Salam,
Wacana Pemikiran Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki Al Hasani
Tema : Manhaj Aqidah
Tarikh : Ahad, 11 Oktober 2009M / 22 Syawal 1430H
Tempat : Auditorium Muzium Kesenian Islam, Kuala Lumpur.
Pada 12 Shawal 1429H bersamaan dengan 12 Oktober 2008M tahun lepas, sebuah wacana khas untuk memperkenalkan dan menghargai pemikiran Al Muhaddith Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki Al Hasani telah berjaya dilangsungkan bertempat di Dewan Seminar, Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Menginsafi bahawa keluasan ufuk pemikiran beliau perlu diteroka dengan lebih lanjut dan berterusan, Yayasan Sofa Negeri Sembilan bersama dengan Yayasan Al Bukhari berazam untuk meneruskan siri Wacana Pemikiran beliau dengan menganjurkan siri ke 2 dengan kali ini menumpukan kepada pemikiran dan manhaj beliau dalam aspek Aqidah.
Amat menarik kupasan wacana kali ini dengan diselitkan persembahan Qasidah yang bertenaga dan bersemangat di bawah pimpinan Tan Sri Hj. Hasan Azhari. Kitab "Huraian Aqidah Islam" karangan Prof. Dr. Sayyid Muhammad Ibn Alawi Al Maliki juga dilancarkan dan menjadi saguhati kepada hadirin yang hadir. Saya belum sempat membaca buku tersebut. Banyak buku yang hubby hadiahkan yang belum sempat saya baca. Bila la agaknya saya mempunyai masa terluang?
Semoga program-program seperti ini dapat dianjurkan dengan lebih kerap sebagai santapan hati dan jiwa masyarakat Islam. Terima kasih abi ...

No comments:
Post a Comment