Salam,
Isyraf genap 10 bulan esok.
Dah ada 3 batang gigi yang comel, 2 di bawah dan 1 di atas.
Suka panjat tangga rumah uwan.
Dah pandai merangkak.
Dah boleh berdiri tanpa berpaut.
Suka panjat badan orang yang sedang baring.
Kuat makan. 4 kali sehari makan nasik.
Ayat pertamanya "kakak", merujuk kepada kakak Insyirah nya.
Dah suka baling barang, hand phone umi selalu jadi mangsanya.
Menangis bila dimarah, dulu kalau kena marah senyum ajer.
Suka korek mata orang.
Suka dipujuk dan dipanggil dengan manja. Dia akan meluru ke arah orang yang memanggil itu.
Suka menonggeng, hasil tunjuk ajar abangnya.
Mandi lama sebab suka duduk dalam tab mandi. Suka dengan air.
Dah boleh memegang pensel @ pen seolah-olah mahu menulis.
Masih kuat menyusu badan.
Faham dengan setiap arahan umi.
Terkedu apabila melihat wajah abi di lap top.
Dan yang penting, Isyraf sihat dan kuat. Alhamdulillah.






1 comment:
chumelnyeeeeeeeee
Post a Comment