Salam,
Alhamdulillah, dengan izin dan kasih sayang Allah, hari ini 20 November 2008 menjadi sejarah dalam hidup saya kerana ia hari terakhir peperiksaan LL.M saya.
Selesai juga akhirnya setelah pahit manis dilalui dengan dugaan di setiap titian perjalanan menuju ke akhirnya. Paper terakhir ini memang mendebarkan. Walaupun saya telah bersedia lebih awal, tetapi hati dan perasaan gundah gelana tak terkata sejak semalam. Tak pernah timbul perasaan itu sebelum ini. Rasa nak menangis dan ketakutan menghantui jiwa. Sms dihantar kepada yang tersayang mengadu ketidaktenteraman jiwa dan memohon doa restunya. Ketika solat subuh, badan menggeletar. Ish memang takutla paper last ini.
Alhamdulillah, soalan-soalan dapat dijawab dengan hati yang tenang dan berlapang dada. Dalam perjalanan pulang, teringat video klip kematian yang menjadi isu kini. Adakah rasa takut semalam sama seperti ketakutan yang akan dialami untuk menjawab soalan Munkar dan Nakir kelak? Adakah soalan-soalan mereka dapat dijawab dengan hati yang tenang dan berlapang dada juga? Allahu Akbar!
Terima kasih buat yang tersayang atas doa restu, semangat, kasih sayang dan keprihatinan yang diberi. Semoga Allah menyatukan hati-hati kita dengan keimanan dan ketakwaan kepadaNya.
Untuk hubby, semoga teruskan usaha dan berusaha. Semoga beroleh kejayaan yang cemerlang dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Tahun depan nak amik master apa pulak yer? Ada cadangan?
Wasalam.
.: razyana :.
- Ilyana Ar Razi
- Kajang, Selangor, Malaysia
- HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
Thursday, November 20, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment