.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, July 16, 2010

Ahmad Amir Isyraqi Bin Ahmad Fakhrurrazi


Syukur pada Allah SWT atas hidayah, nikmat dan kasih sayang kepada hamba-hambaNya ini.

Jua selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga, para syuhada', auliya', para ulama dan para solehin.

Sesungguhnya diri ini amat bertuah kerana merasai kasihnya Allah melalui setiap nikmat, rezeki dan dugaan dariNya kerana sabar dan redha adalah kunci kekuatan kehidupan.

Semoga diri ini memahami hakikat diri di hadapan Allah SWT, hakikat diri di hadapan Rasulullah SAW, hakikat diri di hadapan suami, hakikat diri di hadapan ibu bapa, hakikat diri di hadapan anak-anak dan hakikat diri di hadapan semua hamba Allah.

Di hari ke 7 kelahiran zuriat ke 4 kami, dia dinamakan, ditahnik dan dicukur kepala oleh Abinya. Doa kami semoga Ahmad Amir Isyraqi menjadi anak yang soleh, muhklis, mujahid dan muhsin. Ameen ...

Dengan Abi sebelum ditahnik dan dicukur rambut.

4 lelaki kurnian Allah untuk KU di dunia. Semoga kita semua kekal bersama di Syurga Allah kelak.

Dengan Kakak Insyirah



Ahmad Amir Isyraqi Bin Ahmad Fakhrurrazi

Di hari ke 4 kelahiran.

5 comments:

Fez said...

Tahniah kak yana sekeluarga.
Baru hari ke 4 muka baby dah macam abang amir dia. Semoga baby dikurniakan kesihatan dan membesar jadi anak soleh! inshallah.

Unknown said...

Alf Mabruk K.yana wa usrah...
alhamdulillah... masyaAllah... sejuk tgk baby baru lahir...
moga sihat2 selalu... bakal mujahid islam cemerlang dunia akhirat, insyaAllah.. :)

akk, slmt berpantang! doakan jua utkku di sini...

Aina Fazlina said...

Salam akak~
Tahniah untuk kelahiran yang ke empat: Ahmad Amir Isyraqi~

Sem0ga membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata abi & ummi~ :)

alhanin said...

salam.. tahniah kak.. moga kehadiran 3 hero ni menjadi hero-hero yang dapat membantu ummah menegakkan syariat kelak.. moga keluagra akk ini kekal menjadi keluarga di syurga kelak..

'Aqilah Suhaimi said...

tahniah kak..
lama tk menjengah blog org..
tup2..eh..
dh anak ke 4..
alhamdulillah..=)