.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Saturday, February 7, 2009

Chocolate Cookies untuk Abi

Salam,

Dari blog mama uwais, saya dapat tahu hubby rindukan masakan saya (ye ker ...). Biasala tu kan, bila berjauhan semuanya akan merindu. Namun, yang depan mata pun saling merindu. Bersyukurlah dengan nikmat rindu yang Allah kurniakan pada setiap hati-hati yang saling berkasih sayang.

Hubby sms saya memberitahu bahawa ada sahabat dari Malaysia akan ke Jordan dalam minggu ini. Jadi hubby minta saya menyiapkan beberapa barang yang ingin dipesan melalui sahabat tersebut. Antara barang-barang yang dipesan, saya terkedu seketika memikirkan bila saya nak buat chocolate cookies kesukaan hubby yang dimintanya. Chocolate cookies hubby mesti banyak kacang dan cip coklat. Hubby asalnya tidak berminat kuih-kuih moden, lebih minat kepada kuih-kuih tradisional. Cuma sejak saya buat resepi baru untuk chocolate cookies pada Aidilfitri yang lalu, hubby boleh menghabiskan satu balang dalam diam. Alhamdulillah, hubby ada peningkatan ... :)

Dengan takdir Allah, berlaku kecurian kabel elektrik di kawasan saya bekerja. Maka, kami semua balik awal. Syukur ... saya bergegas pulang untuk menyiapkan chocolate cookies hubby.

Kebiasaannya, Insyirah dan Amir akan menyibuk ketika saya membuat kuih.

Alhamdulillah, dapatlah saya mengirim sesuatu untuk hubby sebagai tanda ingatan. Sekurangnya, takde kek harijadi, cookies pun ok kan ...

Untuk hubby,
Selamat menikmati cookies umi sambil menulis tesis. Kalau cookies habis, tesis pun siap yer ... :)

Ketika entri ni tulis, cookies baru nak berlepas ke Amman, Jordan. Abi, tengok gambar je dulu.









Hasilnya ....
Wasalam.

No comments: