Minggu yang amat sibuk dan melelahkan. Sibuk dengan tugas di pejabat dan di rumah. Semua orang yang berkaitan perlukan perhatian saya, begitu juga anak-anak pastinya. Saya bangun pagi dengan bersemangat untuk ke pejabat untuk melaksanakan tanggungjawab saya kepada yang "memerlukan". Apabila petang saya bersemangat pula untuk pulang ke rumah, mendakap erat anak-anak tersayang, mendengar setiap rintihan dan aduan Insyirah dan Abang Amir, menggomol Isyraf yang kelaparan "susu" dan yang pastinya berehat bersama anak-anak yang sentiasa kerinduan pada saya. Alhamdulillah.
Saya juga sibuk mencari bahan-bahan untuk "proposal-proposal" dan juga sibuk "membuat skrip". Nak bercerita tentang proposal dan research saya, pensyarah saya kata ia "Hakmilik Terpelihara". Tidak sesuai untuk dibincangkan di layar-layar blog seperti ini. Jadi nampaknya simpan sahaja la dahulu sehingga ia diterbitkan sebagai jurnal atau makalah. Hubby pun berpesan perkara yang sama dan blog ini hanya untuk santaian yang bermanfaat (yang penting bermanfaat untuk diri sendiri awalnya).
Jadi saya tak nak cerita tentang tugas-tugas saya yang bermacam hal dunia (Alhamdulillah, I Love My Job) (setiap hari saya belajar dan kena belajar). Saya juga tak nak cerita tentang proposal dan research saya (memang penat otak buat 2 benda ni). Tapi nak cerita tentang "skrip" saya dan sahabat saya.
Sahabat saya seorang penulis skrip telemovie. Dia seorang yang pendiam tetapi idealistik dan berimaginasi tinggi. Saya pun tak sangka yang dia seorang berjiwa seni. Dia memberitahu saya yang dia sedang mencari idea untuk satu telemovie yang diadatasi dari satu filem P Ramlee.
Di TV3 dan TV9 sekarang, telemovie yang disiarkan banyak diadaptasi dari kisah dahulu kala. Contohnya, Cinta Batu Belah, Puteri Salju dan Tujuh Orang Kerdil, Laila Majnun dan Anak Betong. Jadi, sekarang ni saya dan sahabat saya itu sedang membuat satu proposal skrip untuk satu telemovie untuk sebuah syarikat pengambaran filem. Saya hanya memberi idea dan sahabat saya itu yang akan menulis skrip yang penuh. Oleh kerana banyak sangat idea dalam fikiran saya, hingga kan saya termimpi-mimpi. (Walaupun dok beridea untuk skrip itu, kerja lain siap tau!) :)
Bila saya terkenangkan kembali perasaan PERASAN ketika menulis skrip, teringat saya kisah dulu-dulu :-
Darjah 4 Kuning - Cikgu Nurul Aini - Sek Ren Keb Raja Muda, Seksyen 4, Shah Alam - Saya menulis skrip "Batu Belah Batu Bertangkup" dengan bimbingan cikgu - Saya melakonkan watak utama, ibu si Pekan, yang kena telan dengan batu sebab kempunan telur ikan tembakul - Kami Johan Pertandingan Lakonan dan saya dapat hadiah Pelakon Terbaik - Mama saya jahitkan baju kurung kedah berwarna pink pokedot putih serta jahitkan seekor ikan yang besar berkain perca biru.
Tingkatan 1 Progresif - SMKA Selangor, Kajang - Saya menulis skrip "Retak Menanti Belah - Pasir Salak", bersama kawan-kawan saya Supiah dan Ros Iryani - Dengan bimbingan Cikgu Sejarah kami, Pn Saemah - Saya melakonkan watak JWW Bitch, Residen British di Perak yang akhirnya mati dibunuh ketika sedang mandi di Sungai Perak oleh Tok Sagor dan Seputung - Saya kena ejek dengan hubby saya ketika itu kerana cakap melayu pelat mat saleh.
Tingkatan 2 Progresif - SMKA Selangor, Kajang - Saya bersama kawan saya Supiah, menulis skrip "Sleeping Beauty & The Seven Dwarf" (ala-ala melayu) dengan bimbingan Cikgu Bahasa Inggeris saya Cik Saimah - Saya tak berlakon, sekadar pencerita sahaja - Ni pun kena ejek dengan hubby saya ketika itu. :)
Di UKM, Bangi - Fakulti Undang-Undang - Saya menulis skrip "Islam Is Justice" untuk Pertandingan Teater Islam - Yang ni tak berlakon dah ... - Dan juga skrip "Why Love?" untuk Minggu Siswazah Islam Malaysia.
Sekarang ni, sedang menggarap idea untuk telemovie yang masih tidak bertajuk, tetapi sudah ada tagline, logline dan konsep. Semoga sahabat saya itu dapat menulis dengan baik, mencari idea yang memanfaatkan umat Islam khasnya. Memberi pengetahuan dan kesedaran kepada masyarakat. Insya Allah.
Insya Allah, kalau Finas luluskan proposal telemovie ini maka jangan lupa tonton dan saksikan.
Hi hi hi ...
Wasalam.






10 comments:
salam..
MasyaAllah...
wah... sangat berbakat rupanya kandaku sorang nih...:) moga ianya berjaya dihasilkan demi pengetahuan dan kesedaran buat masyarakat kita khasnya.. ayu dulu masa matrik pernah sumbang lirik lagu je kt salah sorang penasyid tanah air..hii..sekadar membantunya.. mmg minat kesenian!=)
k, teruskan kak yana!! Allah brsamamu, insyaAllah..
salam..
MasyaAllah...
wah... sangat berbakat rupanya kandaku sorang nih...:) moga ianya berjaya dihasilkan demi pengetahuan dan kesedaran buat masyarakat kita khasnya.. ayu dulu masa matrik pernah sumbang lirik lagu je kt salah sorang penasyid tanah air..hii..sekadar membantunya.. mmg minat kesenian!=)
k, teruskan kak yana!! Allah brsamamu, insyaAllah..
ooo sayang :)
Nama cikgu BI tu,,,Pn Samiah ler,,,bukan Saimah. Cikgu Saemah tu,,,yang cikgu Sejarah.
Yang I ejek2 tu,,,bukan ejek lah sebenarnya,,,tapi... ish!!! seganlah nak cakap :D
Naper tak citer yang ayang menang no 1 pertandingan membaca berita anjuran PERBAMA (persatuan bahasa Malaysia) . Ingat lagi,,,muka ayg masuk dalam tv kotak ... ahaks!
Allah redhoi dan rahmati kehidupanmu,,,
Allah ganjari kesabaranmu dalam keadaan kita berjauhan,,,
Allah berkati segala penat-lelahmu dalam 'istana' kita,,,
Sayangku padamu kerana Allah jua...
-yang 'mengejek' :) -
salam,
ayu, kalau ada lirik2 yang terpendam, boleh akak bagi kat mana2 penerbit. :)
abang,
syukur I berlakon aje tau jadi pembaca berita. tapi menang no. 1 jugak kan. takpela walau tv kotak pon.
terima kasih atas doa dan ingatan U.
hanya kerana Allah I sayang pada U.
- yang selalu kena ejek :)
Ewah..ewah..Ust dan Yana ni...
Sesekali kenang kisah lama mmg kelakarkan!
Alahai TV kotak...Ust tak amik gambar ke masa Yana baca berita tu?
kak ina,
masa tu dok asrama tak leh bawa camera.
hi hi hi ...
eh eh..kak yana keje ape yee skrg?? mcm menarikkk..hehe..
malangnye sy bukan jenis ber'seni'..hehe..x leh la nk crite pnglmn lirik nasyid or ape2 je..hehe..
nik solehah teka la. hi hi
setiap org ada "seni" masing2. sedar @ tidak, kena explore.
Post a Comment