.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Wednesday, October 14, 2009

ESQ Corporate Gathering @ Seri Pacific

Salam,

Terima kasih abi atas jemputan ke ESQ Corporate Gathering. Datuk Mufti menyatakan ia adalah dakwah zaman moden. Nak mengulas panjang, saya masih menanti ulasan bertulis dari hubby tentang dapatan beliau dari ESQ. Harap disegerakan untuk dikongsikan.

Di Malaysia sahaja telah ada beribu ahli alumni ESQ. Banyak juga tu ... dah boleh buat satu batalion tentera Islam Malaysia. Namun, ianya sekiranya setiap alumni itu berjaya membentuk jati diri Islam hasil dari ESQ dan istiqamah dengan kecintaan yang tinggi pada Allah SWT dan RasulNya. Insya Allah.

Sementara menanti ulasan bertulis hubby, hanya gambar sebagai sisipan kenangan.

Dengan salah seorang Alumni ESQ, Hj. Ahmad Noor Sulaiman, pengacara Jejak Rasul

Dengan Dr. Ary Ginanjar Agustian. Soalan hubby pada beliau "Siapa" dan "Dari mana". Kami masih mencari jawapan.

Alumni ESQ 165 dari serata Malaysia

Terima kasih abi ...

Kumpulan Nasyid Marjan, terbentuk dari alumni ESQ

p/s : Abi, cepat sikit nulis yer ... :)

Wasalam.

No comments: