Salam,
Sabtu lalu, hubby membawa saya ke International Youth Centre untuk menghadiri program "Interaksi Dengan Allah" dari pagi sampai petang.
Terima kasih sayang atas program ilmu yang bermanfaat ini.
Seperti biasa, anak-anak akan saya tumpangkan di rumah Mama sekiranya program yang kami hadiri tidak boleh disertai oleh kanak-kanak. Anak-anak amat gembira kerana akan terlepas dari "jadual ketat" saya. :)
Sememangnya amat bermanfaat dan saya amat sedari betapa dhaifnya ilmu yang saya miliki.

Saya belajar fizik moden dalam "Interaksi Dengan Allah" ini. :). Melalui fizik moden ini kami belajar bagaimana mengenal Allah.
Tajuk interaksi kali ini ialah "Makrifatullah Dalam Fizik Moden". Terima kasih kepada Abi Ahmad dan "Guru" beliau yang memberi kami peluang untuk terus menuntut ilmu. Bersyukur pada Allah atas nikmat kefahaman yang dikurniakan pada hati-hati kami.
Untuk mengupas lanjut, saya tidak berkelapangan, namun sisipan-sisipan interaksi ada dalam simpanan saya untuk rujukan. Abi Ahmad menyatakan bahawa pelajaran ketuhanan dalam usuluddin boleh difahami dengan jelas melalui hukum masa di dalam ilmu fizik.
Kami diterangkan dan membincangkan tentang mengenal Allah, Allah memperkenalkan dirinya, Al Quran mesti memimpin kajian sains, bahaya kajian Sains arus perdana, makrifatullah melalui teori masa dan ruang, dimensi masa dan ruang, Big Bang, mengenal kesempurnaan Allah dan sebagainya.
Alhamdulillah ... kami berharap agar dapat mengikuti sesi-sesi seterusnya interaksi ini.
Matlamat utama interaksi ini ialah pastinya untuk kita mengenal Allah.
Melaluinya kita akan belajar bagaimana mengenal Allah melalui hukum "fizik moden".
Kesannya, pastilah di hati peserta timbul kesedaran bahawa betapa Agungnya Allah setelah melihat bagaimana Allah "menampilkan" dan "memperkenalkan diriNya" kepada HambaNya. Subhanallah ...
Semoga hati-hati kami akan merasakan terbukanya tabir diri supaya dapat menyentuh gelombang wujud Allah yang Wajibal Wujud.
Namun, saya sering diingatkan bahawa "Ilmu itu perlu disertai dengan Amal". Ilmu tanpa amal umpama pohon yang tidak berbuah, dengan kata lain tidak bermanfaat.
Maka, apabila kita mencari ilmu untuk mengenal Allah, maka sepatutnya kita perlu beramal meningkatkan amal dan ibadah kepada Allah dari pelbagai aspek. Mungkin sukar untuk beramal secara drastik, maka oleh sebab itulah kita sebagai hamba perlu terus berusaha dengan sabar dan yakin untuk memperbaiki setiap aspek diri dan kehidupan kita dalam mencari Makrifatullah.
Tiada kalam semanis bicara, terima kasih buat suami ku atas setiap perkongsian ilmu-ilmu sebagai tanda kasih mu pada Allah untuk ku. Allah berkati ilmu mu, perjuangan mu dan penat lelah mu suamiku.
Wasalam.

No comments:
Post a Comment