.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, November 15, 2008

Assalamualaikum WBT

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah ...

Saya seorang yang sibuk setiap masa. Sibuk dengan pengajian saya, sibuk dengan anak-anak yang baru 3 orang, sibuk dengan displin yang saya terapkan sendiri dalam diri saya. Tak lama lagi sibuk dengan kerjaya pulak. Aduss ...

Alhamdulillah, hubby saya bagi saya cuti untuk saya sibuk uruskan dirinya kerana dia berada jauh dimata (namun sentiasa dekat dihati). Kalau hubby saya ada saya rasa sayalah orang paling sibuk didunia (abang, jangan marah :)) Namun, kepenatan dan kelelahan saya menguruskan hubby saya adalah satu kepuasan yang tak terucap. Insya Allah.

Saya pun tak tahu bagaimana blog ni boleh wujud. Sebabnya saya ni seorang 'perahsia'. Mungkin saat saya menulis ini, saya ingin melupakan seketika last paper utk exam saya pada 20 November ini. Rasa penat menelaah datang bersama kelaparan yang amat sangat. Sesambil berfikir nak beli apa kat pasar malam hari ni.
Mungkin juga saya terpanggil dengan ucapan yang diberikan oleh Pn Azlin Hezri pagi tadi yang telah menyentap hati nurani saya sebagai seorang hamba, anak, isteri, umi dan pedamba ilmu.

Sebelum segalanya bermula, saya dah sms hubby dan minta izin untuk menulis. Hubby yang dalam perjalanan balik dari Syria ke Amman bertanya apa "tema" saya dlm smsnya. Tema! nak kena ada tema ker? Saya pun tak tahu nak jawab macam mana sebab keinginan tu datang tiba2 untuk meleraikan kekusutan membaca kes-kes untuk exam minggu depan. Saya membalas sms hubby dengan menyatakan sekadar tentang anak2 serta yang "bermanfaat" dari hubby sendiri. Setakat itu tiada balasan sms dari hubby, maknanya ok la kot!

Saya perlu berhenti untuk setakat ini kerana telah pulih untuk study semula.

Harapnya, ini bukan yang pertama dan terakhir.

Doakan!

Wasalam