Sempena cuti sekolah ni, saya mencari-cari kem-kem ibadah atau apa sahaja yang berkaitan dengannya untuk Insyirah dan Amir. Saya mahu masa mereka diisi dengan perkara berfaedah, daripada duduk di rumah sahaja. Dan sementara saya masih 'bercuti', boleh la saya memberi tumpuan yang lebih kepada mereka. Kalau takde pun, saya bercadang untuk 'meletakkan' mereka di perpustakaan, seperti yang dilakukan kepada saya dahulu.

Suatu ketika dahulu, apabila tiba cuti sekolah, mama dan ayah saya tidak akan membenarkan saya duduk di rumah. Saya akan dihantar ke sebarang program yang bermanfaat untuk mengisi masa cuti. Tak pun, saya akan dihantar ke kelas tuisyen untuk pelajaran tahun hadapan. Contohnya, cuti akhir tahun darjah 6, saya dihantar ke kelas tuisyen tingkatan 1. Begitulah yang berlaku selama beberapa tahun. Bayangkan, masa tu tak tahu apa-apa, maka duduk je la, belajar dari kakak-kakak. Tetapi apabila masuk kelas tahun hadapannya, saya dapat merasakan keberkesanannya di mana saya lebih cepat memahami apa yang cikgu ajar. Tak pun, saya akan diletakkan di perpustakaan dari pagi hingga tengahari, untuk pulang makan tengahari.

Perpustakaan Raja Tun Uda adalah perpustakaan Negeri Selangor, terletak hampir dengan rumah mama ayah saya. Bagi saya, kemudahannya amat baik dan lengkap. Segalanya ada disitu. Sebarang rujukan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kemudahan elektronik dan internet juga ada. Dan paling penting, suasananya yang amat selesa memberi rangsangan yang baik untuk membaca buku. Aktiviti kanak-kanak juga banyak diadakan dan ia boleh juga disertai ibu bapa.

Sementara Insyirah dan Amir menyertai aktiviti pagi ini, saya mencuri peluang untuk menyambung ulangkaji saya untuk exam Khamis ini. Dalam suasana yang nyaman dan lapang, saya bersemangat menelaah pelajaran.

Sibuk menelaah, saya tetiba teringat utk 'mengejutkan' hubby saya. Pelbagai 'usaha' saya lakukan tetapi, hubby tetap tak terkejut, kerana dia beritahu jika dia terkejut, dia akan sms saya. Sehingga post ini ditulis, saya tidak menerima sebarang sms darinya. Maknanya hubby tak terkejut lagi. Harapnya hubby terkejut segera.

Apabila azan Zohor berkumandang, saya bergegas mengajak anak-anak untuk pulang. Tiba di rumah, kelihatan Isyraf didukung bibik, menanti saya. Umi! Isyraf lapar susu!. Ohh, kesian anak ku. Selesai menyusukan Isyraf, saya teringat Mee Kari yang saya dan mama masak pagi tadi. Terasa lapar. Saya dan anak-anak makan bersama. Alhamdulillah, sedap bangat mee kari nih (kata bibik).
Wasalam.





