Terkini untuk hubby lagi, Isyraf si bulat sekarang dah mula nak berjalan. Dia dah mula memanjat untuk berdiri dan kemudian menapak. Sekarang ni, setiap hari mesti sekali jatuh. Insyirah dan Amir akan terjerit-jerit meminta tolong apabila Isyraf mula berdiri dan menapak kerana takut adik mereka jatuh. Cumanya, tak dapat nak ambil gambar gigi sulung Isyraf. Insya Allah kemudian.
Terima kasih juga pada hubby atas ole-ole dari Mesir. Pagi tadi saya dan Abang Amir ke TTDI, rumah Ust Ismail untuk mengambil barang tersebut.
Untuk hubby tercinta, bersabarlah hadapi setiap dugaan. Dimana jua kita berada pasti ada cabarannya. Kembalilah kepada tujuan dan matlamat asal. Sekurangnya kita panjatkan rasa syukur atas nikmat kasih sayang yang Allah berikan pada hati abang, umi dan anak-anak. Hidup kita ini memang tak mampu untuk memuaskan hati orang lain. Kuatkan semangat dan selesaikan tugas abang di sana, agar segera kita layari hidup yang bahagia bersama. Walaupun kita jauh tapi semangat kita satu. Zikir dan doa sebagai pengikat kasih sayang. Selamat Maju Jaya ...
Wasalam.






No comments:
Post a Comment