.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Sunday, April 4, 2010

Kejutan!

"Umi, terima kasih kerana lahirkan Amir"

"Umi, terima kasih kerana besarkan Amir"

"Abang janji akan usaha jadi anak yang soleh"

Itu ungkapan Abang Amir yang membuat saya terkedu dan mengalirkan air mata. Dalam hati saya berdoa pada Allah, "Allah rahmati dan berkati dirimu dan kehidupanmu, anakku".

"Ada kek untuk Abang Amir?"

"Maaf sayang tak sempat, tapi akan ada juga."

Setiba di rumah Mama di Shah Alam, kelihatan sebiji kek comel di atas meja. Abang Amir melonjak.


"Umi ... ada kek atas meja Uwan. Untuk Abang Amir la kan sebab hari ni harijadi Abang."

Saya hanya tersenyum.

"Terima kasih Uwan sebab siapkan kek untuk Abang, Umi tak sempat buat. Terima kasih Uwan sebab lahirkan Umi untuk lahirkan Abang Amir."

Saya terkedu sekali lagi.



Syukur pada Mu Ya Allah atas setiap nikmat dan dugaan yang Engkau kurniakan pada kami.

Zuriat-zuriat ku ini juga nikmat dan dugaan dari Mu Ya Allah. Ku mohon kasih sayangMu, kesabaran, kekuatan dan kemampuan untuk membimbng dan mendidik mereka menjadi hambaMu yang soleh solehah.

5 comments:

mama aqish said...

Selamat Hari Jadi abg Amir....semoga menjadi anak yg soleh....

Ilyana Ar Razi said...

salam balqis.

semoga anak-anak kita semua dikalangan para soleh solehah.

kita sama-sama usaha dan doa yer.

nsmujahidahnmnor said...

mashaAllah...

moga abg amir menjadi anak yg soleh dan pejang islam yg hebat!

Ilyana Ar Razi said...

alhamdulillah,

namun, bukan mudah untuk mendidik menjadi seorang pejuang. itu matlamat dan impian setiap ibu bapa.

abang amir pun masih jauh perjalanan. masih byk perlu belajar. masih byk yg perlu diperbaiki.

sarah @ School Of Life said...

baru terbaca entry ni..

masyaAllah
abang amir bijak.. umur 5 tahun mampu menuturkan kata-kata yang mampu meruntun perasaan umminya.. lahir dari hati yang suci bersih

insyaAllah jadi anak yang soleh dan penyejuk mata dan hati kedua orang tua, harta paling berharga