.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Wednesday, February 11, 2009

Berenang lagi ...

Salam,

Anak-anak saya sekarang excited nak berenang. Kalau boleh setiap hari nak berenang. Insyirah mungkin telah boleh mengapungkan diri, maka dia kononnya nak berlatih untuk berenang pula. Sudah 4 minggu berturut-turut mereka meminta saya membawa mereka berenang. Cuma kali ini saya membawa Isyraf bersama. Gembira sungguh Insyirah dan Abang Amir "membuli" adik mereka, Isyraf.

Permintaan mereka untuk berenang adalah bersyarat. Syaratnya kena ikut jadual harian yang saya tetapkan. Dari pagi hingga ke waktu tidur. Pernah suatu ketika, Abang Amir tidak mendengar kata saya untuk tidak bermain di rumah jiran (namanya Mirza), maka akibatnya, hari itu, tak boleh ke kolam renang. Maka, meraunglah Amir memujuk saya dan berjanji akan mendengar kata. Insyirah pula menyalahkan Abang Amir kerana akibat tidak mendengar kata saya, maka saya tidak mahu membawa mereka ke kolam renang. Kesannya, sejak hari itu jika Abang Amir ingin bermain di rumah jiran, dia akan meminta izin dahulu. Dan Insyirah pula akan sentiasa berpesan (berleter) pada Abang Amir supaya mendengar kata saya.

Saya sebenarnya risau membawa anak-anak ke kolam renang kerana percampuran yang padat. Bakteria pasti banyak disekeliling. Namun, insya allah dengan langkah-langkah perubatan yang saya ambil dan usahakan, saya harap anak-anak saya tidak jatuh sakit. Syukur, keesokan harinya, mereka bertiga cergas seperti biasa.

Apabila berada di dalam air hati rasa gembira dan ceria. Anak-anak sememangnya suka bermain air. Masa kecil dahulu juga saya dibawa ke kelas berenang oleh ayah dan mama saya. Apabila berada di dalam air saya berasa bebas dan tenang. Saya mengajak Insyirah dan Abang Amir berzikir sambil mengapungkan badan, kita akan rasa seperti ada aliran panas di dalam badan dengan di kelilingi air yang nyaman di luar badan. Terasa tenang hati dan fikiran lapang.

"Setiap sesuatu yang tidak termasuk mengingat Allah, ia merupakan permainan yang sia-sia kecuali empat hal; seorang lelaki berjalan di antara dua tujuan (untuk memanah), melatih berkuda, bermesraan dengan keluarga, dan mengajarinya berenang." (Hadis Riwayat At-Thabrani)






Wasalam.

5 comments:

Unknown said...

wah.. isyraf pn main air juga ye.. bestnyer.Bagus k.yana cara berzikir sambil berenang tu.. dulu ms d uia, ustaz ayu ajar senaman sambil berzikir ikut kiraan senaman tu. kpd kakak insyirah dan abg amir, teruskan berusaha!!! nnt ajar cik ayu lak.. hiii..;)

Ilyana Ar Razi said...

ayu, akak pun baru tahu kaedah zikir sambil berenang tu. mmg hati rasa tenang dan lapang sbb badan kita bebas di dalam air. ust tu ckp kalau kita rasa tertekan, susah hati, sedih dan apa shj yg melibatkan hati, air mampu menenangkan sambil berzikir. nanti kita gi berenang sesama !

Ilyana Ar Razi said...

salam, kak ina. betul tu, mmg byk bakteria. kami mandi mmg pakai "penyumbat telinga", sbb kalau air masuk susah.

Ain Mardhiah said...

salam

wah..wah.. seronok sungguh tengok muka budak-budak kecik tu semua main air.. tetiba terasa nak cari swimming pool kat sini gak.. tapi tunggu time summer kot.. klu masuk skrg, nnti terus krem dlm tu.. =P

nsmujahidahnmnor said...

wah.besnye diorg kecit2 da tere berenang.smbil zikir lak tuu.sy ni x tere2 lg berenang..hehe.. hr tu baru pas gi berenang kt laut mati, air trjun panas n wadi mujib..bessss~..

sape2 yg bkl dpt anak blh la rujuk blog kak yana utk tips mewujudkan biah solehah dlm mdidik anak2.. ye tak??hehe..