.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Wednesday, September 23, 2009

Keberkatan Aidilfitri

Salam,

Alhamdulillah, untuk kesekian kalinya, marilah sama-sama melafazkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, kerana memberi peluang dan kesempatan kepada kita untuk melakukan ibadah puasa dan amalan-amalan sunat yang lain di bulan Ramadhan Al-Mubarak 1430H. Semoga segala amalan yang lakukan dalam bulan penuh keberkatan ini memberi seribu satu keinsafan dan kesabaran, mudah-mudahan ianya menambahkan ketaqwaan kita kepada Allah s.w.t.

Ramadhan berlalu pergi dengan seribu harapan penantian untuk Ramadhan akan datang. Aidilfitri kali ini paling indah dan ceria. Kami sambut dengan kesederhanaan namun tetap meriah. Warna kelabu kebiruan menjadi tema kami sekeluarga kali ini. Pagi Raya kami bersolat sunat di Shah Alam dan kemudiannya ke Kajang.

Aidilfitri merupakan wasilah untuk kita mengeratkan lagi silaturrahim dengan kunjung mengunjungi antara satu sama lain. Lupakan sengketa lama dan maaf bermaafan adalah amalan mulia yang dituntut oleh agama. Kepuasan berkumpul dan saling bermaafan memberi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Hanya air mata yang mengalir, mungkin mampu menterjemahkan ketulusan hati mengharapkan kemaafan dari insan-insan yang lain. Dan hati ini juga setulus ikhlas memaafkan salah dan silap setiap insan-insan yang disayangi.

Aidilfitri ini juga mengeratkan lagi hati saya dan suami. Itu yang paling indah dan bermakna. Alhamdulillah. Cita-cita untuk seiringan menuju ke jalan keredhaan Allah semakin kuat dan utuh, semata-mata kerana meletakkan kebahagian bersama Allah dan dari Allah adalah yang kekal abadi yang perlu dikecapi. Anak-anak sebagai permata-permata indah yang menyinari dan pengubat suka duka sepanjang perjalanan kami. Alhamdulillah.

Ramadhan lalu saya banyak mengadu dan mengungkit kepada Allah. Mengadu dan mengungkit tentang suami kebanyakannya. Kesannya, saya dapat merasakan yang Allah “membalas” setiap aduan saya itu. Maka, hati semakin tenang dan berbunga-bunga terhadap si suami. Terima kasih Allah. Selain berusaha melengkapkan Kitaran Kehambaan kami yang belum sempurna, kehidupan seharian diteruskan dengan ceria dan sederhana.

Wasalam.

Beraya di rumah Cik Ibid, salah seorang pekerja di KISAS yang hubby ingat sehingga ke hari ini.

Pak Long Hamid, tidak kami kenali, tetapi kami dijemput menjamu Mee Goreng beliau. Di samping rumah beliau yang pelik dan "eksotik"


Dinding rumah dibuat dari botol mineral, pelbagai jenis ikan peliharaan termasuk Pirahna, burung burungan serta kolam renang.

Di rumah Atok Uda, Abang Isyraf menunjukkan kebolehan menyusun bongkah menurut turutan. Sangat comel.

Tekun dan bersungguh

No comments: