Kepada Muslim Parents.
Sempena Restu Kids Entrepreneur Program, pada Sabtu ini bersamaan 14 Mac 2009, Ust Zulkarnain Hamzah dari Astro Oasis akan menyampaikan tazkirah sempena Maulidur Rasul. Bermula pukul 9 hingga 11 pagi bertempat di (tadika anak-anak kita) Kompleks Taman Seni Islam Selangor, Persiaran Damai, Seksyen 10, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Saya telah menghadiri 5 majlis ilmu bersama Ust Zulkarnain dan sememangnya satu majlis yang amat menarik. Beliau mempunyai daya tarikannya yang tersendiri dalam cara penyampaiannya. Intipati beliau yang penuh ilmu dan up to date dengan perkembangan terkini dunia, menjadikan kuliah beliau amat padat dengan informasi yang bermanfaat dan bersemangat. Kata-kata dan nasihat beliau amat menusuk ke hati sehingga mampu menitiskan air mata apabila para hadirin diajak mengenang betapa hebatnya kekuasaan Allah disisi hambaNya yang amat kerdil. Ibu bapa akan diberi pelbagai petua bagaimana mendidik anak-anak serta bagaimana menjadi pasangan suami atau isteri yang membahagiakan. Dengan kepakaran beliau dalam bidang Al Quran, para hadirin akan diterangkan tentang pelbagai ilmu tentang Al Quran yang amat mudah difahami melalui penerangan beliau.
Bagi saya, sesiapa yang pernah hadiri kuliah beliau, pasti akan "merindui" majlis beliau yang sentiasa hangat dengan kata-kata semangat dari ayat-ayat Al Quran. Ia akan menjadikan hati dan minda kita tenang dan lapang selepas majlis ilmu beliau.
Tapi saya amat sedih kerana saya dan Insyirah tidak dapat sertai program hari Sabtu ini bersama ibu bapa, teachers dan anak-anak Restu Kids kerana saya perlu membawa Insyirah ke satu program lain bersama TV3. Saya dan Insyirah telah merancang untuk membuka satu "booth" untuk menjual cookies, muffin dan mexican bun kami. Barang-barang semua dah beli, tetapi memandangkan program lain itu ditunda ke tarikh Sabtu ini maka tak dapat lah saya menyertai Entrepreneur Program ini. Namun saya akan cuba hadir untuk majlis tazkirah selepas menghantar Insyirah ke program TV3.
Kepada semua anak-anak dan parents Restu Kids yang akan buka "booth" Sabtu ini, ALL THE BEST! Insya Allah, saya akan sertai program-program lain pada masa akan datang. Semoga program ini memberi manfaat kepada kita semua sebagai ibu bapa yang bermatlamat utama untuk mendidik dan menjadikan anak-anak Restu Kids sebagai anak, pelajar, ahli masyarakat dan pemimpin yang soleh dan solehah. Ameen.
Insya Allah, kita jumpa di sana.
Tahniah teachers!
Wasalam.






No comments:
Post a Comment