Atas permintaan staf-staf tersayang, yang banyak membantu saya dan amat komited dengan tugas masing-masing, hari ini saya penuhi permintaan mereka untuk makan Laksa Johor. Nak belanja makan kat "Laksa Shark", rasa mahal sangat, jadi saya masak la sendiri.
Sebenarnya, sepanjang hidup saya, ini kali ke 4, saya buat Laksa Johor. Kalau yang pakar mesti dah berpuluh kali. Namun, resepi saya sedap jugak kan :) Resepinya saya ambil dari buku Mama saya. Tak paham dengan maksud tulisan mama, saya ikut sukatan suka hati saya, maka jadilah laksa saya hari ini yang amat saya puas hati.
Bila berada di Malaysia ni tidak la bersemangat sangat untuk main masak-masak seperti ketika berada di perantauan. Sebabnya, apa yang kita teringin nak makan, beli aje. Kalau buat sendiri pun untuk dimakan oleh orang yang ramai. Kalau teringin sorang-sorang, beli je la sedikit untuk meleraikan keinginan.
Lama juga saya tidak masak banyak seperti hari ini, kecuali bila ada tempahan Muffin dan Chocolate Cookies saya untuk majlis perkahwinan atau jamuan kecil. Selain, itu saya dan anak-anak makan yang bermanfaat untuk kesihatan sahaja.
Kepada staf-staf tersayang, semoga berkat makanan ini menyatukan hati-hati kita dengan kasih sayang dan ikhlas menjalankan tugas.






No comments:
Post a Comment