.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, July 12, 2010

27 Rejab 1431 / 9 Julai 2010

Salam,

Pada malam 27 Rejab 1431 / 9 Julai 2010 jam 9 malam, di saat menghayati Peristiwa Israk Mikraj Rasulullah SAW, lahirlah zuriat ke 4 kami dengan penuh rasa syukur ke hadrat Allah serta keinsafan.

Doa kami semoga beliau menjadi hamba Allah yang taat, pecinta Rasulullah SAW, anak kami yang soleh dan pemimpin ummah.

Nama beliau, Insya Allah, Ahmad Amir ... (ada sebarang cadangan? :)

Dengan Abang Isyraf

Bila ditatap wajah-wajah kurnian Allah, terlerai setiap kesakitan dan kedukaan. Setiap anak dilahirkan ke dunia sebagai pinjaman Allah kepada ibu bapa untuk menjadi jalan ke Syurga pada siapa yang mengkehendakinya.

Abang Chik (Isyraf) & Abang Teh - sesuai tak? :)

Selamat lahir ke dunia yang penuh cabaran dan dugaan ini wahai anakku. Genggamlah tanganku, bersama kita berpimpinan menuju ke jalan yang di redhai Allah.


5 comments:

Ummu Mishkah said...

MashaAllah.. Tabarakallah.. sungguh comel! congrats sis!

Hana' Yusuff said...

alhamdulillah.tahniah! insyaAllah ada rezeki kita jumpa ye. mmg saya dari last week tertanya2 dalam hati dah bersalin ke belum..cuma tak tertanya je.tahniah!

Ilyana Ar Razi said...

syukran hana & ummu mishkah!

alhamdulillah ...

Ain Mardhiah said...

salam kak yana..
lama tak menjenguk sini, sekali datang rupanya dah ada baby baru. hehe. comel! tahniah! ^_^

sempliciotto said...

wah, comelnya! tahniah kak & ustaz. iAllah anak soleh solehah penyejuk mata :)