Salam,
Seawal pukul 9 pagi saya dan anak sulung saya Insyirah dah berada di Al Ikhlas Pre Tahfiz Pre School, Cambridge Kids Sdn Bhd. Kami orang pertama yang tiba dan menetapi tentatif yang diberi. Pn Azlin Hezri, penceramah juga telah hadir utk open day Al Ikhlas hari ini.
Open day ini berlangsung serentak di 3 cawangan Al Ikhlas di Shah Alam iaitu di Seksyen 3, 7 dan 13. Saya memilih Seksyen 13. Lama menanti ibu bapa yang lain. Pukul 10.30 baru mula.
Al Ikhlas Cambridge Kids ini menawarkan program bimbingan dan didikan prasekolah beserta asuhan bagi kanak-kanak yang berumur dari 2 hingga 6 tahun. Ia berteraskan islamic english approach yang berpandukan silibus dari Cambridge. Kaedah Al Huffaz digunakan untuk menghafal al-quran. Saya berpuas hati dengan maklumat yang diberikan tetapi saya masih perlu mencari yang terbaik untuk Insyirah. Pada saya kaedah pembelajaran dan pengajaran masih boleh dibaik pulih.
Yang paling menarik sebenarnya ialah ucapan dari Pn Azlin Hezri. Sebelum majlis bermula kami sempat berbual. Kami sama-sama merasakan seperti pernah bertemu sebelum ini. Maka bermulalah soal siasat antara kami. Selepas itu baru saya ingat di mana kami telah 'berprogram' bersama.


Intipati utama ucapan beliau ialah "tujuan kita untuk hidup di atas dunia ini adalah untuk mati". Terpana juga saya buat seketika. Beliau membicarakan tentang tanggungjawab ibu bapa mendidik anak di akhir zaman ini. Saya bersetuju dengan beliau dan kita patut bersyukur dengan apa yang Allah telah beri pada kita saat ini. Alhamdulillah. Beliau berpesan bahawa jangan kita menganggap anak kita telah bijak apabila mereka telah pandai membaca. Ini kerana terdapat banyak lagi kemahiran lain yang perlu kita uji ke atas anak-anak untuk melihat adakah anak-anak itu menggunakan keseluruhan keupayaan dan kemampuan yang ada pada nya. Saya akan membincangkanya dia entry yang lain. Insya Allah jika berkesempatan.
Setelah menikmati jamuan ringan, berbual dengan para guru serta bertukar pendapat dengan ibu bapa yang lain, saya rasa saya telah membuat keputusan tapi perlu dimaklumkan kepada 'bos' saya dahulu. Setelah menghantar sms kepada 'bos' saya, 'bos' saya membalas sms saya dengan 'umi buatla keputusan yang terbaik, abang ikut ajer'. Alhamdulillah senang la macam tu. Saya dan Insyirah pun beredar keluar dari kawasan sekolah untuk pulang ke rumah.
Di rumah, Amir anak kedua saya telah siap menanti saya untuk membawanya ke library Raja Tun Uda. Itu janji saya kepadanya agar dia tidak mengikut saya ke Al Ikhlas. Saya pun perlu memulangkan buku-buku yang saya pinjam di library ini untuk kegunaan exam saya. Setelah memulangkan buku-buku, saya melilau mencari jika ada program-program cuti sekolah untuk Insyirah dan Amir. Alhamdulillah, library memang menyediakan banyak program utk cuti sekolah. Hari Isnin ni bermula dan saya akan cuba menghantar Insyirah dan Amir untuk menyertai program-program itu agar masa mereka terluang.
Insya Allah.





