.: razyana :.
- Ilyana Ar Razi
- Kajang, Selangor, Malaysia
- HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com
Sunday, November 23, 2008
Syeikh Yusuf Estes
Salam,
Pagi ini saya menghadiri satu program bersama "Sheikh Yusuf Estes" yang bertajuk "Challenges For Modern Muslims in Dakwah". Ia berlangsung di Dewan Banquet, Wisma MBSA, Shah Alam, Seksyen 14. Ia anjuran Moreclass Hidayah Berhad, Pertubuhan Mawaddah Malaysia dan MBSA. Amat menarik dengan gaya penyampaian yang bersemangat berserta hujah-hujah yang kukuh.
Akan datang, saya akan post kan klip program tersebut. Beliau telah menceritakan kisah hidup beliau.
Sheikh Yusuf Estes yang dianggap sebagai pendakwah internasional dilahirkan pada 1 Januari 1944 di Ohio, USA. Beliau telah memeluk Islam dan merupakan pengarah "Islamic Mission Foundation International" yang bermatlamat menyampaikan dan menyebarkan Islam melalui dakwah mereka yang berpandukan Al Quran dan As Sunnah kepada negara barat khasnya.
Beliau dibesarkan di Texas, USA di dalam keluarga "Protestant Christian" yang merupakan ahli mazhab gereja yang dikenali sebagai "Disciples of Christ". Nama beliau sebelum memeluk islam ialah "Skip Estes".
Dalam tahun 1962 hingga 1992, beliau terlibat di dalam industry muzik dan hiburan serta mempunyai syarikat yang dikenali sebagai "Estes Piano and Organ Company. Beliau menghasilkan serta mengarah pelbagai program muzik dan hiburan di serata USA dan program terakhir beliau adalah di Florida TV iaitu "Estes Music Jamboree".
Dalam tahun 1991, beliau telah berurusniaga dengan seorang Muslim bernama Muhammad yang berasal dari Mesir. Beliau telah mencuba untuk menarik Muhammad ke arah kristian dengan menceritakan tentang kandungan bible dan dalam masa yang sama Muhammad juga telah menceritakan tentang keagungan dan keindahan Al Quran dan Islam kepada beliau. Akhirnya beliau yang telah memeluk islam dan rancangan beliau untuk menarik Muhammad kepada kristian telah gagal. Beliau kemudiaanya telah mempelajari Bahasa Arab dan Al Quran di Mesir, Morocco dan Turki.
Sejak tahun 2005, beliau kerap kali muncul di Islamic Channel di UK, juga di Peace TV dan Huda TV. Rancangan TV terbaru beliau bertajuk "Qasas Ul Anbiya - Stories of the Prophets".
Beliau juga berdakwah melalui laman-laman web dan telah ramai yang memeluk islam setelah melayari laman-laman web beliau. Antaranya www.islamways.com, www.shareislam.com, www.islamtomorrow.com, www.bibleislam.com, www.911bible.com, www.linktoislam.com dan banyak lagi.
Beliau akan berada di Malaysia selama 1 minggu dan penuh dengan program-program yang bermanfaat. Antara tajuk-tajuk yang akan beliau bincangkan ialah "Reviving The Sunnah", "The Truth About Muslim", "LIFE : A Prison or Paradise", "Terrorism, Islam in the West", "What Happened at Death According to Islam and Muslims?" dan "Faith, Science and Common Sense" di serata Kuala Lumpur dan Shah Alam.
Semangat-semangat yang ditunjukkan oleh lebih kurang 500 orang peserta tadi amat mengagumkan. Semoga usaha-usaha beliau dalam berdakwah, membantu memertabatkan dan mengukuhkan Islam di dunia ini. Ameen.
Wasalam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






No comments:
Post a Comment