.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Friday, April 30, 2010

Majlis Tauliah Peguam Syarie

Peguam Syarie hendaklah mempunyai akhlak, sikap, tingkah laku yang mulia dan dalam melaksanakan tugas dan peranannya hendaklah bersifat amanah, jujur dan berniat baik untuk menegakkan keadilan;

Peguam Syarie hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan pengetahuan hukum syarak dan undang-undang supaya tugas guaman dapat dijalankan dengan lebih cekap dan berkesan;

Peguam Syarie tidak boleh menerima arahan dalam sesuatu kes jika dia tahu atau ada sebab bagi mempercayai bahawa kelakuan profesionalnya sendiri mungkin dipersoalkan;

Peguam Syarie yang menjalankan pembelaan bagi seseorang dalam apa-apa perkara jenayah, hendaklah bertanggungan dengan segala cara yang saksama dan terhormat mengemukakan setiap pembelaan yang dibenarkan oleh undang-undang;

Peguam Syarie tidak boleh menjalankan sesuatu atau membuat pembelaan yang mana adalah dimaksudkan semata-mata untuk melambatkan perbicaraan atau menyusahkan atau memudaratkan pihak lawan untuk melakukan penindasan atau sesuatu yang salah;

Peguam Syarie hendaklah menghormati mahkamah dan tidak melakukan pendayaan ke atas mahkamah;

Peguam Syarie pada masa dia dilantik hendaklah menzahirkan pada kelayan segala hal keadaan hubungannya dengan pihak-pihak berkenaan, dan apa-apa kepentingan berhubung dengan perbalahan itu, mungkin mempengaruhi kelayan dalam memilih Peguam Syarie.

- Arahan Amalan No. 4, Tahun 2002, JKSM.

Di meja pendaftaran bersama urusetia.

Selepas tauliah, bersama suami tersayang dalam Mahkamah Tinggi Syariah Putrajaya. Kami akan terus melangkah dengan izin Allah.

Sahabat-sahabat yang sibuk mendaftar

Semoga Abi akan datang menyusul. Selamat Maju Jaya!

Bergambar sebelum majlis tauliah. Terima kasih Dr Ridzuan Awang kerana meminjamkan jubah. Kami dah tempah jubah kami sendiri :)


Salam,

Tahniah buat semua sahabat yang ditauliahkan semalam.

Mendengar ucapan Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie Wilayah Persekutuan, dapat dirasakan betapa berat tanggungjawab dan amanah yang dipikul. Namun, segalanya terpulang kepada prinsip kehidupan setiap Peguam dalam mereka menjalankan amanah sebagai pengamal undang-undang sivil mahupun syariah. Dan yang paling penting iman yang kental kerana telah dibuktikan bahawa ramai pengamal yang tersungkur dari jalan keadilan yang sebenar apabila dilimpahi dan dikaburi oleh kemewahan dunia.

Syukur pada Allah di atas rezeki ini. Terima kasih pada Ayah Mama yang amat memahami anaknya ini. Dan kepada suami tercinta, terima kasih atas doa, semangat dan dorongan yang tidak pernah putus. Kepada anak-anak, ini semua untuk kalian sebagai satu perkongsian!.

Saya berpesan kepada suami saya agar terus memantau setiap perjalanan pengamalan undang-undang sivil dan syariah saya agar tidak tergolong dikalangan yang lupa dan tersungkur.

SELAMAT BERAMAL untuk semua!

Wasalam.

12 comments:

Fez said...

Bangga menjadi kak yana. Tahniah Akk! :)

Ilyana Ar Razi said...

Terima kasih Allah,

Terima kasih Fez,

Selepas 7 tahun practice, baru berkesempatan nak tauliah. 4 halangan nak ke tauliah sebelum ini ialah :) :-

1. Dalam pantang Abang Amir,
2. Berada di Jordan,
2. Final Exam Master, dan
3. Dalam pantang Isyraf.

Untuk Fez, kalau dah habis exam bgtahu akak!

Hana' Yusuff said...

salam yana,
tahniah:)
kagum dgn semangat yana yg kuat:)

atiqahdahalan said...

tahniah kak yana. =)

Anak Usrah Ust Razi said...

Mabruk buat K Yana & Ust Razi!

Semoga Ust dan K Yana terus melangkah bersama menuju Makrifatullah!

Ust pun dah nak mula PhD, byk la masa terluang utk "tarbiah" kami. :)

Ust nampak semakin lawa berisi :). Gambar ni betul @ super impose? (jgn marah) :)

Saya akan call ust!

Ilyana Ar Razi said...

salam hana,

tima kasih. dah lama kita tak sembang2. sama2 sibuk! sbrg perkembangan, awak update kat blog yer!

sarah @ School Of Life said...

akak, tahniah!

semoga kerjaya akak ni menjadi satu wasilah untuk sentiasa memberi manfaat kepada ummat Islam dan jalan ke syurgaNya.. ameeen

doakan kitorang ye kak.. nak berjaya cemerlang macam akak jugak..

Ilyana Ar Razi said...

salam kpd atiqah!

tima kasih & alhamdulillah.

smg awak pun terus bersemangat utk menuntut ilmu. jgn putus asa. yang penting dgn niat kerana Allah utk menyumbang kepada Islam dan Ummah!

Ilyana Ar Razi said...

salam kpd anak usrah ust razi!

ust razi mmg semakin berisi. tp doktor pesan ust kena minum susu byk.

gambar betul! akak tak reti nak buat super impose :)

Ilyana Ar Razi said...

salam sarah!

jauh lagi perjalanan akak ni nak jadi wasilah sebab masih byk lagi cacat cela yang perlu diperbaiki :)

doa akak smg sarah dan adik2 yg lain disana juga bakal menyumbang kpd Islam dan Ummah menurut kepakaran masing2.

setiap kita semua saling memerlukan utk cemerlang. kita takkan mampu utk cemerlang atas sbb diri kita sendiri.

akak ada hutang dgn sarah kan?

nanti akak langsaikan ... kih kih

sarah @ School Of Life said...

akak... errr.. hutang ape..?

tak ingat hutang ape..
takpe2 sarah halalkan je...

Unknown said...

salam akk..

alf mabruk!!! ayu tumpang bangga dgn akk... alhamdulillah... mg trus maju dunia akhirat...

terasa semangat nak smbung syariah... :D