Salam,
Insyirah dan Abang Amir amat ceria minggu ini.
Abang Amir gembira menerima hadiah hari lahir dari saya dan Abinya.
Bila ditanya apa yang dia mahukan, Abang Amir mahukan buku atau set alat tulis.
Kami membalas, buku kakak dah banyak untuk dia kongsikan. Buku kerja kakak pun masih banyak yang boleh dia siapkan.
Maka kami mencadangkan set alat tulis. Maka, kami membawa anak-anak ke Alamanda, Putrajaya, memilih hadiah yang mereka inginkan.
Kami ke O'Kidz di Alamanda, Abang Amir memilih set alat tulis koleksi Transformer. Gembiranya beliau dengan senyuman yang lebar. Murah ajer RM20 ... :)
Insyirah hanya melihat sambil tersenyum. Kasihan melihat beliau yang memang bersikap tidak suka meminta-minta tetapi banyak cakap yang teramat :)
Saya bertanya beliau jika beliau inginkan apa-apa sebagai hadiah. Insyirah menggeleng kepala sambil tersenyum.
Lantas saya berkata, "Umi nak bagi kakak hadiah jugaklah, sebab kakak rajin tolong umi kemas rumah semalam. Jadi kakak pilihlah nak apa yer."
Insyirah tersenyum. Dia berkata, "Kakak nak payung dan purse baru?".
"Kenapa?", saya menyoal. "Nak payung sebab sekarang ni cuaca panas waktu kakak balik sekolah pada tengahari dan selalu hujan di waktu petang ketika kakak pulang dari tahfiz. Nak purse pulak sebab purse Dora the Explorer tu cantik warna pink." Insyirah membalas.
Saya hanya tersenyum dan menyuruh Insyirah memilih apa yang beliau mahukan. Maka Insyirah memilih sekaki Payung koleksi Princess dan sebuah Purse koleksi Dora the Explorer.
Murah aje ... Payung RM17 dan Purse RM9.90.
Saya gembira melihat anak-anak ceria. Tak putus-putus mereka mengucapkan terima kasih pada saya dan suami. Suami saya berpesan, tidak penting berapa pun harga suatu hadiah itu asalkan ianya bermanfaat. Insyirah membalas, tidak kisah berapa pun harga hadiah itu, asalkan dari Umi dan Abi ia akan amat menggembirakan.
Agaknya ... anak-anak ni dah jadi macam saya, yang sukakan hadiah dan surprise. Syukur mempunyai suami yang suka bagi hadiah dan surprise. Walaupun murah dan kecil saya terima dengan gembira dan ia mampu membuat saya tersenyum. :)
Hadiah hari lahir saya pada tahun 2007 yang diberi dan dibeli oleh suami ketika di Amman, Jordan telah rosak dan tidak boleh digunakan. Beliau telah menggantikannya dengan yang baru. Yang lama itu meninggalkan banyak kenangan, namun yang baru amat bermanfaat dan diperlukan :). Jadi, tiada pembaziran, harapnya. Apapun, terima kasih ...
Untuk Isyraf, kami tidak membelikan apa-apa kerana koleksi permainan kakak dan abangnya masih banyak. Itupun dia tidak pernah menyelongkar. Isyraf hanya sukakan buku dan makannnnn. Buku, kerana meniru-niru tingkah laku abang dan kakaknya. Makanan, kerana dia memang kuat makan. Adakalanya tanpa henti, selagi ada makanan di depan mata. Itu yang membuatkan kami risau ...
Isnin lalu Insyirah menerima hadiah lagi. Beliau menghubungi saya dan memberitahu yang beliau menerima hadiah di perhimpunan pagi di sekolah beliau kerana sempena Kem Bestari Solat, beliau di tempat Pertama bagi kelancaran bacaan-bacaan dalam solat. "Alhamdulillah" kata saya. Kem Bestari Solat ini dianjurkan oleh pihak sekolah untuk mengenal pasti tahap pengetahuan para pelajar Tahun 1 tentang ibadah solat. Walaupun hadiahnya sekadar set alat tulis (juga), ia sudah cukup menjadi galakan kecil kepada anak-anak untuk mendidik mereka tentang kewajipan bersolat.
Setiba di rumah, saya lantas memeluk beliau dan berkata, "Seronokkan bila kita dapat hadiah. Ini baru hadiah dari manusia belum lagi hadiah dari Allah yang lebih menyeronokkan. Sekurangnya, leteran dan libasan dari Abi mengarahkan kakak bersolat 5 waktu sehari, memberi sesuatu pada kakak. Solat itu suruhan dari Allah sebab kita wajib bersolat. Ganjaran solat bukan Abi yang akan dapat dari Allah, kerana Abi berleter dan libas kakak, tetapi kakak yang akan dapat kerana kakak yang wajib bersolat. Jadi, jangan malas solat yer."
Insyirah hanya tersenyum. Namun, adakalanya beliau masih leka dan perlu dikerah :). Insya Allah, beliau masih di dalam proses pendidikan menuju ketaatan kepada Allah.
Sekadar tatapan dan kenangan ...

Sekitar gambar di Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431/2010 di Yayasan Sofa Negeri Sembilan dan sekitarnya.
Pandangan hadapan Yayasan Sofa, mari berQasidah ...
Pandangan sisi, dipenuhi umat yang cintakan Rasulullah SAW
Pintu masuk Yayasan Sofa, Rembau
Ke Alor Setar, menemani Abi "berkuliah"
Yang berselera ... pastilah Isyraf

No comments:
Post a Comment