.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Monday, October 5, 2009

Hujung Minggu Aidilfitri

Salam,

Hujung minggu lalu hubby demam. Demam kerana tugasan yang menimbun. Demam kerana "terasa". Demam kerana sayangnya Allah kepada beliau. Semoga beliau cepat sembuh agar kembali cergas dan ceria seperti sedia kala.

Terima kasih atas jemputan sahabat-sahabat yang mengadakan Rumah Terbuka. Semua minta gambar di letak di Laman Kasih ini, tapi maaf, tak semua boleh dipamerkan :)

Banyak nak dikongsikan sebenarnya tapi tugas dan tanggungjawab menjadi kekangan. Ingin berkongsi dengan masalah-masalah insan yang saya hadapi setiap hari sebagai iktibar dan panduan, terutamanya kepada kami sendiri, dengan didokumentasikan agar mungkin bermanfaat kepada yang lain.

Adakalanya memikirkan mengapa saya ditakdirkan bersua dengan insan-insan yang mempunyai pelbagai jenis masalah setiap hari, sedangkan saya juga mempunyai masalah dan tidak sempurna.

Namun, hubby menenangkan hati dengan menyatakan itulah antara tugas dan amanah saya yang dipertanggungjawabkan oleh Allah untuk kehidupan saya yang sementara di dunia ini. Hubby berpesan laksanakan setiap amanah dan tugas itu dengan ikhlas dan bermatlamatkan keredhaan Allah.

Maka, apabila setiap "PETUGAS DUNIA" menanam matlamat seumpama itu, maka setiap manusia di dunia ini akan saling melengkapi diantara satu sama lain dengan tugas masing-masing yang berbeza-beza. Alhamdulillah ...


Insyirah dan Hasya di Rumah Terbuka Mama Hasya.

Dengan Hana Syakirah, sahabat saya ketika di UKM.

Kat depan rumah Aunty Hana di Alam Impian, Shah Alam

Dalam perjalanan menuju ke KLIA nak bertemu Dr. Rahmat Irbid. Isyraf tidak suka duduk atas pangkuan. Dia suka duduk di tengah2 antara 'seat' hadapan. Amat merbahaya!

Dengan Syuk, sama-sama di UKM dahulu. Dulu, Ust ni yang "mengasuh" Insyirah ketika Insyirah masih baby.

Insyirah dengan pengantin, Asyraff Hafdzan Bin Abdullah dan Siti Khadijah Binti Abdul Ghaffar

Uwais Al Qarni, dah besar ...

Dengan Ust Zul dan Diana


Insyirah dan Nur Syifa Ilmi, anak Ust Zul USIM (Maaf kalau salah eja)


Dengan Raja Sehari yang Berseri-Seri

Dengan pengantin perempuan


Sayanggggg pengantin


Tahniah Tuanku! Semoga Allah berkati perkahwinan Tuanku dan dilimpahi dengan kasih sayang dan rezeki.

Lewat petangnya ke rumah Embah, sebab umi dok syok nak makan durian hari-hari. Sedapnya durian Embah nie ... kata Abang Amir


Isyraf suka durian jugak tapi Abi kena suap la.

Durian Embah dari dusun. Terima kasih Pak Uda Fidos kerana bersusah payah kutip durian untuk petang semalam. Banyak jugak yang luruh. Hari ni mesti banyak lagi. :)


Isyraf yang comot durian

Arnab Embah yang comel. Isyraf suka dan geram sangat sampai nak di makan-makan arnab tu.


Sayang rabbit ni ...


Yeay yeay, dapat pegang arnab.

Wasalam :)


6 comments:

Unknown said...

selamat pengantin baru buat ust ashraff dan zaujah.. :)

wah seronoknya kalian.. :) uwais al-qarni dah besar! first time dpt tgk baby nur syifa 'ilmi.. huhu..

Anonymous said...

Asyraf dah naik pelamin...kirim salam kat Ust Asyraf dan zaujah. Semoga berbahagia sentiasa.

Bb syifa pun ada.

Salam semua.

Ilyana Ar Razi said...

salam to ayu dan kak ina,

baby ara pun nama syifa', baby dee pun nama syifa'. :)

nanti baby girl ayu pun nama syifa'. :)

boleh la buat delegasi "uwais" dan "syifa" di bumi urdun. :)

Hana' Yusuff said...

terima kasih dtg sabtu tu.lain kali dtg lagi.. boleh amir main lagi.siap nanngis kan tak nak balik.hasya pun seronok ada kawan.

sedap nya dpt makan durian! ada lebih2 boleh la hulur kat AI..hihi ..nak kena cari kebun nampaknya ni,baru puas hati makan

Ilyana Ar Razi said...

salam hana,

insya allah kita jumpa lagi.

mmg seronok makan durian dari kebun sendiri. puas!

lepas ni hana beli kebun buah pulak tau :)

Hana' Yusuff said...

mmg ada hajat juga.. tanya2 juga org sekitar bangi,klang,pulau indah.
kalau yana ada info.. bgtahu la kitaorg eh.. tanah kebun ke tanah rumah ..