.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Thursday, October 8, 2009

Bingkisan Tokku - Syukur


Salam,

Hendaklah dalam perjalanan ini bermujahadah dengan SYUKUR. Didik dirimu sentiasa dalam keadaan bersyukur kepadaNYA dalam keadaan sikit atau banyak, susah atau senang, sakit atau sihat, payah atau mudah, lalai atau ingat, dimakbul doa atau dilambatkan, dalam ujian musibah atau ujian kenikmatan, dalam kegagalan atau kejayaan.

Sesungguhnya diperhatikan ramai dikalangan masyarakat kini yang tiada bersyukur kepada Allah, benarlah FirmanNya :

"Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusai, akan tetapi kebanyakannya manusia tidak bersyukur" (Al Mu'min : 61)

Mereka hanya bersyukur apabila berjaya atau ketika banyak atau ketika kaya atau ketika tercapai hajat. Ini lantaran tiada makrifat hati mereka terhadap kasih sayang Allah pada dirinya. Apakah apabila Allah memberi kita sedikit, tidak tercapai hajat, gagal atau lainnya bermakna kita tidak dikasihiNYA? Siapakah kita untuk mengetahui rahsiaNYA? Apa yang penting bagi kita hendaklah faqir dalam sifat keAgunganNYA, bersangka baik dan sentiasa bersyukur pada takdirNYA.

Syukur adalah kunci kekayaan yang menyebabkan dirimu tidak akan resah, gelisah dan banyak merungut-rungut dalam kehidupan. Syukur adalah sentiasa redha dengan Allah dalam apa jua keadaan. Syukur adalah memandang pilihan Allah lebih baik daripada pilihan dirinya.

Syukurlah jika dirimu tiada dikenali kerana ia menyelamatkan dirimu dari sifat riak.

Syukurlah jika dirimu dihina kerana ia menyebabkan nafsu kesombongan mu hancur.

Syukurlah dirimun diberi sedikit oleh Allah kerana selamat dirimu daripada ketamakan dan panjang angan-angan.

Syukurlah dirimu dipilih dalam golongan yang berzikir walaupun tiada dikurniakan keasyikan kerana engkau dapat menaiki tanggan kewalian dengan kesabaran dan istiqamah.

Tidakkah Allah amat menyayangi hambaNya, segala keputusannya walaupun pada seekor semut adalah berdasarkan ilmu dan cinta. Jesteru itu bermujahahlah dirimu dengan syukur, ia akan memadamkan kegelisahan, tiada redha, kecewa, merasai lemah, kerdil, hina, kurang kemampuan, dengki, dendam, tamak, panjang angan-angan dan lain-lain lagi daripada sifat mazmumah.

Belajar bersyukur yang sedikit, nescaya Allah akan menambah nikmat kepada kita. Firman Allah SWT :

"... Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmatKu), maka seseungguhnya azabKu sangat pedih." (Surah Ibrahim : 7)

Jika kita berzikir hanya dapat di lisan tetapi tiada hadir di hati, bersyukurlah kerana Allah masih memilih kita dari golongan yang berzikir. Insya Allah akan dikurniakan nanti, zikir pada hati. Tetapi jika kita banyak merungut dan bertanya-tanya kenapa hati tidak asyik, nescaya tidak akan dapat hadir pada hatinya sehingga mereka bertaubat daripada sifat rungutan itu.

Bersyukurlah kepada Allah dengan tiada memalingkan diri dengan segala nikmat yang dikurniakan selagi ianya halal bagi kita. Sesungguhnya Allah ciptakan apa yang ada dibumi dan dilangit adalah untuk hambaNya yang soleh. Allah menyuruh kita mengambil segala nikmatnya, hanya yang dilarang apabila perkara tersebut memberi mudharat begi hambaNya bukan untuk menyusahkan hambaNya.

Justeru iti ambillah segala apa jua yang dibuka atau dikurniakan Allah kepada kita di atas sifat mahu mengsyukuri nikmatnya, namun jangan sampai menjadi hina dengan meminta-minta atau menjadi hamba kepada apa yang diinginkan. Jangan terlalu melampau dalam kemahuan untuk mendapatkan sesuatu kenikmatan, kerana ia adalah nafsu ammarah, namun jangan memalingkan diri jika nikmat itu mendatangi mu.

Ambillah segala nikmat Allah dan letakkan pada tanganmu, jangan di hatimu. Duduk dirimu di atas singgahsana kenikmatan, bagaikan Nabi Allah Sulaiman AS dengan kerajaannya, namun hatinya tunduk dan syukur kepada Allah. Islam tidak datang untuk memenjarakanmu, tetapi Islam menyuruh kamu bermakrifat kepada Allah dalam apa jua keadaan dan tiada melampaui batas sehingga jatuh martabat kemuliaanmu menjadi haiwan.

Ambillah nikmat TUHANmu dengan sebaik-baiknya, jadikan dunia ini bagaikan syurgamu, namun hendaklah kamu berhartakan PERMATA SYUKUR dalam hatimu. Insya Allah.

Bersambung dengan izin Allah.

Wasalam.

No comments: