Cinta Allah kepada kita berkadaran dengan cinta kita kepada Nabi; kerana mereka yang menyintai Nabi pasti kerana mereka terlebih dahulu mencintai Allah; dan Allah adalah atas sangkaan hamba terhadap-Nya.....
إني على ظن عبدي بي...الحديث
Maka baik-kanlah sangkaanmu terhadap Allah, dan bermula bersangka baik itu adalah dengan MAKRIFAH dan CINTA kepada-Nya, dan bermula jalan keCINTAan itu dengan selalu menyebut2 nama2-NYa yang Mulia, dan berhimpun segala nama2 yang mulia dalam Kalimah Agung (Lafzul Jalalah) ---> ALLAH ...maka fahamilah ....
Sollu Ala Khairin Nabi, Muhammad Al-Mustafa..
Salam,
Khamis lalu kandungan saya berusia 39 minggu. Masih ada 1 minggu untuk menanti dengan sabar dan debar. Saya dan kandungan berada dalam kondisi kesihatan yang amat baik. Alhamdulillah …
Dikala sabar dan debar itu, banyak perkara yang berlaku dan adakalanya saya mengeluh kerana semakin banyak hal dunia yang perlu diselesaikan dan memerlukan keputusan segera. Saya seolah mengejar masa-masa sebelum bersalin untuk menyelesaikan segalanya, sedangkan hakikatnya sebagai manusia biasa, saya tidak mampu.
Nak siapkan urusan jual beli harta dunia, nak mendengar masalah-masalah guaman anak-anak guam, nak menelaah mencari idea dan rujukan bagi menyediakan nasihat bertulis, nak siapkan urusan anak-anak, nak siapkan urusan suami tercinta dan menghadapi permintaan orang di sekeliling yang pelbagai.
Syukur, saya telah ada pembantu di rumah. Sekurangnya, apabila saya pulang ke rumah, anak-anak telah siap bersih untuk saya gomoli dan guraui, rumah berada dalam keadaan bersih dan tersusun, baju-baju siap dibasuh dan dilipat dan bilik tidur yang kemas dan wangi untuk saya nikmati. Biarkan kudrat hanya tinggal secebis, hanya tugas memasak dan menyediakan makanan untuk suami dan anak-anak adalah tugas utama saya kini sementara mempunyai pembantu yang telah bersama mama ayah saya selama 2 tahun. Pembantu saya telah mahir dalam kerja rumah, mengasuh anak, memasak dan membuat kuih hasil asuhan dan pemantauan mama selama 2 tahun. Ini pun rezeki Allah juga … Alhamdulillah.
Di kala kerehatan, saya memikirkan apakah yang menjadi keutamaan pada saya disaat ini?
Suami saya sentiasa mengingatkan, biarlah kita berahsia sesama manusia, tetapi tidak dengan Allah. Kongsikan segala di dalam hati kita HANYA dengan Allah. Sesuailah dengan sikap saya yang perahsia, dan suami saya pun selalu berpesan kepada saya jangan memberitahu kepada beliau apa yang saya minta pada Allah, apa yang saya adukan pada Allah dan apa amalan seharian saya. Cukuplah ia ekslusif antara saya dengan Allah. Jangan juga dikongsikan dengan menyeluruh di dalam blog ini. Sememangnya benar, apa yang saya kongsikan tentang kehidupan saya disini hanya 20% sahaja. Sekadar untuk diambil iktibar, sekadar sisipan kenangan, sekadar untuk difikirkan dan dihayati oleh anak-anak saya kelak. Namun, perkongsian ilmu dan maklumat adalah yang sepenuhnya terdaya dan termampu oleh kami.
Di kala ini, saya terbayangkan saat-saat akan bertemu dengan zuriat ke-4 saya. Insya Allah, seorang anak lelaki yang soleh saya doakan menjadi bakal pejuang bersama-sama 2 lagi abangnya.
Bila memikirkannya hati saya berbunga dan lantas berdoa kepada Allah memohon perlindungan dariNya untuk kandungan saya dan diri saya ini. Hilang segala kegusaran saya terhadap urusan dunia yang tak pernah selesai. Walaupun segala kemungkinan akan berlaku untuk suatu kelahiran itu, saya telah bersiap sedia dengan usaha dan doa. Selebihnya saya redha dengan ketentuan Allah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk saya. Saya serahkan segalanya kepada Allah pasti mengasihi setiap hambaNya.
Khamis lalu, guru kelas Insyirah, Cikgu Rahimah Bt Abd Rahim meminta saya hadir ke sekolah untuk mengambil Slip Keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010 bagi Insyirah. Cikgu mengucapkan Tahniah!. Katanya hanya 2 markah beza dari pelajar yang mendapat Tempat Pertama di dalam darjah dan dari keseluruhan. Tempat Pertama adalah pelajar lelaki, yang amat teringin saya mengenalinya.
Alhamdulillah … dan saya hanya tersenyum. Lantas mengucapkan terima kasih pada guru kelas Insyirah dan guru-guru matapelajaran yang lain. Pelbagai soalan yang saya ajukan tentang Insyirah kepada guru-guru Insyirah dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama untuk bersama-sama mendidik Insyirah dan pelajar-pelajar lain berteraskan Iman, Islam dan Ihsan.
Dan kemudian saya ke Tahfiz Abim pula, Alhamdulillah, Insyirah di Tempat Pertama dalam darjah dan keseluruhan. Markah bagi setiap kertas peperiksaan juga sangat cemerlang. Alhamdulillah … dan saya tersenyum lagi. Saya peluk guru kelasnya dan berkata, “Halalkan setiap ilmu yang ustazah beri pada Insyirah. Kita didik Insyirah bukan untuk dia menggenggam dunia tetapi untuk nilai Iman, Islam dan Ihsan sebagai bekalan Akhirat kelak”.
Saya panjatkan rasa syukur atas kurniaan Allah ini dengan azam dan tekad untuk terus memperbaiki diri sebagai hamba Allah SWT, umat Rasulullah SAW dan ibu kepada zuriat saya yang Allah amanahkan. Masih jauh perjalanan saya untuk membesar dan mendidik anak-anak. Terasa gerun seketika apabila melihat dunia ini sebagai pentas dugaan dalam tumbesaran anak-anak. Mendidik anak-anak yang diamanahkan bukan untuk saya berbangga-bangga dan menjadikan mereka mendabik dada dengan kejayaan, tetapi sebagai impian saya menjadikan anak-anak bekalan saya diakhirat kelak. Anak-anak yang soleh solehah inilah yang bakal saya hamparkan di hadapan Allah kelak sebagai membantu perjalanan saya dan suami ke syurga. Setiap ibu bapa pasti mendambakan berada disamping anak-anak yang soleh solehah.
Berkata memang mudah, tapi amat payah untuk melaksana dan menghadapinya.
Sekembali pulang ke rumah, saya lantas memeluk Insyirah dan mengucapkan Tahniah! Insyirah tidak tahu dia mendapat nombor berapa di dalam darjah dan keseluruhan. Seraya saya memberitahunya, dia berkata, “Terima kasih umi. Tapi kita kena usaha perbaiki mana yang lemah”.
Saya membalas, “Umi akan bantu kakak mengatasi masalah-masalah kakak, tetapi yang penting kakak perlu rajin dan tekun berusaha”.
Insyirah terus berkata, “Kakak nak pergi rombongan sekolah tahfiz boleh? Ke Zoo Negara dan Pusat Sains, RM40 sahaja. Pergi Ahad depan.”
Saya membalas, “Insya Allah, umi akan tanya abi”.
Saya terus berkata, “Kakak rasa mengapa markah kakak hanya beza 2 markah dengan yang tempat pertama?”
“Tak tahu! Mungkin sebab markah Bahasa Inggeris dia lebih 2 markah dari kakak”, jawab Insyirah.
Saya menjawab, “Mungkin, tapi bagi umi, cuba kita lihat perbezaan 2 markah itu dari sudut keberkatan ilmu yang kakak dan dia perolehi. 2 markah itu mungkin suatu perkara yang Allah suruh kita fikir dan muhasabah. Mungkin dia lebih rajin berusaha menelaah pelajaran, dia lebih hormat dan taat abi dan uminya, dia tidak tidak tinggal solat 5 waktu, dia mengaji Quran setiap hari dan akhlaknya lebih baik.”
Insyirah lantas menjawab seolah tidak puas hati, “Kakak pun rajin belajar, kakak pun sayang abi dan umi, kakak tak tinggal solat, kakak mengaji setiap petang dan kakak pun baik.”
Dia diam seketika kemudian menyambung, “Tapikan umi, mungkin sebab kakak ni perempuan, dia lelaki, jadi dia tak payah tutup aurat macam kakak. Kakak ni perempuan, kena pakai tudung. Kakak ni terlalu banyak cakap dan banyak soal. Kakak ni kekadang sedih dan tanya kat Allah kenapa tak bagi lagi kakak adik perempuan. Barang-barang kakak banyak sangat tersimpan dalam kotak untuk kakak bagi kat dia. Abi ada 3 anak lelaki, umi ada kakak sorang aje. Abi menang lagi! Kakak ni kekadang cepat merajuk dan umi juga penat nak pujuk. Kakak ni boleh buat semua kerja tapi masih tak tahu bagaimana nak potong kuku. Umi juga yang kena potongkan. Kakak sebenarnya takut terpotong kulit” .
Saya tersenyum, “Kita ni manusia yang tidak sempurna. Namun, kita kena jadi hamba yang sentiasa bersyukur dengan setiap yang Allah beri pada kita. Kakak wajib bersyukur dengan kejayaan ini, tapi jangan berbangga dan menunjuk-nunjuk dengan kawan-kawan yang lemah kerana ia boleh menimbulkan perasaan hasad dan dengki. Semat ia dalam jiwa kakak dan jadikan ia semangat untuk kakak terus berjaya. Sebab itu keberkatan itu penting. Keberkatan dari Allah dan keberkatan dari abi dan umi serta keberkatan dari guru-guru. Kakak buatlah segala yang baik yang Allah suruh. Setiap kelemahan kita ni boleh diperbaiki. Tapi jangan pertikaikan setiap arahan dan ketentuan Allah. Macam kakak nak adik perempuan, Insya Allah, kelak Allah kurniakan kakak adik perempuan yang comel dan solehah macam kakak.”
Dari plot-plot di atas, saya terpanggil untuk “menyedarkan diri”.
Adakalanya kita manusia sering mempertikaikan setiap penganugerahan Allah kepada insan yang lain ataupun yang Allah kurniakan pada kita sendiri. Andai tidak mempertikaikan, tetapi mempersoalkan dengan perasaan iri dan tidak puas hati seorang manusia terhadap pangkat, rezeki, ilmu, zuriat, kebahagian dan harta benda.
Harus disedari bahawa setiap penganugerahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T. kepada hamba-hambanya bukanlah semata-mata disebabkan Allah S.W.T. sayang kepadanya, tetapi kurniaan itu, merupakan satu bentuk ujian untuk menilai sejauh mana keikhlasan hamba tersebut.
Sebagaimana firman Allah S.W.T. “Adakah manusia itu menyangka mereka dihidupkan di dunia ini tanpa diuji?
Allah S.W.T. akan menguji setiap hambanya dengan anugerah yang dikurniakan untuk menilai sejauh mana keikhlasan dan kesedaran insan tersebut yang mana jika dia seorang hamba Allah yang sedar akan tanggungjawabnya sebagai manusia, dia akan sentiasa sedar akan kelemahan dirinya dan akan bersyukur dengan kurniaan tersebut dan berubah untuk menjadi insan yang terbaik, tetapi jika berlaku yang sebaliknya maka dia telah menimbulkan kemurkaan Allah S.W.T. yang Maha Penyayang.
Di suatu Kuliah Maghrib yang kami sekeluarga hadiri, seorang makmum bertanyakan soalan, “Mengapakah setelah berulang kali kita berdoa dan memohon kepada Allah S.W.T. untuk dikurniakan sesuatu, tetapi masih belum mendapat apa yang dipohon?"
Penceramah menjawab, “Itu adalah tanda Allah S.W.T. menyayangi kita, kerana apa ...!, kerana Allah S.W.T. mengetahui kalau kita masih belum memiliki apa yang kita pinta kepadaNya, kita akan terus meminta dengan berdoa dan mengingati Allah S.W.T. Sesungguhnya Allah S.W.T. amat rindu kepada suara-suara hamba-hamba yang telah diciptakanNya merayu dan memujiNya. Bayangkan, jikalau sekali kita bermohon sesuatu kurniaan dan terus Allah S.W.T kurniakan, berkemungkinan besar kita sebagai manusia yang mempunyai hawa nafsu akan menjadi taksub dan lupa diri dari mensyukuri nimat yang telah Allah S.W.T. kurniakan."
Saya di bahagian muslimat bersama anak-anak terkedu mendengar penjelasan itu. Terdetik di hati saya adakah saya telah dan akan menjadi hamba tidak mensyukuri nikmat-nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kami sekeluarga.
Saya terimbas suatu kuliah untuk muslimat oleh TokKu kami yang saya rasakan ia sebagai satu ilmu yang dapat membimbing saya @ kita menempuh dugaan dan ujian saya @ kita di dunia ini bagi mencapai kebahagiaan di kehidupan akhirat yang abadi. Semoga Allah beratkan timbangan ibadah kita daripada timbangan dosa di Padang Mahsyar nanti. InsyaAllah.
Di majlis ilmu itu Tokku menerangkan apakah yang dimaksudkan dengan Istidraj. Penerangan saya ini mungkin tidak sehebat penerangan para alim yang lain, sekadar catatan @ nota untuk peringatan saya dan anak-anak.
Istidraj bermaksud pemberian nikmat Allah kepada hamba-hambanya yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Rasulallah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:
"Apabila kamu melihat Allah memberikan kepada seorang hambaNya di dunia ini apa yang hamba itu suka atau berhajat, sedangkan hambaNya itu tetap dalam kemaksiatannya maka itulah ISTIDRAJ".
Selepas itu Rasulallah s.a.w pun membaca ayati 44- 45 (surah Al-An'am) yang bermaksud “Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersukaria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). (44) Lalu kaum yang zalim itu dibinasakan sehingga terputus keturunannya dan (dengan itu bersyukurlah kerana musnahnya kezaliman, dengan menyebut): Segala puji tertentu bagi Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian Alam. (45)
Rasullulah S.A.W. juga bersabda "Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." - Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi.
Sayang sekali, manusia yang mendurhaka dan sering membuat maksiat telah terkeliru dengan pemikiran mereka sendiri dnegan merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah S.W.T disertai dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang yang masih ragu-ragu untuk mengikuti sunnah Rasulullah S.A.W, melaksanakan serta berpegang teguh kepada Islam dan arahan Allah S.W.T bagi mendapatkan kebahagian di dunia dan akhirat.
Cubalah bayangkan Rasullulah S.A.W. yang telah dimikrajkan ke langit bertemu Allah pun tak sombong. Nabi Sulaiman A.S. yang mempunyai sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong. Secantik-cantik Nabi Yusof A.S. dan semerdu suara Nabi Daud A.S., mereka tak sombong, bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah S.W.T.

Manusia istidraj merupakan manusia yang lupa diri dengan nikmat yang telah Allah kurniakan pada mereka kerana mereka beranggapan bahawa Allah S.W.T menyayangi mereka.
Harus diingat, sebenarnya Allah S.W.T memberikan nikmat yang banyak kepada seseorang dengan tujuan untuk menghancurkannya. Rasullulah S.A.W. pernah bersabda, "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" - Kitab Nasaibul Ibad.
Sesungguhnya Allah S.W.T telah memberikan contohnya sebagaimana anai-anai, jika tidak bersayap maka ia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan ia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu apabila mendapat nikmat sayap, ia akan cuba melawan api. Begitulah juga manusia bila mendapat nikmat, dia akan cuba hendak melawan Allah S.W.T, buktinya telah wujud dan dirakamkan di dalam al-Quran.
Buktinya kita dapat lihat sendiri sebagaimana Firaun, nikmatnya tak terkira banyaknya, tidak pernah sakit, bersin, orang lain selalu sakit, orang lain mati tapi dia masih belum mau sakit dan mati oleh kerana kerana Allah S.W.T telah mengurniakannya berikannya nikmat kesihatan. Ini menimbulkan dan menjadikan Firaun angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan, tetapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Bukti lain, Raja Namrud yang cuba membakar Nabi Ibrahim A.S. yang telah dikurniakan pangkat oleh Allah S.W.T, namun disebabkan kesombongannya ingin berperang dengan Allah S.W.T. akhirnya menemui ajal hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam rongga tubuhnya.
Tak cukup dengan dua bukti ini, dalam Al-Quran ada menyebitkan kisah Qarun tidak ada manusia hari ini sekayanya, yang mana anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta yang mana akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur oleh Allah S.W.T.
Maka ingatlah dan renungkanlah walaupun kita sihat, berpangkat dan kaya, jangan kita sangka Allah S.W.T menyayangi kita lihatlah apa yang terjadi kepada Firaun, Raja Namrud dan Qarun seperti yang diceritakan di dalam Al-Quran.
Untuk apa kita dihidupkan dimukabumi ini tanpa keredhaanNya? Manusia yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Janganlah kita menjadi manusia yang membuang segala hal-hal keduniaan seperti kekayaan, pangkat dan kuasa, Cuma kita harus mensedarkan diri kita, jika hendak selamat hidup kita mesti ada pegangan, bukannya kekayaaan yang kita cari dan juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, nescaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Syukur pada mu ya Allah atas setiap nikmat, kurnian dan dugaan yang Engkau berikan pada kami. Jadikan kami hambaMu yang sentiasa bersyukur meskipun dalam gembira atau berduka. Asalkan jangan lah cinta dan kasihMu berpaling dari kami yang sentiasa mengharapkan redhaMu. Demi kasih, cinta dan redhaMu, kami telah bersedia menghadapi setiap ketentuanMu kerana ia pasti yang terbaik untuk kami. Ameen.

4 comments:
thank you for this entry kak yana.
=)
salam sayang buat atiqah,
sama2 kita mohon kekuatan dr Allah utk menghadapi sglnya ...
kak yana,
teruskan perkongsian yer!
walaupun sedikit bagi akak, tapi amat dalam menusuk hati saya bila dihayati, sedalam hati & perasaan akak.
tahniah kakak insyirah! kali terakhir jumpa, insyirah 2 tahun.
akak teruskan perjuangan mendidik anak2 dgn teras islam, iman dan ihsan.
lagu matahari pun sesuai bila didengar sambil baca entry akak ni!
salam husna,
ust razi dok nulis tentang nilai islam, iman dan ihsan sebagai penerapan dalam pendidikan anak2.
bila akak baca penulisan ust, byk jg yg membantu akak utk belajar memahami konsep sebenar islam, iman dan ihsan.
kredit buat suami ku! kih kih
cara akak mmg suka kaitkan yg realiti dan ilmu utk dikongsikan. tp masih byk yg perlu diperbaiki.
tima kasih krn sudi membaca!
Post a Comment