.: razyana :.

My photo
Kajang, Selangor, Malaysia
HambaNya, Pencinta Rasulullah SAW, Dikurniakan 4 permata berharga, Penuntut ilmu selamanya beserta 4 nilai utama dalam hidup ini, Ketaqwaan kepada Allah, Kecintaan pada Rasulullah, Kasih sayang berkeluarga dan Ilmu sepanjang hayat. Email : ilyana8@hotmail.com, izzar@hotmail.com

Thursday, February 26, 2009

"Selamat Ulang Tahun Sayang"

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu.

27 Februari, Selamat Hari Lahir buat suami tercinta. Semoga beroleh kekuatan untuk menempuh hari-hari yang mendatang. Semoga kekal dalam kasih sayang dan pemeliharaan Allah SWT. Hari-hari yang berlalu menjadikan kita "berusia" dan matang dalam meniti kehidupan dunia yang bermatlamatkan redhaNya.

Cinta pada Allah kekal abadi dan dengan cinta Allah, cinta kita kan terus bersemi.

Salam sayang penuh ketaatan buat suami ku, juga titian ku yang mengimpikan syurgaNya. Doa dan redhamu mengiringi kehidupan kami di sini dalam perlindungan Allah SWT.

Dari kami,

Ilyana Ar Razi
Insyirah Ar Razi
Amir Irsyad Ar Razi
Amir Isyraf Ar Razi.

Shah Alam, Malaysia.

Wasalam.

3 comments:

Nur' said...

Salam to Razzi, hepi besday..may Allah showers His mercy on u alwayz..Doa kami(siti,izwan & qis) semoga dipanjangkan umur,dimurahkan rezki dan dikurniakan kesihatan yang baik..wassalam.

Unknown said...

Salam.. kami sekeluarga ucapkan sanah helwah ila ust razi..mg panjang umur murah rezki.. success selalu..dunia akhirat insyaAllah.. sama pulak dengan besday abg kandung ayu. ;)

Ilyana Ar Razi said...

salam tu ain's family & uwais amzar's family. tima kasih.
ukhuwah ukhuwah ukhuwah till end! ok!