Salam,
Permata hati saya yang ke tiga seorang putera bernama Ahmad Amir Isyraf Bin Ahmad Fakhrurrazi. Kini dia telah berusia 5 bulan +++. Dia tak banyak ragam dan sihat, alhamdulillah. Ke mana sahaja saya pergi, orang akan menganggapnya berusia 9 bulan kerana susuk tubuhnya yang panjang dan 'keras'.
Sekarang, Isyraf dah pandai bergolek ke sana ke mari dan kadang kala dia berada di bawah almari atau meja makan.
Umi doakan semoga Isyraf menjadi anak yang soleh, berakhlak mulia dan taat kepada Allah. Insya Allah








