Salam,
Saya memang telah berjanji kepada Insyirah dan Abg Amir untuk ke pameran dinasours di Petrosains, KLCC. Ini kerana Insyirah telah menunjukkan kesungguhannya untuk menguasai "addition" dan "subtraction". Nampaknya Insyirah memang sukakan Mathematic. Dan saya juga telah membeli buku latihan matematik yang baru dan tebal untuk dia praktis di waktu lapang.
Abang Amir yang pada mulanya agak takut melihat dinasour yang besar-besar dan bergigi tajam tetapi akhirnya mula "mengexplore" exhibition tersebut setelah saya menyatakan yang "Bukan ke rasaksa-rasaksa yang dalam cerita Ultraman Gaia tu sama dengan yang macam ni". Dia amat menyukai Dinasour Maiasaurus yang bersifat keibuan dan dari golongan herbivor, yang tidak suka gaduh-gaduh seperti yang dinasour karnivor, katanya.
Wasalam.









No comments:
Post a Comment