.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, October 2, 2009

Aidilfitri @ Restu Kids

Salam,

Rabu lepas amat sibuk. Masuk pejabat pun pukul 4 petang. Pukul 5 pagi bangun dan siapkan PotLak @ Juadah Aidilfitri untuk dibawa ke Jamuan Hari Raya Restu Kids @ Yayasan Restu.

Terlebih dahulu hantar Insyirah ke Restu Kids, kemudian hantar hubby ke Hotel Residence @ UNITEN kerana beliau berkursus 2 hari.

Dari UNITEN, saya memandu terus ke Solaris Mont' Kiara kerana ada mesyuarat. Dari Solaris Mont' Kiara saya berpatah balik ke Shah Alam untuk menghadiri Jamuan Hari Raya @ Yayasan Restu.

Petangnya pula, bergegas ke Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur kerana ada sebutan @ mention. Sampai di pejabat lewat petang. Sebelum Maghrib, dari Wangsa Maju saya bergegas ke Kajang untuk mengambil suami tersayang.

Kemudiannya pulang ke Shah Alam, ambil anak-anak dan terus ke program untuk Muslimat dan anak-anak IPTAF sempena Aidilfitri yang diselangi dengan sesi tazkirah, soal jawab, qasidah, zikir dan doa sebagai santapan hati dan jiwa pula. Walaupun seharian yang kalut dan sibuk, hati kembali tenang dengan majlis ini. Lupakan seketika kehidupan dunia yang sememangnya kalut dan bersimpang siur, kerana "kehidupan" dengan Allah kelak yang hakiki dan abadi.

Shah Alam -> Uniten, Serdang -> Solaris Mont' Kiara -> Restu Kids, Shah Alam -> Mahkamah Jalan Duta -> Wangsa Maju -> Kajang -> Shah Alam :)

Terima kasih Restu Kids @ Yayasan Restu atas jemputan Majlis Aidilfitri yang amat meriah dan ceria. Meriah kerana melihat kegembiraan anak-anak Restu Kids serta juadah yang amat banyak dan pelbagai. Banyak sungguh pilihan juadah yang ada sehinggakan tidak termakan semuanya. Dari pelbagai jenis kuih raya, puding, kuih tradisional, KFC, nasi impit, kuah kacang, mee hoon goreng yang berjenis2, makaroni dan spagetti yang berjenis2 juga dan macam-macam la. Alhamdulillah ... Yang penting semoga majlis ini mengeratkan lagi silaturrahim sesama kita sehingga ke akhirnya.

Sisipan gambar buat kenangan Insyirah terutamanya.

Insyirah dan kawan-kawan yang Solehah. Maaf, Aunty tak nyatakan nama setiap seorang. Tapi, Aunty doakan anak-anak semua dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Anak-anak Soleh yang amat aktif. Semoga kalian semua juga dilindungi dan dikasihi Allah.

Alhamdulillah ... Maha Suci Allah

Semoga anak umi ini kekal cemerlang dalam ketaatan kepada Allah, yang paling utama, kemudian kepada Umi dan Abi. Dan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada para guru Restu Kids atas usaha dan keikhlasan kalian mendidik Insyirah dan anak-anak Restu Kids yang lain dalam melahirkan Generasi Al Quran. Saya doakan semoga Allah mengganjari para guru Restu Kids dengan setiap kebaikan yang ada dunia dan akhirat kelak.

Dengan anak-anak Restu Kids yang cemerlang

Anak-anak tak sabar nak menjamah juadah yang banyak itu. Sabar yer sayang!

Kita doa semoga Allah berkati kita semua. Ameen.

Alhamdulillah. Bila lagi la kita nak makan-makan macam ni yer? Jangan lupa Puasa 6 :)

Abang Amir pun ada sama dan tak sabar nak sekolah macam Kakak.


Akhir kata, Salam Sayang di Aidilfitri buat anak-anak Restu Kids dan para guru Restu Kids (Teacher Romie, Teacher Ros, Teacher Dila, Teacher Zira dan Teacher Shila), Sesi 2009.

Wasalam.

No comments: