.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, September 22, 2009

Natijah Ramadhan

Salam,

Setelah melaksanakan sebulan puasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan kepada keredhaan Allah Taala, setiap Muslim seharusnya dapat merasai natijah dan hikmah yang diperolehi sepanjang bulan yang penuh keberkatan itu.

Secara umumnya setiap muslim yang bertaqwa yang dapat melalui ibadah puasa dengan sabar pastinya akan meraih keistimewaan dan kelebihan yang disediakan oleh Allah Taala.

Selanjutnya setiap Muslim yang bertaqwa pastinya memanjatkan jutaan kesyukuran ke hadrat Allah kerana disamping melaksanakan ibadah puasa, ibadah-ibadah lain yang dilaksanakan juga akan mendapat ganjaran berlipat kali ganda berbanding hari biasa.

Ucapan syukur yang meniti dibibir insan-insan yang beriman sudah tentulah bersandarkan kepada ganjaran pahala yang berlipat kali ganda yang telah dijanjikan oleh Allah sepanjang Ramadhan yang lalu.

Ibadah puasa sebenarnya mengajar setiap individu Muslim agar sentiasa beristiqamah dalam kehidupan seharian. Perlu diinsafi bahawa sifat istiqamah dalam istilah Islam merupakan kunci kejayaan seseorang Muslim dalam menjalani kehidupan di dunia ini yang penuh onak dan duri dan seterusnya mencapai kebahagian abadi di akhirat kelak.

Ramadhan yang berlalu meninggalkan seribu kesan di hati kami sekeluarga. Ramadhan kali ini dirasakan penuh keberkatan dan keindahan dalam seharian kami sekeluarga. Alhamdulillah. Doa kami semoga kami akan bertemu lagi di Ramadhan 1431H dengan penuh keazaman untuk membaiki hubungan dengan Allah dan meningkatkan amal ibadah .

Semoga, natijah Ramadhan yang lalu telah dapat meningkat ketaqwaan dan keimana kita semua yang bermatlamatkan keredhaan Allah.

Wasalam.

No comments: