.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, July 5, 2010

Sukan lagi ...

Salam,

Insyirah ber"sukan" lagi. Kali ini diadakan di Stadium Kajang oleh sekolah-sekolah Tahfiz Abim Daerah Hulu Langat.

Saya masih bertenaga untuk bergerak walaupun adakalanya kontraksi menyerang.

Insyirah kelihatan bersemangat dan yakin. Tidak lagi malu-malu seperti dahulu. Dia telah mampu "membawa diri" menghadapi tekanan di sekeliling.

Di kerusi penonton, saya menoleh ke kiri. Teringat pada tahun 1993, Sukan Tahunan SMKA Selangor. Saya di Tingkatan 1. Saya Rumah Biru, suami pula Rumah Kuning :)

Kami hanya tersenyum mengenang kenangan lalu sambil bercerita gaya-gaya pelari pecut pada ketika itu. Ada yang berlari mendada, berlari dengan gaya menunduk, berlari seolah memiliki kepak dan macam-macam gaya pelari pecut.

Ini kerana kami melihat Insyirah berlari laju tetapi sambil tersengih-sengih. :)

Kenapa la ihhh ...

Beratur mengambil medal Tempat ke 3

Pelari akhir untuk acara Bina Kota

Sabar menanti acara


Tersenyum dalam perbarisan


Kami anak-anak soleh!

Dengan kakak Darjah 3 di dalam khemah Rumah Hijau Epal ...

No comments: