.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, October 6, 2009

Bingkisan Tokku - Zikrullah

Sempena Sambutan Aldilfitri 1430H IPTAF pada 30 September 2009.

Semoga menjadi panduan buat diriku, suamiku, anak-anakku dan sahabat-sahabatku.

Ku mulakan bingkisan ini dengan memanjatkan syukurku kepada Allah yang telah memberi pelbagai kenikmatan, dan tiadalah kenikmatan yang hakiki melainkan lahirnya Rasulullah SAW yang telah membawa cahaya kebenaran dan kerahmatan ke seluruh alam.

Selawat dan salam ke atas Baginda SAW, para ahli keluarga Baginda, para Sahabat, para Ulama, para Auliya’, para Syuhada’, para Solehin dan orang-orang yang menuruti jejak langkah Baginda SAW.

Hendaklah dirimu dalam keadaan mana sekalipun sentiasalah berzikir kepada Allah. Tiada tujuan hidup, ibadah, ilmu, kebaikan melainkan semata-mata untuk zikrullah. Solatmu tiada makna jika tiada hadir hatimu dengan zikrullah sehingga dirimu fakir dengan sifat KEAGUNGANNYA. Puasamu tiada makna jika penghujungnya tiada menjadikan dirimu golongan zikrullah sehingga kamu bertakwa pada AL QAHHARNYA. Zakatmu tiada makna jika tiada zikrullah, sehingga jiwamu bersih dari sifat cinta dunia lantaran kerana mencari AL QUDDUS. Hajimu tiada makna jika tiada zikrullah sehingga dirimu mengembara dalam kerinduan mencari AL GHAFUR AR RAHIM. Ilmumu tiada makna jika tiada zikrullah sehingga dirimu merasa bodoh dalam sifat AL ALIMNYA. Ibadahmu tiada makna jika tiada zikrullah sehingga dirimu merasa lemah dalam sifat QUDRAT DAN IRADATNYA.

Firman Allah SWT :

“Hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya.” (Al Ahzab : 41)

Basahkan lisanmu dengan memperbanyakkan zikir Nafi dan Ithbat dengan dimaknakan dalam hatimu bahawa “TIADA UBUDIAHKU, HANYA ALLAH” atau “TIADA MAKSUDKU DALAM KEHIDUPANKU, HANYA ALLAH” atau “TIADA KECINTAANKU, HANYA ALLAH”.

Basahkan lisan Qalbimu dengan kalimah “ALLAH, ALLAH, ALLAH” dengan sentiasa syuhudkan kepada Af’al Allah dalam apa jua yang ada dihadapanmu.

Basahkan lisan Sir-mu dengan syuhud kepada sifat Allah sehingga fana segala sifatmu.

Basahkan lisan Sirru Sir-mu dengan syuhud kepada Dzat Ahadiah sehingga fana dirimu pada segala wujud yang lain.

Sesungguhnya zikir lisan adalah martabat syariat, zikir qalbi adalah martabat tarekah. Kedua martabat ini adalah pintu kepada hakikat dan makrifat. Maka, jangan terhijab dengan banyaknya zikir lisan dan qalbi kerana ia bukannya lagi hakikat yang dimaksudkan, teruskan berzikir dan munajat serta pasrah pada Allah, sehingga Allah membuka padamu zikir hakikat dan zikir makrifat yang tiada lagi padanya huruf dan suara. Hanya cahaya syuhudiah yang memandang pada sifatNYA dan pada Dzat Ahadiah sehingga asyik, fana dan baqa.
Maka zikir hakikat dan makrifat itulah yang difirmankan oleh Allah :

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia” (Ar-Ra’d : 28)

Inilah hakikat ilmu yang dikehendaki oleh Imam Al Ghazali dengan katanya : “Hakikat ilmu ialah Nur yang dicampakkan ke dalam hatimu sehingga dengannya kamu mengenal Allah dan dengannya kamu takut kepadaNYA. Adapun apa yang dipelajari dalam kitab ialah jalan ilmu bukannya hakikat ilmu”.

Bersambung, dengan izin Allah.

Wasalam.

No comments: