.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Tuesday, November 25, 2008

Hajj 1428 / 2007

Salam,

Post ini saya ambil dari blog friendster saya. Malam semalam, selepas bertemu sahabat yang akan menunaikan haji tahun ini, teringat kenangan saya dan hubby pergi menunaikan haji tahun lepas.

Saya akan menceritakan lagi pengalaman kami menunaikan haji kelak, yang amat istimewa kisahnya. Insya Allah.

Salam,

Rasa syukur dipanjatkan ke hadrat ALLAH SWT kerana dgn izinNya kami selamat kembali pukul 10 pagi ini waktu Jordan ke kediaman kami di Sweileh, Amman, Jordan setelah 15 hari berada di Kota Suci Mekah untuk menunaikan Haji.

Dengan rahmat dan kasih sayang ALLAH serta doa-doa ahli keluarga dan sahabat handai sekalian, kami dikurniakan kesihatan yang amat baik, kekuatan, kesabaran dan kemudahan dalam mengerjakan rukun islam yang ke 5 ini. Segala urusan perjalanan ibadah ini dipermudahkan ALLAH dari awal hingga akhir dalam keadaan saya berbadan dua. Alhamdulillah.

Ia menjadi kenangan terindah kami berdua yang akan kekal disanubari. Walaupun saya telah 6 kali menunaikan Umrah dan suami telah pun menunaikan Haji sebelum berkahwin, namun perjalanan kami pada kali ini amat indah dan bermakna kerana kami bersatu hati dengan kasih sayang dan berpadu tenaga saling membantu dan memberi semangat utk sama-sama melaksanakan ibadah ini yang memerlukan kesabaran dan kekuatan. Menjadikan kami menanam impian untuk menjadi tetamu Allah lagi. Kami bersama-sama menghayati perjuangan Rasullulah SAW dan menyusuri perjalanan kehidupan ahli keluarga baginda dan para sahabat. Ia membuatkan kami sentiasa dalam tangisan apabila menghayatinya, merindui untuk bertemu baginda serta insaf tentang kehidupan kami yang hanya sementara di atas dunia ini.

Permintaan sahabat-sahabat, alhamdulillah dapat kami tunaikan, semoga ALLAH memakbulkannya. Doa kami untuk ahli keluarga dan sahabat semua semoga ALLAH mengurniakan setiap kebaikan yang ada didunia ini untuk kalian semua.

Cuma dugaan yg kami hadapi ialah penerbangan pulang kami tertunda selama 12 jam di Airport Jeddah serta 3 buah beg kami yang masih berada di Jeddah. Kami berdoa dan berharap agar beg-beg itu dapat dikembalikan kepada kami kerana segala yg ada dalam beg-beg itu amat bermakna. Namun jauh disudut hati saya yakin kami akan memperolehi beg kami kembali.

Selain itu, dugaannya ialah kerinduan yang amat sangat kepada anak2 kami iaitu Insyirah dan Amir yang berada bersama Uwan mereka di Malaysia. Menyebabkan kami tak boleh memejamkan mata dan sering mengajuk tingkah laku dan percakapan mereka untuk meredakan kerinduan. Namun, 30 Disember 2007 ini saya akan pulang ke Malaysia tanpa suami tercinta, utk bersama anak2 dan meneruskan perjuangan saya pula.

Kini kami dapat rasakan satu semangat dan kekuatan yang baru untuk meneruskan kehidupan kami di dunia ini dalam mencari keredhaan ALLAH. Semoga ALLAH mengampuni dosa-dosa kami, menyatukan hati-hati kami dalam kasih sayangNya dan memakbulkan doa-doa kami serta menerima amal ibadah kami.

Akhir kata, salam sayang utk ahli keluarga kami dan sahabat handai. Semoga kita semua sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.

Yang menulis,

Ilyana Ar-Razi.

Saya tersenyum, teringat kenangan bersama pasangan USA, Sudan dan Kosovo. Abdullah dan Henna (US), Dr. Mus'ab dan Rania (Sudan) serta Riyadh dan Aisha (Kosovo). Tak lupa juga krew2 pengambaran terutamanya 'tuan director' yang sabar melayan kerenah internasional kami. Subhanallah ...

No comments: