Salam,
Awal pagi saya dan mama dah bangun menyediakan bekalan perkelahan kami. Kami cuma buat puding keladi, sandwich sardin dan telur serta nasi lemak. Matlamat utama ke Perak sebenarnya untuk mengambil adik bongsu saya dari asrama sebab dia baru selesai paper Fizik SPM. Tetapi teringin benar nak berkelah, jadi kami kemudiannya ke Teluk Batik.
Sebelum ke Teluk Batik kami singgah di Restoran Silaturahim di simpang masuk ke Teluk Batik yang amat terkenal dengan hidangan lauk pauk kampung yang banyak serta ulam ulaman dan sambal sambalan. Harganya pun amat murah. Segala jenis lauk ada. Dan minuman hanya berharga RM1 secawan. Saya mengambil nasi sedikit tetapi lauk yang banyak. Saya ambil ikan patin masak tempoyak, semangkuk siput sedut masak lemak, temu pauh, sambal kelapa dan 3 jenis ulam yang lain serta sedikit cencaluk.
Selesai makan, kami ke Teluk Batik. Mama dan ayah dah terlena. Saya ingin membawa anak2 mandi laut tetapi hanya Insyirah yang mahu. Amir tak nak mandi kerana dia takut DIMAKAN OLEH IKAN-IKAN. Adik saya membawa Insyirah mandi. Amir pula bermain pasir. Saya tetap mahu memberanikan Amir menghadapi air laut dan membuktikan takde ikan yang akan memakannya. Saya ajak Amir bermain polis-polis di gigi air. Dia mulanya takut tetapi apabila melihat saya seronok bermain bersama Insyirah, dia datang hampir ke gigi air. Kaki seluarnya mulai basah, dan dia telah rimas. Maka saya menyuruh Amir menanggalkan seluarnya dan hanya memakai seluar dalam. Setelah hanya berbaju dan berseluar dalam, Amir semakin berani mendekati gigi pantai. Dan akhirnya ... dia tak mahu balik sebab dah seronok mandi manda.
Yang membuatkan saya tersenyum ialah habis sekotak tisu Amir kerjakan kerana apabila air laut terkena ke mata, ke mulut atau ke mukanya, walaupun sedikit, dia akan mengelapnya dengan tisu, kerana katanya AIR LAUT NI MASIN MACAM GARAM, BAHAYA, BOLEH KENA DARAH TINGGI. Hmmm entahlah.
Insyirah dan Amir mandi lebih kurang 3 jam. Lama jugak tu. Saya duduk di kerusi rehat sambil memangku Isyraf dan memerhatikan mereka. Indah betul ciptaan Allah ni. Pantainya masih bersih dan saujana mata memandang. Angin bertiup lembut dan menyegarkan. Teringat kenangan bersama hubby bercanda di tepi pantai. Banyak pantai kami dah pergi cuma kali ini hubby @ abi tidak bersama kami. Lepas mandi, anak2 kelaparan. Habis semua bekalan kami. Alhamdulillah
Kami pulang lewat petang dengan kepenatan yang teramat indah. :)
.: razyana :.
- Ilyana Ar Razi
- Kajang, Selangor, Malaysia
- HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
Thursday, November 27, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment