Salam sayang buat Anakanda Abang Amir.
Bila Abang Amir dah lancar membaca, mungkin barulah ucapan ini sampai pada Abang Amir.
Bila Abang Amir dah lancar membaca, mungkin barulah ucapan ini sampai pada Abang Amir.
Alhamdulillah, mencapai usia 5 tahun ini, Abang Amir dikurniakan kesihatan yang baik dan akhlak yang mulia. Namun, masih banyak yang perlu Umi dan Abi lakukan untuk menjadikan Abang Amir hamba Allah dan umat Nabi Muhammad SAW yang soleh dan cemerlang.
Setiap saat dan ketika, Abang Amir sentiasa dalam doa dan redha Umi. Tiada yang Umi harapkan pada Abang Amir melainkan ketaataan sepenuhnya Abang Amir kepada Allah agar dengan keberkatan Allah, Abang Amir akan taat pada Umi dan Abi sehingga ke akhir hayat.
Dengan Abang Amir, Umi dan Abi mempunyai satu perasaan "kasihan" yang lebih kerana mungkin sikap dan tutur kata Abang Amir yang lembut dan mudah mengalah. Namun perlu disemat, lembut bukan bererti lemah, mengalah bukan bererti klah. Kekuatan dan kejayaan adalah natijah dari hati dan jiwa yang sabar dan tekun. Maka, adakalanya, Umi dan Abi tidak sampai hati untuk memarahi Abang Amir kerana dengan pandangan mata tajam Abi, sudah cukup membuatkan Abang Amir mengalirkan air mata dalam diam tanpa sedu.
Abang Amir kelihatan ingin bersaing dengan Kakak Insyirah dalam pelajaran terutamanya sehingga kadang kala membawa pergaduhan. Janganlah dibandingkan kepandaian Kakak Insyirah dengan dirimu dengan perbandingan usia 2 tahun ini. Abang Amir pasti mampu menjadi sepandai dan secekap Kakak Insyirah apabila tiba masanya. Umi dan Abi akan mengajar Abang Amir sama seperti yang kami lakukan pada Kakak Insyirah. Tiada bezanya kasih sayang dan perhatian kami kepada zuriat-zuriat kami.
Semenjak Abang Amir di Haluan Insan, Abang Amir juga sudah menunjukkan peningkatan dalam akhlak dan akedemik. Adakalanya hadis-hadis yang Abang Amir ungkapkan tidak Umi fahami, namun Abi juga yang akan membantu umi. Teruskan menuntut ilmu sayang. Itu doa Umi dan Abi agar anak-anak semua Cintakan Allah, Cintakan Rasul dan Cintakan Ilmu. Umi dan Abi juga masih terus dan terus menuntut ilmu sebagai memperbaiki iman dan adab kami kepada Allah dan Rasul.
Selagi hayat dikandung badan, selagi hati-hati kita bersatu dengan kasih sayang, ilmu akan kita jadikan halaman kehidupan kita sekeluarga. Insya Allah.
Tidak banyak yang mampu Umi coretkan di kala ini dek kesibukan tugas dan tanggungjawab pada Abi dan anak-anak Umi. Umi pohon kekuatan dan kesabaran dalam menjadi ampuan kepada Abi sebagai tonggak kita sekeluarga serta menjadi tunjang kasih sayang untuk anak-anak.
Yang Umi pohon pada Abang Amir dan anak-anak lelaki yang lain, taatlah pada Allah dengan patuh dengan setiap suruhanNya, taatlah pada Rasulullah SAW dengan mencontohi setiap akhlaknya, taatlah pada Abi sebagai pengikut setia ke setiap majlis ilmu. Jangan dihirau pada mengantuk, jangan dihirau penat, jangan dihirau pada lapar. Ilmu yang bermanfaat dan majlis ilmu yang dipayungi oleh para Malaikat serta penuh keberkatan pada Allah, lebih utama dan bermanfaat untuk kalian pada masa akan datang.
Salam Sayang Penuh Cinta ...
Buat Ahmad Amir Irsyad Bin Ahmad Fakhrurrazi
Di Usia Kelahiranmu yang Ke 5.
Dalam Kenangan ...
Gambar lain akan umi lampirkan kelak. :)






5 comments:
Selamat Hari Ulangtahun abang amir. Jadi anak soleh inshallah..:)
Abang Amir dah 5 tahun! Alhamdulillah!
Comel sungguh anak2 ust razi.
Moga mewarisi segala yang baik dan hebat dari abi dan umi.
Allah berkati keluarga ust!
Amin.
salam fez,
ameen insya allah. fez pun siap2 doa dari sekarang smg beroleh anak2 yang soleh yer :)
Salam "Ameer IPU"
Alhamdulillah.
Anak-anak kecil semuanya comel kan? Tapi adakalanya comot jgk :)
Segala yang hebat dan baik adalah dari Allah. Segala kekurangan adalah dari diri kami sendiri. Abang Amir pun ada kekurangannya yang tersendiri. Masih banyak yang perlu diperbaiki.
Allah Maha Hebat!
Ni "Ameer" yang mana satu? :)
Allah berkati kita semua. Amin.
Salam....
Alhamdulillah.....
AMIR IRSYAD, SELAMAT HARI LAHIR!
TEACHER WANI DOAKAN AMIR DIPANJANGKAN UMUR..
SIHAT SEJAHTERA DI SAMPING DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK....
SEJAK KELUAR DARI TADIKA, TEACHER RINDU PERANGAI SOLEH AMIR...
SEMOGA AMIR DAPAT MENJADI ANAK YANG SOLEH...
Post a Comment