah baru. Sudah berpenghuni rupanya di kiri kanan tetangga. Berjalan menyusuri setiap pintu, mencari punca bunyi bising drill. Bertemu dengan Abang Kontrak Pertama, bagus buatannya. Bertemu pula dengan Abang Kontrak kedua, barulah sedar Abang Kontrak Pertama "pemeras" rupanya. Hmmm, itulah me"layu", tetapi dimana letak Islamnya. Islam di hati? Atau Islam di nama?
Sekilas ingatan kembali kepada panggilan Dr. NAM tengahari tadi, memberitakan pemergian sahabat seMaster Law, En Esranizam. Terkedu mengenangkan kematian itu tiada kad jemputan sebagai peringatan. Kali terakhir bertemu di Majlis Anugerah Dekan, FUU. Dimaklumkan beliau menghidap demam campak, namun kemudiannya berlaku jangkitan di otak sehingga beliau tidak sedarkan diri yang menjadi sebab musabab pemergian beliau tengahari tadi. Al Fatihah ... Semoga beliau ditempatkan dikalangan para solehin.
Matlamat tidak tercapai hari ini mengikut perancangan. Itulah rancangan manusia yang serba kekurangan berbanding rancangan Allah yang Maha Hebat. Tidak sempat juga ke ceramah Nuzul Quran di Teras Jernang sebagai pengisian rohani hari ini.
Tujuan terakhir berbuka puasa dua merpati sejoli :) Kenapa guna "sejoli"? Kena tengok Kamus Dewan ni. "Joli" tu macam bersuka ria sehingga lupa diri. Ye ker? :) Kami tak "sejoli" tapi "sehati".
Di Restoran MAEPS, Serdang segalanya ada dengan harga yang berpatutan. Namun, di bulan Ramadhan ini, selambak mana pun yang boleh disumbat ke dalam perut? Berpada-pada dan bersederhana la kan. Makanan untuk perut yang enak, namun makanan untuk hati dan jiwa sedikit kekurangan. Namun, takpe... segalanya boleh diubah dengan kehendak hati-hati yang bertaqwa. Insya Allah.
Namun, sebagai Tukang Canang, kami setuju Majlis Iftar kita dibuat di sini. Harap pihak penganjur dapat mengambil tindakan susulan. RM30 seorang untuk kumpulan yang melebihi 30 orang. Kanak-kanak bawah 15 tahun percuma.
Natijahnya ... segalanya dari hati yang ikhlas, semoga beroleh keberkatan di dunia dan di akhirat.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment